Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, August 25, 2016

HYGIENE CARE HEY DAY 2016


Hygiene Care Hey Day adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SK Bukit Tampoi (A) dengan kerjasama UEM Edgenta, IMARET dan IMAN telah melaksanakan aktiviti penjagaan kesihatan gigi. UEM Edgenta merupakan syarikat angkat bagi sekolah ini. Mereka telah melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan mengambil 6 buah sekolah sebagai sekolah angkat mereka.


Program yang dimulai pada pukul 10.30 pagi sehingga 1.00 petang telah dirasmikan oleh Pn. Noor Adida Tun Salwa binti Omar (GPK Hal Ehwal Murid), SK Bukit Tampoi (A). Sasaran murid yang terlibat adalah dalam kalangan murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Manakala bagi murid-murid Tahap 2 mereka perlu mengikuti kelas pengajaran dan pembelajaran seperti biasa di dalam kelas masing-masing.


Seramai 3 orang pegawai daripada UEM Edgenta, 3 orang doktor pergigian daripada IMAN dan 8 orang sukarelawan telah turut serta menjayakan aktiviti program ini. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan dalam program ini seperti ceramah kesihatan gigi, kuiz kesihatan, sumbangan peralatan pergigian dan demonstrasi memberus gigi bersama doktor-doktor pelatih (sukarelawan).


Terima kasih dicapkan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga, kemahiran, peralatan dan pelbagai lagi sumbangan demi membantu sekolah-sekolah yang kekurangan dana dalam melaksanakan aktiviti sekolah demi membangunkan modal insan yang cemerlang dan seimbang.

No comments:

Post a Comment