Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, September 30, 2016

CUTI SEMPENA AWAL MUHARRAM 1438 HIJRAH


Salam Awal Muharram 1438 Hijrah kepada semua yang bakal disambut pada 3 Oktober 2016 (Isnin). Pada hari tersebut merupakan cuti umum bagi Malaysia kerana ia merupakan permulaan tahun baharu mengikut kalendar Islam (Hijrah).

Semua warga SK Bukit Tampoi (A) akan bercuti dan operasi pejabat sekolah ditutup selama 1 hari pada 3 Oktober 2016 bersamaan 1 Muharram 1438H (Isnin). Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 4 Oktober 2016 (Selasa).

Sekian, harap maklum.

Thursday, September 29, 2016

PERJUMPAAN WAKIL UNIVERSITI HERIOT WATT DENGAN BATIN KOA KOLAM AIR BANGKUNG


Seramai 7 orang wakil pelajar dari Universiti Heriot Watt, Putrajaya telah datang ke SK Bukit Tampoi (A) bagi meminta bantuan mengiringi mereka untuk berjumpa dengan Ketua Kampung Orang Asli di sekitar Dengkil. Pn. Noor Adida Tun Salwa (GPK HEM) dan En. Mohd. Firdaus Ayak (Guru Bimbingan) telah sudi untuk mengiringi mereka berjumpa dengan salah seorang Ketua Kampung Orang Asli di sini.  


Cikgu Noor Adida memperkenalkan Batin KOA Kolam Air Bangkung kepada penuntut Universiti Heriot Watt


Mereka telah pergi ke Kampung Orang Asli (KOA) Kolam Air Bangkung dan berjumpa dengan ketua kampung tersebut. Ketua kampung tersebut dikenali sebagai Batin Ongin@Othman bin Abdullah.


Para penuntut bersama Batin KOA Air Bangkung


Wakil penuntut berbincang dengan Batin

Tujuan perjumpaan mereka ialah untuk berbincang tentang khidmat masyarakat yang ingin diberikan oleh pihak Universiti Heriot Watt. Pihak universiti berbesar hati untuk menyumbangkan sejumlah buku kepada penduduk Orang Asli di sini. Buku-buku tersebut akan ditempatkan di Balai Raya KOA Kolam Air Bangkung. Mereka turut meminta kebenaran Tok Batin untuk mewujudkan sebuah Perpustakaan Mini di dalam balai raya tersebut.


Balai Raya KOA Air Bangkung

Dengan adanya Perpustakaan Mini ini, dapatlah penduduk kampung menggunakan kemudahan yang disediakan untuk menambah ilmu pengetahuan di samping meningkatkan mutu pembacaan mereka. Selain itu, mereka dapat menyumbang kepada penurunan peratus buta huruf dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Universiti Heriot Watt kerana sudi membantu penduduk Orang Asli di sini meningkatkan mutu kehidupan mereka.


Para penuntut Universiti Heriot Watt mengisi Buku Pelawat

Tuesday, September 27, 2016

HYGIENE CARE HEY DAY PART II 2016


Pentadbir, Pegawai UEM Edgenta dan Pegawai Imaret bergambar kenangan


Hygiene Care Hey Day adalah program yang dianjurkan oleh UEM Edgenta dengan kerjasama Imaret dan Unit Kesihatan, Hal Ehwal Murid SK Bukit Tampoi (A). Ini merupakan kali kedua mereka mengadakan program seperti ini. Kali pertama diadakan bagi murid Tahap 1, manakala pada kali ini program diadakan bagi murid Tahap 2. 


Murid Tahap 2

Mereka yang terlibat dalam program ini terdiri daripada para pentadbir sekolah, 3 orang pegawai daripada UEM Edgenta, 10 orang doktor pergigian daripada Imaret, guru-guru dan murid-murid Tahap 2. En. Mohd. Rahman bin Rabingan selaku Guru Besar, SK Bukit Tampoi (A) telah berbesar hati untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Hygiene Care Hey Day Part II ini. 


