Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, July 30, 2016

MAHB MERAIKAN ANAK ASNAF SK BUKIT TAMPOI (A)


Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) telah bermurah hati untuk meraikan anak-anak asnaf dari tiga buah sekolah. Sekolah yang terlibat ialah SK Cyberjaya, SK Bukit Tampoi (A) dan SK Sungai Melut (A). Seramai 32 orang murid dari SK Bukit Tampoi (A) telah dijemput, malangnya hanya 22 orang sahaja yang dapat hadir. Terima kasih kepada MAHB kerana sudi menyediakan pengangkutan bas pergi dan balik.


Guru yang mengiringi murid-murid terdiri daripada En. Azman Shah (GPK Pentadbiran), En. Mohd. Fadzli (GPK Kokurikulum), Cik Siti Khatijah, dan dua orang guru praktikum iaitu En. Rafifuddin dan En. Syaiful. Di sana murid-murid di layan mesra oleh kakitangan MAHB. Mereka diberikan makanan dan minuman yang disediakan. Bukan sahaja makanan dan minuman sahaja, malah mereka diberi sumbangan berbentuk duit raya dan sebuah hamper setiap seorang.


Di penghujung majlis kami telah dihiburkan oleh persembahan ikon kanak-kanak iaitu watak Upin & Ipin. Semua anak-anak asnaf gembira dan bangun untuk menyaksikan gelagat watak kartun tersebut. Mereka berpeluang untuk bergambar dengan watak Upin & Ipin semasa VIP MAHB memberikan sumbangan kepada setiap murid. Setelah selesai mereka meninggalkan majlis dengan menaiki bas yang disediakan.

Friday, July 29, 2016

KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI RAYA, AIK JADIK DAN HARI KOKURIKULUM SK BUKIT TAMPOI (A) 2016

Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri telah disambut dengan gembiranya di SK Bukit Tampoi (A) pada 29 Julai 2016 (Jumaat). Sambutan tahun ini disekalikan dengan sambutan Aik Jadik bagi murid yang lahir pada bulan Jun dan Julai serta Hari Kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang terlibat adalah pertandingan mewarna bagi semua murid.

Sambutan Aik Jadik

Sumbanngan kek oleh syarikat pembersihan dan keselamatan sekolah

Ucapan Perasmian GPK Pentadbiran


Persembahan Guru Praktikum IPG Kampus Bangi

 Jamuan Murid

 Jamuan Guru

 Persembahan Murid Tahun 1

Persembahan Murid Tahun 2

 Persembahan Murid Tahun 3

Persembahan Murid Tahun 4


Persembahan Murid Tahun 5

Thursday, July 28, 2016

PENYERAHAN ELAUN KEDAP 2016

Kelas Dewasa Pribumi (Kedap) merupakan kelas yang diwujudkan bagi membantu warga dewasa Orang Asli belajar membaca dan menulis. Tujuan kelas ini diwujudkan adalah untuk mengurangkan jumlah orang dewasa dalam kalangan Orang Asli yang buta huruf.


Elaun akan diberikan mengikut jumlah kehadiran peserta yang datang menghadiri kelas tersebut. Oleh kerana kebanyakan peserta adalah golongan yang bekerja dengan gaji harian. Elaun ini diberikan bagi menggantikan gaji mereka pada hari berkenaan. Selain itu, ia sebagai galakan dan morivasi kepada mereka untuk hadir ke kelas.


Pada 27 Julai 2016 (Rabu), SK Bukit Tampoi (A) telah berjaya memberikan elaun tersebut kepada para peserta yang hadir. Penyampaian elaun itu telah diserahkan oleh En. Azman Shah bin Yunus (GPK Pentadbiran). Terima kasih kepada semua yang hadir.

Wednesday, July 27, 2016

CERAMAH ANTI DADAH PADA MINGGU ANTI DADAH 2016


Ceramah Anti Dadah merupakan sebahagian aktiviti yang dijalankan dalam Minggu Anti Dadah SK Bukit Tampoi (A) 2016. Unit Anti Dadah SK Bukit Tampoi (A) telah berbesar hati untuk menjemput penceramah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Sepang. Mereka telah datang untuk memberikan penerangan tentang penyalahguaan dadah di samping mengadakan pameran mini. Terima kasih diucapkan kepada para pegawai dan AADK Cawangan Sepang kerana sudi datang untuk memberikan maklumat dan nasihat yang berguna kepada warga SK Bukit Tampoi (A) keseluruhannya.


PEMERIKSAAN KESIHATAN RANI BT. RINI


Rani bt. Rini ialah seorang murid perempuan Tahun 6, SK Bukit Tampoi (A). Semasa pemeriksaan kesihatan yang dilakukan di sekolah minggu lepas, jururawat yang bertugas telah mengesyorkan dia untuk membuat pemeriksaan susulan di Klinik Kesihatan Dengkil pada 25 Julai 2016. Dengan diiringi oleh Pn. Siti Najlaa iaitu guru dari Unit Kesihatan SKBT(A), mereka telah pergi untuk membuat pemeriksaan susulan.


Dia dirujuk ke klinik disebabkan oleh masalah keguguran rambut yang serius (Alopilia Secondary). Sejurus pemeriksaan selesai, doktor yang memeriksa telah mencadangkan agar dia diberikan folic asid, terrous fumarate dan vitamin B Complex. Penyakitnya berpunca daripada pemakanan dan penjagaan kebersihan. Dia dikehendaki untuk membuat rawatan susulan bersama ibu bapa pada 26 Ogos 2016 di klinik yang sama.

MENYERTAI PASUKAN SOFTBALL DAERAH SEPANG KE MSSS 2016


Tahniah dan syabas diucapkan kepada empat orang murid Tahun 5 yang telah berjaya dipilih untuk menyertai pasukan softball daerah Sepang ke pertandingan Softball Majlis Sekolah-Sekolah Selangor (MSSS). Pertandingan tersebut telah diadakan di Sungai Besar, Selangor selama dua hari bermula pada 25 dan 26 Julai 2016. Mereka yang terpilih ialah She Norafezah bt. Ibey, Ernieza bt. Yap, Mazlyna bt. Mazeri dan Rosmalinda Anak Zul.


Monday, July 25, 2016

PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH 2016 SK BUKIT TAMPOI (A)


Minggu Anti Dadah 2016 telah dilancarkan dengan rasminya oleh En. Azman Shah bin Mohd Yunus (GPK Pentadbiran). Program ini akan berlangsung dari 25-27 Julai 2016. Program ini dianjurkan oleh Unit Anti Dadah 2016 yang diketuai oleh Pn. Norshazzira bt. Shamsuz Zaman. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang di antaranya ialah aktiviti mewarna dan ceramah anti dadah.

Wednesday, July 20, 2016

LADAP PELAN STRATEGIK


Ladap Pelan Strategik bagi tahun 2014-2016 telah dilaksanakan semasa Perkongsian Minda pada 18/7/2016 (Isnin). Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pn. Noor Adida Tun Salwa bt. Omar (GPK Hal Ehwal Murid). Taklimat ini diadakan adalah untuk memperbaiki pelan strategik yang sedia ada setelah diberi teguran oleh Pegawai Pemantau daripada Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Selangor.