Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, June 22, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017




Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tiba sedikit hari lagi. Murid-murid akan mula bercuti pada 23 Jun 2017 hingga 2 Jun 2017. Sekolah akan dibuka semula pada 3 Jun 2017 (Isnin). Pada kesempatan ini, pihak SK Bukit Tampoi (A) menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada bahasa yang menyinggung mana-mana pihak sama ada sengaja atau tidak. 

Semoga pada hari raya ini membawa keberkatan kepada anda semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami warga SK Bukit Tampoi (A) kepada semua warga sekolah dan para ibu bapa sekalian. Hati-hati ketika memandu di jalan raya. Semoga anda selamat tiba ke destinasi yang dituju dan pulang dengan selamat hendaknya.

PROGRAM SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI 2017


Hari Raya Aidilfitri 2017 akan menjelang tiba tidak berapa lama lagi. Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sebelum bermulanya cuti persekolahan yang bermula 23 Jun 2017 (Jumaat) hingga 2 Julai 2017 (Ahad). Berikutan dengan itu, pihak sekolah telah menganjurkan Program Sumbangan Hari Raya Aidilfitri.

Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi sumbangan berupa barangan keperluan hari raya bagi keluarga Islam yang kurang mampu. Selain daripada itu, dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban perbelanjaan pada hari raya nanti.

Sumbangan hari raya pada tahun ini telah disumbangkan oleh Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang bermurah hati untuk membantu menceriakan suasana hari raya dengan bantuan barangan keperluan harian kepada keluarga yang kurang mampu. 

Selain itu, pada pentadbir, guru dan kakitangan sokongan juga turut membantu mengumpulkan dana untuk diberikan kepada semua murid sebagai duit raya. Sumbangan duit raya ini telah diberikan kepada semua murid untuk menceriakan suasana hari raya di samping menggembirakan murid-murid dengan duit raya yang mereka perolehi.


Kehadiran ibu bapa


Ucapan Guru Besar & Batin


Penyampaian sumbangan oleh Batin KOA Bukit Tampoi


Penyampaian sumbangan oleh Batin KOA Kolam Air Bangkung


Penyampaian cenderamata oleh Guru Besar


Kehadiran para pentadbir


Penyampaian duit raya oleh Guru Besar



Penyampaian duit raya oleh GPK Pentadbiran


Penyampaian duit raya oleh GPK HEM


Penyampaian duit raya oleh GPK Kokurikulum

Wednesday, June 21, 2017

PROGRAM IKATAN KASIH RAMADHAN 2017


Program Ikatan Kasih Ramadhan (IKRAM) 2017 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam, PPD Sepang. Program ini telah dijalankan selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 Jun 2017 bertempat di Masjid KLIA, Sepang.


Panitia Pendidikan Islam, SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar seramai 25 orang murid Islam untuk menyertai program tersebut. Pihak sekolah juga turut menghantar 3 orang guru pengiring sebagai pembantu kepada urusetia program berkenaan.


Antara aktiviti yang menarik di dalam program ini adalah pembelian baju raya dan pemberian duit raya daripada para penyumbang warga PPD Sepang. Selain daripada itu, mereka juga didedahkan dengan aktiviti kerohanian seperti membaca Al-Quran, solat sunat, majlis berbuka puasa, solat berjemaah, qiamullail,  dan pelbagai aktiviti yang boleh melahirkan modal insan yang cemerlang.



Majlis penutupan Program Ikram ini telah diadakan pada hari terakhir program iaitu pada 21 Jun 2017 (Rabu). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai PPD Sepang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa penganjur kerana telah berjaya menjalankan program ini dengan jayanya.


PROGRAM SATU JAM BERSAMA AL-QURAN 2017


Program Satu Jam Bersama Al-Quran telah dijalankan pada 20 Jun 2017 (Selasa) di Bilik Pendidikan Islam, SK Bukit Tampoi (A). Program ini dijalankan di seluruh negara secara serentak. Justeru itu, Panitia Pendidikan Islam telah mengambil kesempatan ini untuk menyahut seruan untuk bersama-sama menganjurkan program ini.



Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk membudayakan amalan membaca Al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam setiap masa. Amalan seperti ini mesti diteruskan terutamanya selepas bulan Ramadhan. Ini adalah kerana membaca Al-Quran bukan sahaja memberi pengajaran kepada umat manusia malah kita juga akan mendapat kebaikan di akhirat kelak.



Semua murid Islam serta guru-guru yang berkelapangan telah menyertai program ini. Program ini dipimpin oleh Ustaz Anwar bin Mohd. Salleh dengan membaca surah-surah lazim. Syabas kepada semua murid dan guru yang terlibat di dalam menjayakan program ini. Semoga mereka mendapat kebaikan di dunia dan akhirat hendaknya.



Friday, June 16, 2017

MAJLIS PERPISAHAN PN. SITI KHATIJAH


Pn. Siti Khatijah binti Aris ialah seorang guru opsyen Sejarah di SK Bukit Tampoi (A). Beliau yang telah bertugas selama dua tahun iaitu dari 2015 hingga 2017 di sekolah ini. Ini merupakan sekolah kedua bagi beliau. Sekolah pertama beliau adalah di Sarawak. Kini beliau telah bertukar ke Johor dalam daerah Johor Bahru. Beliau bertukar ke sana kerana mengikut suaminya yang bekerja di Singapurra.

Tahniah diucapkan kepada beliau kerana permohonan pertukarannya telah berjaya. Kami di sini telah kehilangan seorang guru muda yang berdedikasi dalam menjalankan tugas yang diberi. Semoga beliau berjaya mencurahkan baktinya di sana di samping suami yang tercinta. Sampai kita bertemu kembali.





GOTONG-ROYONG MENGEMAS PERALATAN IFTAR RAMADHAN 2017


Majlis Iftar Ramadhan 2017 telah dilaksanakan dengan jayanya semalam. Ramai para jemputan yang hadir memeriahkan majlis. Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin yang hadir. Pada hari ini, sekolah kami telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan peralatan sekolah yang telah digunakan dan menyusun semua peralatan yang telah dialihkan. 

Semua murid bekerjasama mengemas peralatan sekolah mengikut arahan yang diberikan oleh guru. Murid-murid lelaki diberi tugas untuk menyusun semula kerusi dan meja yang dialihkan yang digunakan sebagai dewan solat. Manakala murid-murid perempuan pula diarahkan untuk mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan.

Dengan kerjasama erat di antara guru dan murid, semua kerja yang berat menjadi lebih mudah. Suasana begini amat jarang kita lihat kini. Murid-murid kini lebih gemar tidak mengambil berat hal kebajikan di sekolah. Mereka memberi alasan ibu bapa tidak membenarkan mereka membuat kerja-kerja kebajikan seperti ini. 

Berlainan pula dengan negara jiran kita, Singapura. Mereka diasuh untuk membersihkan kelas mereka sendiri tanpa bantuan tukang cuci. Ini bagi memupuk semangat menjaga kebersihan tempat belajar agar bersih dan kondusif. Amalan seperti ini mendapat kerjasama yang baik daripada ibu bapa mahupun anak-anak mereka. Sikap seperti inilah harus dipupuk dalam diri semua murid di sekolah rendah lagi agar mereka tidak kekok untuk meneruskannya di rumah masing-masing.






PERTUKARAN SETARA GURU BESAR


 Menerima watikah pelantikan daripada Tuan Pengarah JPN Selangor


En. Mohd. Rahman bin Rabingan telah bertugas di SK Bukit Tampoi (A) sejak dari 2012 sehingga 2017 sebagai Guru Besar. Beliau ialah seorang guru besar yang berdedikasi dengan tugasnya. Banyak ilmu yang beliau curahkan terutamanya berkaitan masyarakat Orang Asli di sini. Tanya sahaja soalan berkaitan masyarakat Orang Asli beliau akan bercerita panjang lebar dengan jelas.

