Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Thursday, May 9, 2024

PROGRAM CIKGU CILIK 2024


Program Cikgu Cilik ini merupakan satu insiatif Unit Kurikulum untuk menjadikan murid sebagai cikgu cilik (mentor) kepada murid-murid lain (mentee). Program ini diwujudkan bertujuan untuk melahirkan murid yang berjaya dari segi akademik untuk membimbing murid-murid lain dalam mata pelajaran.

Seramai 8 orang murid yang terpilih telah dilantik sebagai mentor untuk membimbing mentee dalam mata pelajaran. Program ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Fadzli bin Mansor, Guru Besar SK Bukit Tampoi (A) pada 6 Mei 2024 (Isnin).

Pihak sekolah berharap dengan pelancaran program ini dapat para mentor dapat membantu mentee memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam mata pelajaran. Selain daripada itu, mereka juga diberikan tugas untuk melaporkan murid-murid yang memerlukan bimbingan guru sama ada dalam kelas atau di luar kelas. 

Tahniah diucapakan buat cikgu cilik yang telah diberi tanggungjawab untuk melahirkan rakan-rakan yang berjaya dalam akademik. Teruskan usaha dan tenaga agar program ini dapat berjaya mencapai objektifnya.

Thursday, April 4, 2024

PEMANTAUAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2024/2025

 

Pemantuan Program Transisi Tahun 1 Sesi 2024/2025 telah dilakukan oleh Tn. Hj. Zaidi bin Cheromi (Penolong Pegawai PPD) daripada Sektor Pembelajaran PPD Sepang. Beliau telah hadir pada 2 April 2024 (Selasa). Turut hadir semasa pemantauan tersebut adalah Guru Besar, GPK Pentadbiran dan Guru Kelas Tahun 1.

Pemantauan yang dibuat adalah berkaitan tentang perjalanan Program Transisi Tahun 1 yang sedang berjalan di sekolah dari 11 Mac 2024 hingga 5 April 2024. Program ini meliputi dua fasa iaitu fasa penyesuaian dan fasa kesediaan. Fasa penyesuaian dilaksanakan selama 2 mingu dari 11 hingga 22 Mac 2024 manakala fasa kesediaan dilaksanakan selama 2 minggu dari 25 Mac hingga 5 April 2024.

Selain daripada itu, pemantauan juga merangkumi penilaian Anugerah Program Transisi Tahun 1 terbaik di peringkat PPD Sepang. Secara keseluruhannya, penilaian program pada tahun ini adalah baik. Cuma kurang dari aspek inovasi sahaja yang perlu ditambahbaik pada masa akan datang.

Terima kasih kepada PPD Sepang kerana membantu pihak sekolah menambahbaik program ini pada masa akan datang. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan demi kecemerlangan SK Bukit Tampoi (A).  

Sunday, March 31, 2024

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2024/2025


Program Transisi Tahun 1 adalah program yang wajib dijalankan buat semua murid Tahun 1 yang baru memasuki sesi persekolahan arus perdana. Seramai 21 orang yang terdiri daripada 12 murid lelaki dan 9 murid perempuan telah mendaftar sebagai murid Tahun 1 di SK Bukit Tampoi (A) bagi sesi 2024/2025. 

Program Transisi ini akan berlangsung selama 4 minggu dan dibahagikan kepada 2 fasa iaitu: -

  • Fasa Penyesuaian -2 minggu 
  • Fasa Kesediaan - 2 minggu
Dalam program ini, murid-murid diberikan penerangan tentang maklumat sekolah seperti nama sekolah, bilik darjah, bilik-bilik khas, guru-guru dan mengenali rakan sekelas. Murid-murid juga dibiasakan dengan aktiviti rutin sekolah seperti waktu rehat dan waktu pulang dengan mematuhi peraturan sekolah.

Murid-muirid turut diajar tatacara perhimpunan dan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang akan dinyanyikan setiap kali perhimpunan diadakan. 

