Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, May 16, 2023

HARI RAYA AIDILFITRI SK BUKIT TAMPOI (A) 2023

 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 telah diadakan di SK Bukit Tampoi (A) pada 25 Syawal 1444H bersamaan 16 Mei 2023 (Selasa). Sambutan hari raya pada tahun ini disambut secara sederhana bagi mematuhi SOP yang diarahkan semasa cuaca panas melampau. Hanya jamuan ringkas yang diadakan di kantin bagi guru-guru dan di dalam kelas bagi murid-murid.

Namun, kemeriahan sambutan hari raya masih turut dirasai oleh murid-murid dengan penyampaian duit raya. Seramai 17 orang murid beragama Islam mendapat duit raya yang merupakan sumbangan zakat daripada Bank Rakyat, Cyberjaya. Manakala murid-murid lain turut mendapat duit raya hasil sumbangan daripada guru-guru sekolah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua warga SK Bukit Tampoi (A) kerana bersama-sama memeriahkan sambutan pada kali ini. Marilah kita mendoakan agar bencana cuaca panas melampau ini cepat berlalu dan kita dapat  menjalankan aktiviti seperti sediakala.










HARI GURU SK BUKIT TAMPOI (A) 2023

 

Sambutan Hari Guru pada tahun 2023 telah disambut secara sederhana kerana pihak sekolah tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan disebabkan oleh cuaca panas melampau pada ketika ini. Oleh yang demikian, bagi meraikan guru-guru di sekolah, Kelab Guru dan Staf mengadakan jamuan makan dan sumbangan hadiah sempena Hari Guru ini. Guru popular kategori lelaki dinobatkan kepada Cikgu Muhammad Fairuz manakala guru popular kategori perempuan pula disandang oleh Cikgu Nurbakyah.

Namun, pertandingan mewarna turut diadakan untuk murid-murid bagi melahirkan penghargaan kepada guru-guru mereka. Pertandingan mewarna ini hanya dilakukan di dalam kelas masing-masing bagi mematuhi SOP yang diarahkan. Hadiah turut diberikan kepada murid-murid bagi pertandingan mewarna paling cantik.

Selain daripada itu, ada juga murid-murid yang menyediakan hadiah buat guru-guru yang mereka sayangi. Walaupun sedikit namun itu bukanlah ukuran kebahagian guru-guru di Sekolah Orang Asli. Guru-guru sangat mengharapkan agar murid-murid di sini berjaya dalam pelajaran dan dapat meneruskan pengajian sehingga peringkat tertinggi. Pihak SK Bukit Tampoi (A) mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini dan di seluruh Malaysia.  






SELAMAT HARI GURU 2023

 

Wednesday, May 10, 2023

PENYERAHAN MODUL PROGRAM BANTU BACA 2023/2024

Penyerahan Modul Program Bantu Baca telah dilakukan pada 9 Mei 2023 (Selasa) di Bilik Komputer SK Bukit Tampoi (A) oleh Guru Besar kepada ketua panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Semoga program ini dapat diteruskan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca dengan baik.