Banyak pembaharuan yang beliau buat ketika berada di sini. Antaranya adalah aktiviti Gogorama, aktiviti kokurikulum waktu pagi, program jom bahagheh dan banyak lagi. Semua aktiviti ini dibuat bagi meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah. Selain daripada itu, beliau juga banyak memberi buah fikiran yang bernas dalam kurikulum seperti Program Mini Asrama dan Program Intervensi LINUS. Ini dilakukan untuk meningkatkan bilangan penguasaan murid dalam Literasi dan Numerasi.

Kini beliau diarahkan untuk berpindah dan mencurahkan ilmu di sekolah lain pula. SK Bukit Tampoi (A) telah kehilangan permata yang sangat berharga. Walaupun masih banyak program yang dirancang untuk dilaksanakan tetapi arahan daripada pihak atasan perlu dipatuhi. Perancangan program yang masih belum terlaksana akan diteruskan oleh guru besar baharu kelak. Semoga cikgu berjaya di sekolah baharu demi pembangunan modal insan di sana pula. Sampai kita berjumpa lagi.



PROGRAM MAJLIS IFTAR RAMADHAN 2017



Program Majlis Iftar Ramadhan 2017 adalah suatu aktiviti berbuka puasa di antara pegawai-pegawai pendidikan, guru-guru, pemimpin masyarakat, ibu bapa dan murid-murid. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah dilaksanakan pada 15 Jun 2017 (Khamis) di SK Bukit Tampoi (A) bermula pada pukul 6.00 petang hingga 8.00 malam.

Program ini dirasmikan oleh En. Shashim Shah bin Harun, Timbalan Pengarah JPN Selangor. Turut hadir adalah pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia, JPN Selangor, PPD Sepang dan pemimpin-pemimpin masyarakt setempat. Terima kasih diucapakan kepada para hadirin yang hadir bagi memeriahkan suasana majlis.

Pada majlis perasmian, para hadirin dihiburkan dengan tayangan multimedia yang menerangkan berkaitan sekolah yang diikuti dengan persembahan tilawah Al-Quran dan nasyid. Seterusnya ucapan oleh Guru Besar dan ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah JPN Selangor. Pada majlis tersebut Timbalan Pengarah turut menyampaikan sumbangan hamper kepada semua murid Islam. Manakala Tuan Haji Khairi bin Bidin, Pegawai PPD Sepang turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada murid-murid yang sama.

Di akhir majlis, para hadirin dijamu dengan aktiviti berbuka puasa beramai-ramai. Selepas selesai berbuka, para hadirin yang beragama Islam telah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di dewan solat. Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan kerana majlis berjalan dengan baik dan lancar. Terima kasih di atas kesudian para tetamu kerana sudi datang berkunjung ke sekolah kami. Kami berharap agar tuan-tuan dapat menerima keadaan sekolah kami seadanya. 

Kepada para penyumbang kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih kerana sudi menghulurkan sumbangan kepada yang berupa hamper dan suit raya kepada murid-murid Islam di sekolah kami. Semoga tuan-tuan diberi rezeki yang melimpah ruah dan diredhai Ilahi.


Latar Pentas


Sumbangan hamper



Pendaftaran


Pengacara Majlis


Pembaca Doa


Ucapan Guru Besar


Ucapan Perasmian
En. ShaShim Shah bin Harun
(Timbalan Pengarah JPN Selangor)


Penyampaian Duit Raya oleh
Pegawai PPD Sepang


Penyampaian Hamper oleh
Timbalan Pengarah


Para Tetamu VIP


Para Hadirin


Tilawah Al-Quran


Persembahan Nasyid