Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, February 24, 2020

PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2020


Program Jom ke Sekolah merupakan program kolaboratif di antara Kementreian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha untuk menangani masalah disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis di dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah di bawah KPM.

Justeru itu, satu Majlis Perasmian Program Jom ke Sekolah telah diadakan di SK Bukit Tampoi (A) pada 17 Februari 2020 (Isnin) di tapak perhimpunan sekolah. Pihak sekolah dengan kerjasama daripada Balai Polis Dengkil telah menjemput Kpl. Hairul Nizam, Kpl. Rusydi Andalus dan Kont. Faisal selaku Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) bagi SK Bukit Tampoi (A) untuk merasmikan majlis tersebut.

Selain daripada ucapan Guru Besar dan ucapan perasmian, gimik perasmian turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Dalam majlis itu juga turut dilancarkan Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang dilancarkan serentak seluruh Malaysia. Buku ini diterbitkan sebagai panduan kepada pihak sekolah dan PPS untuk bertindak jika berlaku kes-kes yang berkaitan.

Dengan perasmian Program Jom ke Sekolah ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid-murid tentang undang-undang yang perlu dipatuhi dan seterusnya menggalakkan murid-murid hadir ke sekolah setiap hari. Semoga maklumat-maklumat yang diberikan dapat disebarluaskan kepada murid-murid dan ibu bapa mereka di rumah.


Sunday, February 16, 2020

PROGRAM ZIARAH CAKNA TAHUN 2020


Pada 10 Februari 2020 (Isnin), Program Ziarah Cakna Tahun 2020 telah berjaya dilancarkan. Program ini telah dilancarkan serentak di seluruh sekolah di Malaysia. Perasmian program yang dilakukan di sekolah ini telah dirasmikan oleh En. Ilam bin Senin, Yang Dipertua PIBG SK Bukit Tampoi (A) di perhimpunan rasmi sekolah.

Program Ziarah Cakna adalah satu program di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini dilaksanakan bagi membantu pihak sekolah mendekati ibu bapa dan penjaga dengan berkunjung ke rumah mereka bagi membina hubungan yang baik di samping mendapatkan maklumat penting berkaitan ketidakhadiran murid ke sekolah dan masalah-masalah lain yang boleh dibantu oleh PIBG dan sekolah.

Program ini akan dilaksanakan sepanjang tahun bukan sahaja yang melibatkan ketidakhadiran murid, malah sebagai sokongan dan penghargaan kepada murid-murid yang berjaya mengharumkan nama sekolah dengan menjuarai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Ini turut boleh dijadikan contoh kepada murid-murid lain yang tinggal di kampung yang sama dan turut boleh disebarkan kepada murid-murid lain di sekolah.





SKUAD PATROL DENGGI SEKOLAH TAHUN 2020


Pada 10 Februari 2020 (Isnin), Majlis Pelancaran Skuad Patrol Denggi Sekolah telah diadakan semasa sesi perhimpunan rasmi sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim, Guru Besar SK Bukit Tampoi (A). Seramai 5 orang murid telah dipilih sebagai ahli Skuad Patrol Denggi Sekolah. Walau bagaimanapun semua guru dan murid terlibat sama secara tidak langsung sebagai ejen pembasmi Denggi di SK Bukit Tampoi (A). 

Unit Kebersihan bertanggungjawab untuk melatih dan menyelaras aktiviti dan tugas kepada ahli-ahli skuad. Skuad yang telah dipilih ini akan bertindak sebagai individu yang bertanggungjawab memberikan pendidikan kepada rakan-rakan yang lain berkaitan dengan langkah-langkah pencegahan awal nyamuk Aedes seperti mengenal pasti tempat pembiakan nyamuk, membersihkan kawasan bilik darjah dan melaporkan kepada Guru Kesihatan kes-kes demam Denggi yang berlaku di sekolah.

Skuad Patrol Denggi ini diharapkan dapat membantu guru-guru menjaga dan mengawal kebersihan persekitaran bilik darjah agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Mereka juga diharapkan agar dapat menyampaikan maklumat-maklumat tentang bahaya penyakit Denggi kepada rakan-rakan mereka di kelas mahupun di rumah. Semoga SK Bukit Tampoi (A) ini terhindar daripada penyakit Denggi yang boleh membawa maut.





PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020


Pada 7 Februari 2020 (Jumaat), satu majlis penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi sesi 2020 serta penyerahan buku akaun Bank Rakyat telah dilaksanakan di SK Bukit Tampoi (A). Penerahan buku akauan dilakukan oleh AJK PIBG bagi murid-murid yang telah menghantar borang permohonan pada bulan Disember yang lalu. Buku ini diberikan khas oleh Bank Rakyat kepada 100 orang murid terawal sahaja.

Majlis ini bermula dengan sesi taklimat kepada ibu bapa, penjaga dan seterusnya diikuti dengan penyerahan BAP sebanyak RM100 bagi setiap murid di dalam kelas anak masing-masing. Penyerahan BAP ini dilakukan oleh guru kelas kepada ibu bapa dan penjaga. Bantuan Awal Persekolahan ini diberikan kepada murid warganegara Malaysia dan berpendapatan isirumah kurang daripada RM3000.

Diharapkan melalui penyerahan Bantuan Awal Persekolahan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak seperti membeli buku, alat tulis dan sebagainya. 






Thursday, February 13, 2020

MAJLIS PEMUAFAKATAN IBU BAPA MURID TAHUN 6


Pada 7 Februari 2020 (Jumaat), satu majlis pemuafakatan bagi murid tahun 6 telah diadakan di SK Bukit Tampoi (A). Majlis ini melibatkan pentadbir, guru-guru subjek tahun 6, ibubapa murid tahun 6 dan semua murid tahun 6. 

Majlis ini telah dimulakan pada jam 10 pagi setelah ketibaan ibu bapa murid tahun 6. Majlis pemuafakatan ini dilaksanakan bertujuan bagi memberi penerangan serta maklumat kepada ibu bapa mengenai Program Tuisyen Rakyat Selangor yang dilaksanakan di sekolah pada setiap hari Sabtu bermula pada tahun ini. Program ini ditaja sepu

Diharapkan dengan adanya majlis pemuafakatan ini, hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah akan bertambah erat. Malah, keadaan ini juga dapat dijadikan sebagai salah satu semangat kepada murid-murid tahun 6 untuk rajin datang ke sekolah dan menghadiri kelas Tuisyen Rakyat Selangor. Akhir kata, teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.





PELANCARAN PROGRAM 5 MINIT ANTIDADAH TAHUN 2020


Pada 20 Januari 2020 (Isnin), satu majlis pelancaran Program 5 Minit Antidadah telah dilaksanakan semasa sesi perhimpunan pagi. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh En Mohd Fadzli Bin Mansor (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid). 

Program 5 Minit Antidadah merupakan satu program perkongsian atau penyebaran maklumat mengenai dadah seperti kesan penggunaan dadah dalam diri. Program ini akan dilaksanakan pada setiap hari Isnin semasa sesi perhimpunan. Perkongsian maklumat mengenai dadah ini disampaikan melalui pembacaan selama 5 minit oleh murid yang telah dipilih oleh guru bertugas.

Harapannya, dengan adanya program pengkongsian 5 Minit Antidadah ini. Murid akan lebih mengetahui maklumat dan kesan penggunaan dadah yang berbahaya kepada diri murid.



Monday, February 3, 2020

PERUBAHAN MASA DALAM JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Perubahan waktu persekolahan yang telah diubah adalah seperti jadual di bawah ini : -

TARIKH
MASA
AKTIVITI
Isnin
7.40 pagi – 1.00 tengah hari

Selasa
7.40 pagi – 1.00 tengah hari

Rabu
7.40 pagi – 1.00 tengah hari
Kegiatan Kokurikulum
3.00 petang – 5.00 petang
Khamis
7.40 pagi – 1.00 tengah hari

Jumaat
7.40 pagi – 12.00 tengah hari


3. Diharapkan agar tuan/puan dapat menguruskan pengangkutan anak masing-masing mengikut jadual di atas. Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, harap maklum.