Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, May 26, 2018

MAJLIS IFTAR DAN PENYERAHAN SUMBANGAN PEK RAMADHAN 2018


Majlis Iftar  dan Penyerahan Sumbangan Pek Ramadhan 2018 telah berjaya diadakan pada 25 Mei 2018 (Jumaat) yang telah bermula seawal pukul 6.00 petang sehingga 8.00 malam. Para tetamu yang hadir pada majlis ini terdiri daripada Hj. Azhar bin Alias (Ketua Pengurusan Wakaf & Zakat Maybank Islamic), En. Rusli bin Abd Malek (Pengurus Cawangan Maybank KLIA2), Pn. Sharlina bt. Adnan (Pengarah Program Domestik Islamic Relief Malaysia), Cik Mazuin (Pengarah Persatuan Barokah Jumaat), Tuan Haji Arbain bin Pinni (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sepang) dan En. Ilam bin Senin (YDP PIBG).

Majlis Iftar ini telah ditaja oleh IRM manakala sumbangan Pek Ramadhan adalah daripada Maybank Islamic. Sebanyak 100 pek makanan disediakan untuk diagihkan kepada keluarga murid-murid dan penduduk-penduduk Kampung Orang Asli yang terdiri daripada Orang Asli yang beragama Islam. Pek makanan yang diagihkan mengandungi makanan seperti beras, minyak masak, tepung gandung, garam, gula dan pelbagai lagi barangan keperluan harian.

Perjalanan majlis dimulakan ucapan daripada Guru Besar, yang diikuti dengan ucapan Ketua Pegawai PPD Sepang. Seterusnya ucapan daripada Pengarah Program Domestik IRM dan diakhiri dengan ucapan daripada Ketua Pengurusan Wakaf & Zakat. Sejurus selepas ucapan, para tetamu jemputan telah sudi untuk menyerahkan sumbangan Pek Ramadhan kepada para penerima. Di akhir majlis, pihak sekolah telah menyampaikan cenderamata kepada para tetamu jemputan yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai PPD Sepang.

Sejurus selepas itu, para tetamu jemputan dan hadirin telah dijemput ke majlis iftar yang telah disediakan oleh pihak sekolah dengan menggunakan tajaan IRM di bilik darjah yang telah dikemas dan dibersihkan. Selesai sahaja majlis iftar, para hadirin dipersilakan ke Bilik Pendidikan Islam dan Prasekolah untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Solat Maghrib telah diimamkan oleh Ustaz Anwar bin Mohd. Salleh, guru Pendidikan Islam sekolah kami. Di penghujung majlis, para penerima dijemput ke Bilik Sains untuk penyerahan sumbangan Pek Ramadhan.

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Maybank Islamic kerana sudi memilih sekolah kami sebagai penerima sumbangan pek Ramadhan pada tahun ini. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IRM kerana telah membuka laluan dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan majlis kali ini dengan jayanya. Kepada Tuan Ketua Pegawai PPD Sepang terima kasih kerana sudi datang dan menyokong aktiviti kami selama ini. Terima kasih juga kami ucapkan kepada YDP, AJK PIBG dan Tok Batin kerana telah bertungkus-lumus mendapatkan maklumat penduduk Orang Asli di kampung-kampung berdekatan. Semoga dengan kerjsama yang harmoni ini dapat dikukuhkan dan dipanjangkan pada masa yang akan datang. 



Pek Ramadhan


Ucapan Guru Besar


Ucapan Ketua Pegawai PPD Sepang


Ucapan Pengarah Program Domestik IRM


Ucapan Ketua Pengurusan Wakaf & Zakat
Maybank Islamic


Sumbangan kepada wakil murid sekolah



Sumbangan kepada wakil penduduk Kampung Orang Asli




Para Tetamu Jemputan


Sumbangan daripada pihak sekolah kepada tetamu jemputan







Sukarelawan IRM


Para Hadirin



Pendaftaran Ibu Bapa dan Penjaga


Majlis Iftar




 Penyerahan Sumbangan Pek Ramadhan






Friday, May 25, 2018

CUTI PERISTIWA HARI NENEK MOYANG DAN CUTI UMUM HARI WESAK

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga murid SK Bukit Tampoi (A) bahawa sekolah akan bercuti selama 2 hari sempena Hari Nenek Moyang dan Hari Wesak. Jadual cuti tersebut adalah seperti butiran berikut : -

Tarikh
Jenis Cuti
28/05/2018 (Isnin)
Cuti Peristiwa Hari Nenek Moyang
29/05/2018 (Selasa)
Cuti Umum Hari Wesak

Diharapkan agar tuan/puan ambil maklum tentang perkara di atas. Sekolah akan beroperasi semula pada 30/05/2018 (Rabu). Sekian, harap maklum.

Thursday, May 24, 2018

JADUAL WAKTU SEPANJANG RAMADAN 2018

Berikut adalah waktu persekolahan bagi semua murid SK Bukit Tampoi (A) sepanjang bulan Ramadan 2018. Semoga ibu bapa atau penjaga dapat menguruskan pengangkutan anak untuk pergi dan balik sekolah.

Hari
Waktu Datang
Waktu Balik
Isnin
7.40 pagi
1.00 petang
Selasa
7.40 pagi
12.30 tengah hari
Rabu
7.40 pagi
12.30 tengah hari
Khamis
7.40 pagi
12.30 tengah hari
Jumaat
7.40 pagi
12.00 tengah hari

Semua aktiviti kokurikulum pada bulan Ramadan ditangguhkan sementara waktu. Jadual ini berkuatkuasa mulai 28 Mei 2018 (Isnin) hingga 8 Jun 2018 (Jumaat).

