Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, September 30, 2019

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA 2019


Program Gotong-royong Perdana adalah salah satu program yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Tampoi (A) bagi tahun 2019. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Unit Kebersihan, Hal Ehwal Murid.

Program ini telah diadakan pada 28 September 2019 (Sabtu) telah mendapat kerjasama daripada ibu bapa, guru-guru dan kakitangan Islamic Relief Malaysia (IRM). Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menceriakan lanskap sekolah meliputi kawasan prasekolah, Bilik RBT, Stor Pendidikan Jasmani, Taman Pendidikan Islam, Taman Herba dan Pondok Cendawan.

Aktiviti dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh GPK Hal Ehwal Murid berkaitan pembahagian peserta mengikut stesen dan jadual program. Seterusnya aktiviti gotong-royong mengikut stesen yang telah ditetapkan. Pada pukul 10.00 pagi para peserta dihidangkan dengan minum pagi. Seterusnya aktiviti gotong-royong diteruskan sehingga pukul 12.00 tengah hari.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG kerana telah menyediakan sebuah jentolak bagi memudahkan kerja-kerja meratakan, memunggah dan mengalihkan tanah ke tempat yang sesuai.

Diharapkan agar program ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang, demi menjadikan kawasan sekolah sebagai tempat yang kondusif untuk belajar di samping dapat menarik kehadiran murid ke sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. 










No comments:

Post a Comment