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program transisi bagi mengingkatkan minat dan mengasah kemahiran psikomotor mereka. Diharap program ini dapat memberi impak dalam diri murid-murid.

Wednesday, May 10, 2023

PENYERAHAN MODUL PROGRAM BANTU BACA 2023/2024

Penyerahan Modul Program Bantu Baca telah dilakukan pada 9 Mei 2023 (Selasa) di Bilik Komputer SK Bukit Tampoi (A) oleh Guru Besar kepada ketua panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Semoga program ini dapat diteruskan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca dengan baik.



Wednesday, April 12, 2023

PEMANTAUAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2023

 

Pemantauan Program Transisi Tahun 1 bagi sesi 2023 telah dilakukan oleh Tn. Hj. Zaidi bin Choremi (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah) daripada Unit Pendidikan Khas, PPD Sepang. Beliau hadir bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan Program Transisi ini dapat membantu murid Tahun 1 khususnya menyesuaikan diri dengan pembelajaran di sekolah.

Hasil pemantauan tersebut mendapat bahawa murid-muri di sekolah ini berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan rakan-rakan baharu. Mereka seronok untuk datang ke sekolah berjumpa dengan rakan-rakan yang lain. Kehadiran murid-murid Tahun 1 juga amat memberangsangkan kerana melebihi 80%.

Program Transisi Tahun 1 ini amat baik untuk murid-murid khususnya buat mereka yang baru memasuki alam persekolahan formal. Justeru itu, program ini wajar diteruskan agar murid-murid mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan-rakan baharu. Di samping dapat meluaskan pengalaman dengan bercampur-gaul dengan murid-murid lain yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

Tuesday, October 25, 2022

PROGRAM MAULIDUR RASUL 1444H / 2022M

 

Program Maulidur Rasul 1444H / 2022M telah diadakan pada 21 Oktober 2022 (Jumaat) bertempat di Bilik Agama, SK Bukit Tampoi (A). Program ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Fadzli bin Mansor (Guru Besar). Turut hadir pada program tersebut adalah para pentadbir, guru-guru dan murid-murid beragama Islam.

Pihak sekolah telah menjemput Ustaz Anwar bin Mohd Salleh daripada SK Taman Putra Perdana 2 sebagai penceramah undangan. Beliau telah menyampaikan ceramah berkaitan kehebatan baginda Rasullallah S.A.W. Sebelum ceramah dimulakan para hadirin telah mengadakan bacaan Surah Yassin.

Pada program yang para hadirin turut melaungkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Walaupun bilangan murid Islam tidak ramai, namun semangat untuk mencintai nabi akhir zaman masih terserlah. Semoga kita semua menjadi pengikut setia Nabi Muhammad S.A.W.

Saturday, May 28, 2022

PROGRAM SLAMAT AIK JADIK PRASEKOLAH TAHUN 2022

 

Program Slamat Aik Jadik Prasekolah Tunas Murni SK Bukit Tampoi (A) telah diadakan pada 27 Mei 2022 (Jumaat). Seramai 13 orang murid telah hadir untuk meraikan hari lahir rakan-rakan sekelas. Turut hadir ialah Guru Besar dan Guru Penolong Kanan yang lain.

Program ini diadakan setiap tahun bagi meraikan hari kelahiran murid-murid. Ini adalah sebahagian daripada usaha guru prasekolah dan pembantu prasekolah untuk menarik kehadiran  murid ke sekolah. Majlis ini juga mendapat sumbangan daripada ibu bapa yang sangat prihatin terhadap anak masing-masing dan rakan-rakan mereka.

Terima kasih diucapkan kepada warga kerja prasekolah kerana berjaya mengadakan majlis tersebut. Pihak sekolah mengucapkan Slamat Aik Jadik kepada semua murid prasekolah yang telah menyambutnya dari bulan Januari hingga Jun 2022.
#jomstings #jomhadir # jombantu