Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, May 28, 2022

MINUMAN MILO PERCUMA


Minuman Milo percuma telah diberikan kepada semua murid SK Bukit Tampoi (A) pada 27 Mei 2022 (Jumaat). Nestle Malaysia telah membugarkan semula program minuman Milo percuma kepada semua sekolah mengikut zon masing-masing.

Seramai 97 orang murid dan 21 orang guru dan staf telah diberi peluang untuk menikmati rasa Milo yang sungguh sedap dan menyegarkan. Program ini telah ditangguhkan selama lebih kurang 2 tahun akibat Covid-19 melanda negara dan telah disambung semula selepas kerajaan memberikan kebenaran untuk bersemuka.

Dengan lori yang berwajah baharu, pasukan Milo tekah kembali memberikan minuman Milo percuma kepada semua murid di Malaysia melalui program CSR syarikat. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nestle Malaysia kerana telah sudi menyambung semula program ini untuk kebaikan murid-murid di sekolah agar menjadi sihat dan kuat.
#jomstings #jomlibas

PROGRAM SLAMAT AIK JADIK PRASEKOLAH TAHUN 2022

 

Program Slamat Aik Jadik Prasekolah Tunas Murni SK Bukit Tampoi (A) telah diadakan pada 27 Mei 2022 (Jumaat). Seramai 13 orang murid telah hadir untuk meraikan hari lahir rakan-rakan sekelas. Turut hadir ialah Guru Besar dan Guru Penolong Kanan yang lain.

Program ini diadakan setiap tahun bagi meraikan hari kelahiran murid-murid. Ini adalah sebahagian daripada usaha guru prasekolah dan pembantu prasekolah untuk menarik kehadiran  murid ke sekolah. Majlis ini juga mendapat sumbangan daripada ibu bapa yang sangat prihatin terhadap anak masing-masing dan rakan-rakan mereka.

Terima kasih diucapkan kepada warga kerja prasekolah kerana berjaya mengadakan majlis tersebut. Pihak sekolah mengucapkan Slamat Aik Jadik kepada semua murid prasekolah yang telah menyambutnya dari bulan Januari hingga Jun 2022.
#jomstings #jomhadir # jombantu

Tuesday, May 24, 2022

PEMANTAUAN KELAS PEMULIHAN 2022

 

Pemantauan Kelas Pemulihan telah dijalankan oleh Pn. Wan Munirah, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran PPD Sepang. Tujuan pemantauan adalah untuk meneliti proses kerja Guru Pemulihan dari pelbagai aspek. 

Pemantauan berkala yang dilakukan oleh PPD Sepang adalah untuk memastikan semua prosedur operasi standard diikuti dengan mematuhi surat pekeliling ikhtisas yang sedang berkuatkuasa. Di samping itu, pemantauan ini dapat membantu pihak sekolah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang boleh ditambahbaik.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Wan Munirah kerana sudi datang ke sekolah ini, demi untuk membantu pihak sekolah menjadi lebih baik dari segi pengurusan kelas pemulihan. Diharapkan agar segala ilmu yang diberikan menjadi tunjuk ajar kepada kami pada masa akan datang.  

#jomstings #jombantu

KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED DG48 (KUP)

  

Tahniah diucapkan kepada Pn. Nurmala Devi binti Abdullah kerana berjaya dinaikkan pangkat secara time-based ke DG48 (KUP). Pihak pengurusan SK Bukit Tampoi (A) mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa yang telah dicurahkan kepada sekolah selama ini. Semoga Pn. Nurmala sentiasa istiqamah dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang pendidikan yang berdedikasi. Kini SK Bukit Tampoi (A) mempunyai 2 orang guru DG48(KUP). Semoga sekolah ini akan lebih gemilang dengan adanya guru yang berprestasi cemerlang ini.

#jomstings

Thursday, May 19, 2022

SUMBANGAN KELAB ARISTON UNTUK MANGSA BANJIR 2022

 

BULAN BAHASA TAHUN 2022

 
Bulan Bahasa adalah suatu program yang dianjurkan dengan kerjasama di antara Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Program ini dijalankan dari 9 Mei hingga 31 Mei 2022. Aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan di dalam kelas semasa waktu pengajaran dan pembelajaran mengikut subjek masing-masing.




HARI RAYA AIDILFITRI SK BUKIT TAMPOI (A) 2022

 
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 telah diadakan pada 13 Mei 2022 (Jumaat). Sambutan hari raya pada kali ini diadakan di kantin sekolah. Pihak sekolah turut mengundang YDP PIBG, guru yang telah bersara dan guru yang telah berpindah. 

Murid-murid telah memeriahkan majlis dengan membuat beberapa persembahan nyanyian lagu-lagu raya. Murid-murid yang lain juga turut hadir dengan memakai baju Melayu dan baju raya yang penuh warna-warni.

Hari Raya Aidilfitri 2022 kali ini sungguh bermakna kerana diadakan selepas pandemik Covid-19 melanda negara. Kami amat bersyukur kerana dapat mengadakan sambutan hari raya di sekolah setelah lebih 2 tahun tidak dapat diadakan di sekolah. Kegembiraan murid-murid dapat dilihat daripada wajah-wajah riang murid-murid semasa persembahan rakan-rakan mereka yang lain.

PEMBUGARAN GOGORAMA SK BUKIT TAMPOI (A) 2022

 
Program Gogorama merupakan program intervensi untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Apabila pandemik Covid-19 melanda negara, program ini terpaksa ditangguhkan kerana mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh KPM dan MKN.

Mulai 1 Mei 2022, KPM dan MKN telah meringankan SOP yang sedia ada dengan membolehkan aktiviti bersemuka boleh dijalankan. Oleh yang demikian, Unit Kokurikulum telah memperkenalkan semula Program Gogorama dengan membuat pembugaran semula.

Program ini telah dirasmikan semula oleh Pn. Noresah binti Sapari (GPK Pentadbiran) dengan diiringi oleh GPK Kokurikulum dan semua guru dan murid. Pihak sekolah telah menjemput jurulatih luar untuk memperkenalkan semula program tersebut dengan melakukan aktiviti senamrobik bersama semua warga sekolah.

Diharapkan agar dengan pembugaran semula Program Gogorama dapat meningkatkan semula kehadiran murid ke sekolah seperti sebelum kedatangan Covid-19. Di samping itu, murid-murid dapat beriadah dan melakukan aktiviti senamrobik bersama rakan-rakan yang telah lama tidak bersua.