Ucapan Pegawai UEM Egdenta


Ucapan Perasmian oleh Guru Besar

Para sukarelawan daripada Imaret yang terdiri daripada doktor pergigian dan doktor-doktor pelatih pergigian telah diberi tanggungjawab untuk menyampaikan ceramah berkaitan penjagaan gigi yang betul agar sentiasa sihat. Di samping itu, mereka turut menyelitkan soalan-soalan kuiz untuk menguji kefahaman murid yang mendengar. Bagi mereka yang menjawab dengan betul akan diberikan hadiah. Selain daripada itu, mereka turut memberi tunjuk ajar cara menggosok gigi dengan betul.


Tunjuk ajar menggosok gigi


Setelah selesai aktiviti yang dikendalikan oleh pasukan Imaret, program dikendalikan pula oleh pasukan daripada UEM Edgenta. Mereka telah melaksanakan aktiviti permainan seperti jigsaw puzzle dan pertandingan mewarna. Kelihatan semua murid gembira dapat mengikuti aktiviti seperti itu. Ini dapat dilihat betapa tekunnya mereka menyusun gambar-gambar dengan cara yang betul. Bagi murid yang mewarna pula mereka cukup teliti dan cermat semasa mewarna gambar agar kelihatan cantik dan kemas.


Aktiviti Jigsaw Puzzle


Aktiviti Pertandingan Mewarna

Di akhir program murid-murid diagihkan dengan sekotak minuman dan sebungkus roti sebagai mengalas perut. Turut diberikan ialah peralatan memberus gigi semasa demonstrasi menggosok gigi sebelum itu. Terima kasih kepada UEM Edgenta, Imaret, para pentadbir, guru-guru dan murid-murid yang terlibat bagi menjayakan aktiviti kemasyarakatan terutamanya murid-murid SK Bukit Tampoi (A) ini. Ribuan terima kasih diucapkan di atas sumbangan yang diberikan kepada sekolah kami. Semoga program yang berguna sebegini dapat diteruskan pada tahun hadapan.


Terima kasih kepada 
PINTAR Foundation, UEM Edgenta, Fakulti Pergigian UKM, sukarelawan IMARET/IMAM dari Persatuan Perubatan Malaysia, guru-guru dan murid-murid Tahap 2
SK Bukit Tampoi (A)

Thursday, September 22, 2016

ORANG ZAMAN DULU MENAMPI BERAS


Orang kampung bergotong-royong menampi beras


Wanita di tengah tu Mak Cik Kiah jual kain sarung


Tok Penghulu dengan Peraih Beras


Yang perempuan tu mak dara jiran sebelah


Watak-watak di atas adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena di antara yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Senyum sokmo deh!!!

PELAJAR KEDAP MENAMPI BERAS


Aktiviti pelajar Kedap pada hari ini adalah aktiviti menampi beras iaitu mengasingkan di antara beras dengan bubuk. Lihatlah bagaimana cara-cara dan peralatan yang digunakan oleh mereka untuk menampi beras. 

Selain daripada itu, mereka turut mengenakan pakaian tradisional iaitu baju kurung Kedah. Ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang dirancang bagi menarik minat mereka untuk belajar di sekolah. Turut hadir ialah para pentadbir SK Bukit Tampoi (A) yang sanggup meluangkan masa menampi beras bersama-sama pelajar Kedap.

Wednesday, September 21, 2016

PRA PELANCARAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA 2016


Hari Sukan Negara (HSN) merupakan acara tahunan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertujuan untuk memupuk  budaya bersenam dalam kalangan akar umbi. Justeru itu, satu Majlis Pra Pelancaran Hari Sukan Negara Daerah Sepang dan Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Sukan Kepada Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Daerah Sepang telah diadakan.


Majlis tersebut telah diadakan di Simfoni Walk, IOI City Mall di Putrajaya. Pejabat Belia dan Sukan Sepang telah menjemput semua wakil sekolah daripada SK, SMK, SJK(C), SJK(T) dan SAM di daerah Sepang untuk turut serta. Turut hadir adalah Pengerusi JKKK setiap kampung di daerah yang sama.

