Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

SEJARAH

SEJARAH PENUBUHAN SK BUKIT TAMPOI (A)


1.09.1960
Sebuah bangunan sekolah dengan 32 orang murid serta 2 orang 
tenaga pengajar termasuk Guru Besar. Pengajaran dijalankan 
secara kelas bercantum.

1982
Padang sekolah dibina secara bergotong – royong oleh orang 
kampong. Sebagai kemudahan untuk menja;lankan aktiviti 
Pendidikan Jasmani , latihan bola sepak dan olahraga sekolah. 
Padang ini berkongsi dengan penduduk kampung untuk kegiatan 
belia.


1984
Sebuah bilik darjah seluas 20’ x 25’ telah didirikan oleh pihak 
JHEOA bagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah 
hasil daripada “ Kempen Masuk Kampung “ yang dijalankan oleh 
Guru Besar dan guru-guru. Jumlah murid ketika itu mencapai 
angka 145 orang dengan guru seramai 9 orang. Oleh kerana 
bertambahnya bilangan guru maka status kelas bercantum 
dihapuskan.

1988
Sebuah blok bangunan satu tingkat separa batu yang mengandungi 
buah bilik darjah telah didirikan.

1991
Sebuah blok bangunan konkrit satu tingkat telah dibina. Blok 
ini mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah bilik Guru 
Besar. Pertambahan bilangan bangunan adalah disebabkan 
bertambahnya bilangan murid. Jumlah murid ketika itu adalah 
seramai 189 orang. Mereka datang dari kampong-kampung 
orang asli sekitar Dengkil. Antaranya kampong Bukit tampoi , 
Kampung Bukit Bangkung , kampong Tasik , Kampung Sungai 
Melut , Kampung Bukit Jenuk, kampong Bukit Unggul , Kampung 
Bukit Dugang , Kampung Air Terentang , dan Kampung Bukit 
Baja. Mereka dating ke sekolah dengan menaiki bas dan van 
sekolah yang dibiayai oleh pihak JHEOA sepenuhnya.

1997
Sebuah bangunan sekolah dua tingkat telah didirikan. Bangunan 
ini menjadi pengganti kepada bangunan asal yang telah 
diistiharkan kondem oleh pihak JKR Sepang.

2000
Makmal komputer sekolah dilengkapi dengan kemudahan internet 
yang dibekal dan diselenggara oleh TMNet.

2008

Sebuah bilik darjah telah diubahsuai untuk menjadi prasekolah 
yang diuruskan oleh seorang guru dan seorang pembantu 
pengurusan murid. Prasekolah ini mampu menampung seramai 
25 orang murid yang dilengkapi dengan kemudahan televisyen, 
komputer dan internet, ruang memasak dan makan serta kawasan 
permainan.

2012

Pejabat pentadbiran,bilik guru, makmal komputer, pusat akses dan 
prasekolah ini dilengkapi dengan kemudahan wifi dan seluruh 
kawasan sekolah boleh mendapat liputan internet yang dibekal dan 
diselenggara oleh YTL Communication. Sekolah ini juga menerima 
peruntukan untuk menaiktaraf bilik J-Qaf / surau dan bilik guru.

2013

Bilik guru (Kabin) dinaiktaraf dengan proses mengecat semula dan 
dibekalkan dengan 2 buah pendingin hawa (2 kuasa kuda setiap 
satu), Bilik Pendidikan Islam / Surau (bilik darjah) dinaiktaraf dengan 
proses mengecat semula, pemasangan jubin dan pintu, rawatan 
pembasmian anai-anai (seluruh kawasan sekolah) serta pembinaan 
tembok batu sepanjang 340 kaki di belakang sekolah.

2018
Pada 5 Julai 2018 (Khamis) sebuah bangunan baharu satu tingkat 
telah siap dibina di atas tapak bangunan lama yang telah
usang. Bangunan yang mempunyai 3 bilik darjah ini telah dibina 
dengan menggunakan teknologi Sistem Pembinaan Industri 
(IBS). Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 telah ditempatkan di dalam 
bilik darjah ini.