Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, August 30, 2016

JADUAL UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH 2016

Image result for jadual upsr 2016 pdf
Image result for jadual upsr 2016 pdf
Image result for jadual upsr 2016 pdf

UJIAN KECERDASAN PELBAGAI 2016


Ujian Kecerdasan Pelbagai atau lebih dikenali sebagai Ujian Psikometrik bagi murid Tahun 6 telah dijalankan pada 30 Ogos 2016. Seramai 19 orang murid Tahun 6 telah menduduki ujian tersebut yang telah diawasi oleh En. Firdaus Ayak (Guru Bimbingan Sekolah Rendah) dan Pn. Rubaaiah. 


Pemantauan Guru Besar

LAWATAN TUAN PEGAWAI PPD SEPANG 2016


Hari ini dalam sejarah, apabila Tuan Haji Khairi bin Bidin (Pegawai PPD Sepang) telah datang ke SK Bukit Tampoi (A) bersama dengan En. Zuhaimi Nasir (Ketua Penolong PPD Sepang) dari Unit Kemanusiaan untuk memantau persiapan sekolah menghadapi peperiksaan UPSR 2016 yang bakal menjelang pada minggu hadapan.


Di samping itu, beliau turut berkesempatan untuk menyampaikan sedikit amanat kepada semua guru berkaitan budaya kerja dan hala tuju akademik sekolah dalam situasi yang tenang lagi harmoni.

PERTANDINGAN BULAN KEBANGSAAN 2016



 Kolaj Jalur Gemilang


Mewarna Poster


Melukis Poster


Tayangan Video


Ceramah Kemerdekaan


Fesyen Kemerdekaan


Nyanyian Lagu Patriotik

Thursday, August 25, 2016

HYGIENE CARE HEY DAY 2016


Hygiene Care Hey Day adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SK Bukit Tampoi (A) dengan kerjasama UEM Edgenta, IMARET dan IMAN telah melaksanakan aktiviti penjagaan kesihatan gigi. UEM Edgenta merupakan syarikat angkat bagi sekolah ini. Mereka telah melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan mengambil 6 buah sekolah sebagai sekolah angkat mereka.


Program yang dimulai pada pukul 10.30 pagi sehingga 1.00 petang telah dirasmikan oleh Pn. Noor Adida Tun Salwa binti Omar (GPK Hal Ehwal Murid), SK Bukit Tampoi (A). Sasaran murid yang terlibat adalah dalam kalangan murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Manakala bagi murid-murid Tahap 2 mereka perlu mengikuti kelas pengajaran dan pembelajaran seperti biasa di dalam kelas masing-masing.


Seramai 3 orang pegawai daripada UEM Edgenta, 3 orang doktor pergigian daripada IMAN dan 8 orang sukarelawan telah turut serta menjayakan aktiviti program ini. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan dalam program ini seperti ceramah kesihatan gigi, kuiz kesihatan, sumbangan peralatan pergigian dan demonstrasi memberus gigi bersama doktor-doktor pelatih (sukarelawan).


Terima kasih dicapkan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga, kemahiran, peralatan dan pelbagai lagi sumbangan demi membantu sekolah-sekolah yang kekurangan dana dalam melaksanakan aktiviti sekolah demi membangunkan modal insan yang cemerlang dan seimbang.