Yang Berhormat Tuan Shahrum bin Dato' Shariff
(Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil)


Tuan Haji Khairi bin Bidin
(Pegawai PPD Sepang)

YB Tuan Shahrum bin Dato Shariff (ADUN Dengkil), Tuan Haji Khairi bin Bidin (Pegawai PPD Sepang), pegawai-pegawai PPD Sepang dan agensi-agensi kerajaan yang berada di daerah Sepang turut hadir pada majlis tersebut. Tuan YB telah berbesar hati merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada semua wakil sekolah dan JKKK yang terlibat.


Ucapan Perasmian


Gimik Perasmian

Setiap wakil sekolah dan JKKK telah menerima sekeping sijil penyertaan, peralatan sukan berupa dua biji bola dan peruntukan pengelolaan. Aktiviti sukan mesti dijalankan oleh setiap sekolah dan kampung pada tarikh yang ditetapkan oleh KBS iaitu pada 8 Oktober 2016. Pada tarikh tersebut Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara akan dirasmikan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) cawangan Sepang.


Menerima sumbangan sijil dan peralatan sukan

Sunday, September 11, 2016

CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN PENGGAL KE-2 TAHUN 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa cuti pertengahan penggal ke-2 telah bermula pada 10/9/16 (Sabtu) hingga 18/9/16 (Ahad). Walau bagaimanapun semasa cuti sekolah sedang berlangsung terdapat beberapa cuti umum yang bertembung dengan cuti sekolah iaitu Hari Raya Aidiladha pada 12 (Isnin) dan 13 September 2016 (Selasa) serta Hari Malaysia pada 16 September 2016 (Khamis).

Tarikh
Jenis Cuti
10/9/16
Cuti Sekolah
11/9/16
Cuti Sekolah
12/9/16
Cuti Umum (Hari Raya Aidiladha)
13/9/16
Cuti Umum (Hari Raya Aidiladha)
14/9/16
Cuti Sekolah
15/9/16
Cuti Sekolah
16/9/16
Cuti Umum (Hari Malaysia)
17/9/16
Cuti Sekolah
18/9/16
Cuti Sekolah

Sesi persekolahan akan dibuka semula pada 19/9/16 (Isnin). Sekian, harap maklum.

Thursday, September 8, 2016

MAJLIS PENUTUPAN MINI ASRAMA 2016

Ucapan Penutupan oleh Guru Besar SK Bukit Tampoi (A)


Setelah 5 hari 4 malam berkampung di SK Bukit Tampoi (A), maka berakhirlah sudah Program Mini Asrama 2016 yang telah bermula pada hari Ahad yang lepas. Seramai 21 orang murid Tahun 6 yang telah terlibat dalam program tersebut. Ribuan terima kasih kepada para pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang telah memberikan kerjasama yang baik semasa menjalankan program ini.

Murid Tahun 6 yang mengikuti program


Terima kasih juga diucapkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Tampoi (A) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di atas sumbangan kewangan bagi menjayakan program yang sudah tentu memerlukan dana yang besar untuk membiayai peruntukan makanan dan minuman sepanjang program ini. Tanpa sumber kewangan sudah tentu program ini tidak akan berjaya.

Pn. Siti Najlaa mempengerusikan majlis


Selain daripada itu, ribuan terima kasih kepada para penyumbang peribadi mahupun organisasi yang prihatin dengan kebajikan Orang Asli terutamanya dalam bidang pendidikan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para ibu bapa yang terlibat kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada guru-guru kami untuk menjaga anak-anak tuan puan yang sanggup berjauhan dengan mereka demi kesejahteraan masa depan anak-anak mereka.

Amanat daripada Guru Besar


Besarlah harapan kami agar program yang kita jalankan ini dapat menghasilkan murid yang berdikari, tabah, berdisiplin dan berpelajaran. Matlamat program ini untuk mengekalkan kehadiran 100% bagi murid Tahun 6 sepanjang peperiksaan UPSR berjalan telah tercapai dengan jayanya. Program ini wajar diteruskan lagi demi masa depan Orang Asli yang berpendidikan pada masa akan datang.


Wajah-wajah ceria murid Tahun 6 yang telah berjaya menamatkan program

HARI TERAKHIR UPSR 2016