Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, November 22, 2018

MAJLIS ASPRESIASI 2018


Majlis Aspresiasi yang dahulunya dikenali sebagai Hari Anugerah Kecemerlangan telah berjaya diadakan di Dewan SK Bukit Tampoi (A). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Adhif Syan bin Abdullah (ADUN Dengkil). Turut hadir ialah En. Kenneth Lee (wakil Majlis Perbandaran Sepang), En. Mohd. Rosli bin Badri (wakil PPD Sepang) dan En. Ilam bin Senin (YDP PIBG). 

Majlis dimulai dengan ucapan Guru Besar yang diikuti oleh ucapan YDP PIBG. Seterusnya ucapan perasmian oleh YB Adhif Syan bin Abdullah. Di dalam ucapan beliau telah berjanji untuk memberikan bantuan kepada sekolah dan kampung bagi menaiktaraf kemudahan sekolah.

Sejurus selepas ucapan perasmian, beliau telah sudi untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid-murid prasekolah. Kemudian beliau sempat beramah-mesra dengan para tetamu dan bergambar bersama guru-guru dan staf serta peserta Kedap.


Para Tetamu Jemputan


Ucapan Guru Besar


Ucapan YDP PIBG


Ucapan ADUN Dengkil


Penyampaian Sijil dan Hadiah oleh ADUN Dengkil








Penyampaian Sijil dan Hadiah oleh Wakil MP Sepang



Penyampaian Sijil dan Hadiah oleh Wakil PPD Sepang



Persembahan Murid

HI-TEA GURU & STAF SKBT(A) 2018


Sepanjang tahun 2018, pentadbir, guru-guru dan staf sokongan telah bertungkus-lumus menjayakan setiap program dan aktiviti di SK Bukit Tampoi (A) tanpa berkira masa, tenaga dan wang yang telah diberikan. 

Bagi mengurangkan tekanan dan menghiburkan hati semua, Kelab Kebajikan Guru dan Staf telah menganjurkan sebuah Majlis Hi-Tea di Restoran Syabu-Syabu yang terletak di Cyberjaya. Memandangkan jumlah guru dan staf tidak ramai, maka pihak kelab hanya menempah sebahagian daripada restoran terbabit.

Restoran yang menyajikan makanan steamboat dan barbeque ini telah diadakan bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Sebagai menghargai sumbangan dan jasa guru-guru dan staf, pihak kelab telah menyediakan beberapa buah hadiah.

Walaupun majlis yang diadakan ini sederhana, namun tetap meriah dengan semua pihak memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan majlis tersebut. Terima kasih kepada kepimpinan Kelab Kebajikan Guru dan Staf kerana telah berjaya mengadakan majlis tersebut.









PROGRAM HARI KANAK-KANAK & SLAMAT AIK JADIK 2018


Program Hari Kanak-kanak telah dilaksanakan oleh SK Bukit Tampoi (A) pada 21 November 2018 (Rabu) di Dewan Sekolah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan dan menghargai sumbangan kanak-kanak dengan memberikan kek dan hadiah kepada semua murid.

Dalam waktu yang sama sambutan Slamat Aik Jadik juga turut diadakan bagi meraikan murid-murid yang menyambut hari lahir bagi bulan Julai hingga Disember. Suatu acara memotong kek yang dibuat di dalam majlis tersebut. Kemudian, majlis penyampaian hadiah bagi Tokoh Murid, Pengawas Sekolah, Ketua dan Penolong Kelas serta Kehadiran Murid 100% telah diadakan.

Di samping itu, Islamic Relief Malaysia (IRM) yang merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah sudi menyumbangkan hadiah, makanan dan pakaian seragam sekolah kepada 130 orang murid sekolah ini. Pakaian seragam sekolah meliputi 2 pasang baju dan seluar, 1 pasang kasut dan stokin serta 1 buah beg dan alat tulis.

Di akhir program murid-murid dihiburkan pula oleh persembahan badut yang dijemput khas oleh pihak sekolah. Murid-murid berasa amat gembira kerana buat pertama kali disajikan dengan persembahan badut. Selain persembahan, semua murid diberi sebiji belum oleh badut tersebut.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pihak penaja, guru-guru, staf sokongan dan sukarelawan yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Pengorbanan semua pihak bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan.














Wednesday, November 14, 2018

JAMUAN TAHUN 6 SESI 2018


Jamuan Tahun 6 sesi 2018 telah diadakan di kelas 6 Siantan sebagai perpisahan murid Tahun 6 yang akan ke SMK Dengkil pada tahun hadapan. Seramai 24 orang murid Tahun 6 Siantan te;ah bekerjasama untuk menyediakan jamuan tersebut. Semua pentadbir, guru, dan staf dijemput menghadiri jamuan tersebut. 

Banyak hidangan yang disediakan untuk para tetamu dan yang diraikan. Hidangan yang disajikan adalah hasil sumbangan daripada pentadbir, guru-guru, staf da ibu bapa. Semoga semua murid yang akan melangkah ke sekolah menengah akan meneruskan sesi persekolahan sehingga sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5.


Murid-murid Tahun 6 Siantan


Guru-guru dan staf sokongan


Pentadbir yang hadir


Ucapan Guru Kelas 6 Siantan

Tuesday, November 13, 2018

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN 2018


Program Pendidikan Kesihatan adalah program penyebaran maklumat berkaitan kesihatan kepada murid-murid di sekolah-sekolah Orang Asli di negeri Selangor. Program yang dianjurkan oleh Seksyen Perkhidmatan Kesihatan awam Komuniti Orang Asli, Hospital Orang Asli Gombak telah menyampaikan ceramah berkaitan pemakanan kesihatan, penjagaan gigi, ceramah berkaitan penyakit berjangkit dan kuiz.

Seramai 8 orang pegawai dan doktor perubatan telah hadir dalam memberikan ceramah dan motivasi berkaitan penjagaan kesihatan. Murid-murid yang terlibat di dalam program ini terdiri daripada murid-murid Tahun 6 Siantan sahaja.

Program yang yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari telah berjaya dilaksanakan. Sasaran murid Tahun 6 dipilih adalah untuk memberikan lebih tumpuan dan penekanan kepada murid-murid tentang kehidupan menuju ke alam dewasa. 

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Seksyen Perkhidmatan Kesihatan Awam Komuniti Orang Asli, Hospital Orang Asli Gombak kerana telah memilih dan sudi datang ke sekolah kami untuk menyampaikan maklumat yang sangat berguna ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan masyarakat Orang Asli di negeri Selangor.