Monday, May 21, 2018

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018

Hari/Tarikh
Masa
Mata Pelajaran
ISNIN
21/05/18
8.00 – 9.00
9.10 – 10.10
10.10 – 10.30
10.45 – 11.45
Sains (Kertas 1)
Sains (Kertas 2)
Rehat
Agama Islam/Pendidikan Moral
SELASA
22/05/18
8.00 – 9.00
9.10 – 10.10
10.10 – 10.30
10.45 – 11.45
12.00 – 1.00
Pendidikan Kesihatan
TMK
Rehat
Reka Bentuk & Teknologi
Sejarah
RABU
23/05/18
8.00 – 9.15
9.30 – 10.30
10.30 -10.50
11.15 – 12.30
Bahasa Melayu (Pemahaman)
Matematik (Kertas 1)
Rehat
Bahasa Melayu (Penulisan)
KHAMIS
24/05/18
8.00 – 9.15
9.30 – 10.30
10.30 -10.50
11.15 – 12.30
Bahasa Inggeris (Pemahaman)
Matematik (Kertas 2)
Rehat
Bahasa Inggeris (Penulisan)

Saturday, May 19, 2018

MAJLIS PEMBERIAN SUMBANGAN RAMADHAN 2018


Majlis Pemberian Sumbangan Ramadhan telah diadakan pada 18 Mei 2018 (Jumaat) pada pukul 10.30 pagi di Makmal Sains, SK Bukit Tampoi (A). Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar. yang turut dihadiri oleh GPK Pentadbiran dan GPK Hal Ehwal Murid. Seramai 20 buah keluarga daripada 38 buah keluarga Islam di sekolah ini telah diraikan.

Sumbangan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, telur dan barangan keperluan lain telah disampaikan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar). Sumbangan adalah daripada individu yang pernah berkhidmat di sekolah ini yang sudi menyumbang kepada warga SK Bukit Tampoi (A). 

Dengan sumbangan ini diharapkan agar keperluan keluarga pada bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna kepada mereka. Terima kasih diucapkan kepada individu yang telah sudi memberikan sumbangan kepada waga sekolah ini. Semoga Allah membalasnya dengan ganjaran yang berlipat kali ganda di bulan yang mulia ini.


Ucapan Pengerusi Majlis


Ucapan Guru Besar


Kehadiran Penerima Sumbangan

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2018

Ucapan Perasmian


Program Ihya' Ramadhan 2018 merupakan mengimarahkan bulan Ramadhan dengan aktiviti sampingan seperti zikir munajat, tilawah Al-Quran dan majlis khatam Al-Quran. En. Azman Shah bin Mohd. Yunus selaku GPK Pentadbiran telah sudi merasmikan program tersebut yang dilakukan di Bilik Pendidikan Islam.

Program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ini berlangsung dari 17 Mei 2018 sehingga 8 Jun 2018. Sempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini pihak sekolah menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada silap dan salah sepanjang tahun ini. Selamat berpuasa kepada semua guru dan murid yang beragama Islam. Semoga puasa kali ini diterima sebagai ibadat kepada Ilahi.


PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU 2018

Majlis Perhimpunan Hari Guru 2018


Tarikh 16 Mei 2108 adalah tarikh keramat bagi semua guru di Malaysia kerana pada hari tersebut semua guru diraikan mahupun meraikan diri sendiri. Itulah asam garam sebagai seorang pendidik. Mereka bukan mahukan sanjungan atau penghargaan tetapi ingatan tulus ikhlas dari anak didik mereka atau ibu bapa.

Warga guru SK Bukit Tampoi (A) telah menyambutnya pada hari yang sama walaupun ada sekolah yang menyambutnya lebih awal. Ini adalah kerana pada keesokkannya merupakan hari permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia.

Pada tahun ini, PIBG telah mengorak langkah dengan turut sama meraikan Hari Guru bersama-sama ibu bapa yang sudi hadir. Kami pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan sekalian dan kami ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi datang memberikan sokongan kepada semua warga pendidik SK Bukit Tampoi (A).

Acara dimulakan dengan perhimpunan rasmi yang diadakan di tapak perhimpunan. Pada majlis kali ini turut disertai oleh YDP dan NYDP PIBG. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu, diikuti dengan bacaan doa. Kemudian, Guru Besar telah menyampaikan ucapan dituruti oleh ucapan YDP PIBG dan diakhiri dengan pembacaan perutusan Ketua Pengarah KPM yang dibacakan oleh GPK Pentadbiran. Penutup bagi majlis perhimpunan adalah acara memotong kek yang disumbangkan oleh PIBG SK Bukit Tampoi (A).

Sejurus selepas itu, guru-guru diraikan dengan persembahan murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Guru-guru turut tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat nyanyian masing-masing. Oleh itu, beberapa orang guru telah berbesar hati untuk menyanyikan beberapa buah lagu. Kemudian, guru-guru menyertai permainan sebagai hiburan. Di akhir program, majlis penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Guru Besar kepada para pemenang. Turut memberikan hadiah adalah murid-murid yang dikasihani kepada guru-guru yang pernah berjasa kepada mereka.



PIBG turut memberi sokongan


Ibu Bapa yang turut hadir



 Ikrar Guru


Ucapan Guru Besar


Ucapan YDP PIBG


Perutusan Ketua Pengarah KPM


Upacara Memotong Kek


Kek Sumbangan PIBG




Upacara Bersalaman





Aktiviti Musang Berjanggut


Aktiviti Mencucuk Benang


Aktiviti Peragaan 


Persembahan Guru


Hadiah Kumpulan





Bergambar Kenangan