Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, May 13, 2017

GARISAN KESELAMATAN TANGGA SEKOLAH



Akhirnya garisan keselamatan yang dimulakan pada awal tahun telah siap sepenuhnya. Kali ini dengan bantuan GPK Pentadbiran, GPK HEM dan GPK Kokurikulum. Fokus pada hari ini adalah di bahagian tangga sekolah Blok A. Dengan adanya tenaga kerja yang ramai memudahkan kerja-kerja mengecat lebih cepat dan mudah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat kerana berjaya menyiapkan garisan keselamatan di SK Bukit Tampoi (A). Ini juga merupakan hasil tangan Pn. Noor Adida Tun Salwa binti Omar selaku GPK HEM sebelum beliau meninggalkan sekolah ini. Segala usaha yang dicurahkan demi kecemerlangan sekolah akan sentiasa dihargai oleh warga sekolah hingga akhir hayat.



1 comment: