Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, May 26, 2018

MAJLIS IFTAR DAN PENYERAHAN SUMBANGAN PEK RAMADHAN 2018


Majlis Iftar  dan Penyerahan Sumbangan Pek Ramadhan 2018 telah berjaya diadakan pada 25 Mei 2018 (Jumaat) yang telah bermula seawal pukul 6.00 petang sehingga 8.00 malam. Para tetamu yang hadir pada majlis ini terdiri daripada Hj. Azhar bin Alias (Ketua Pengurusan Wakaf & Zakat Maybank Islamic), En. Rusli bin Abd Malek (Pengurus Cawangan Maybank KLIA2), Pn. Sharlina bt. Adnan (Pengarah Program Domestik Islamic Relief Malaysia), Cik Mazuin (Pengarah Persatuan Barokah Jumaat), Tuan Haji Arbain bin Pinni (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sepang) dan En. Ilam bin Senin (YDP PIBG).

Majlis Iftar ini telah ditaja oleh IRM manakala sumbangan Pek Ramadhan adalah daripada Maybank Islamic. Sebanyak 100 pek makanan disediakan untuk diagihkan kepada keluarga murid-murid dan penduduk-penduduk Kampung Orang Asli yang terdiri daripada Orang Asli yang beragama Islam. Pek makanan yang diagihkan mengandungi makanan seperti beras, minyak masak, tepung gandung, garam, gula dan pelbagai lagi barangan keperluan harian.

Perjalanan majlis dimulakan ucapan daripada Guru Besar, yang diikuti dengan ucapan Ketua Pegawai PPD Sepang. Seterusnya ucapan daripada Pengarah Program Domestik IRM dan diakhiri dengan ucapan daripada Ketua Pengurusan Wakaf & Zakat. Sejurus selepas ucapan, para tetamu jemputan telah sudi untuk menyerahkan sumbangan Pek Ramadhan kepada para penerima. Di akhir majlis, pihak sekolah telah menyampaikan cenderamata kepada para tetamu jemputan yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai PPD Sepang.

Sejurus selepas itu, para tetamu jemputan dan hadirin telah dijemput ke majlis iftar yang telah disediakan oleh pihak sekolah dengan menggunakan tajaan IRM di bilik darjah yang telah dikemas dan dibersihkan. Selesai sahaja majlis iftar, para hadirin dipersilakan ke Bilik Pendidikan Islam dan Prasekolah untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Solat Maghrib telah diimamkan oleh Ustaz Anwar bin Mohd. Salleh, guru Pendidikan Islam sekolah kami. Di penghujung majlis, para penerima dijemput ke Bilik Sains untuk penyerahan sumbangan Pek Ramadhan.

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Maybank Islamic kerana sudi memilih sekolah kami sebagai penerima sumbangan pek Ramadhan pada tahun ini. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IRM kerana telah membuka laluan dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan majlis kali ini dengan jayanya. Kepada Tuan Ketua Pegawai PPD Sepang terima kasih kerana sudi datang dan menyokong aktiviti kami selama ini. Terima kasih juga kami ucapkan kepada YDP, AJK PIBG dan Tok Batin kerana telah bertungkus-lumus mendapatkan maklumat penduduk Orang Asli di kampung-kampung berdekatan. Semoga dengan kerjsama yang harmoni ini dapat dikukuhkan dan dipanjangkan pada masa yang akan datang. 



Pek Ramadhan


Ucapan Guru Besar


Ucapan Ketua Pegawai PPD Sepang


Ucapan Pengarah Program Domestik IRM


Ucapan Ketua Pengurusan Wakaf & Zakat
Maybank Islamic


Sumbangan kepada wakil murid sekolah



Sumbangan kepada wakil penduduk Kampung Orang Asli




Para Tetamu Jemputan


Sumbangan daripada pihak sekolah kepada tetamu jemputan







Sukarelawan IRM


Para Hadirin



Pendaftaran Ibu Bapa dan Penjaga


Majlis Iftar




 Penyerahan Sumbangan Pek Ramadhan






No comments:

Post a Comment