Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, September 21, 2016

PRA PELANCARAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA 2016


Hari Sukan Negara (HSN) merupakan acara tahunan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertujuan untuk memupuk  budaya bersenam dalam kalangan akar umbi. Justeru itu, satu Majlis Pra Pelancaran Hari Sukan Negara Daerah Sepang dan Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Sukan Kepada Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Daerah Sepang telah diadakan.


Majlis tersebut telah diadakan di Simfoni Walk, IOI City Mall di Putrajaya. Pejabat Belia dan Sukan Sepang telah menjemput semua wakil sekolah daripada SK, SMK, SJK(C), SJK(T) dan SAM di daerah Sepang untuk turut serta. Turut hadir adalah Pengerusi JKKK setiap kampung di daerah yang sama.

Yang Berhormat Tuan Shahrum bin Dato' Shariff
(Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil)


Tuan Haji Khairi bin Bidin
(Pegawai PPD Sepang)

YB Tuan Shahrum bin Dato Shariff (ADUN Dengkil), Tuan Haji Khairi bin Bidin (Pegawai PPD Sepang), pegawai-pegawai PPD Sepang dan agensi-agensi kerajaan yang berada di daerah Sepang turut hadir pada majlis tersebut. Tuan YB telah berbesar hati merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada semua wakil sekolah dan JKKK yang terlibat.


Ucapan Perasmian


Gimik Perasmian

Setiap wakil sekolah dan JKKK telah menerima sekeping sijil penyertaan, peralatan sukan berupa dua biji bola dan peruntukan pengelolaan. Aktiviti sukan mesti dijalankan oleh setiap sekolah dan kampung pada tarikh yang ditetapkan oleh KBS iaitu pada 8 Oktober 2016. Pada tarikh tersebut Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara akan dirasmikan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) cawangan Sepang.


Menerima sumbangan sijil dan peralatan sukan

No comments:

Post a Comment