Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Sunday, August 28, 2022

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK BUKIT TAMPOI (A) KALI KE-25 TAHUN 2022


Kejohanan Sukan Tahunan SK Bukit Tampoi (A) kali ke-25 tahun 2022 telah diadakan pada 28 Ogos 2022 (Ahad) di padang awam KOA Bukit Tampoi. Kejohanan ini telah dirasmikan YB Adhif Syan bin Abdullah, Ahli Dewan Negeri Selangor. Turut hadir hadir pada kejohanan tersebut adalah Tok Batin, Pengerusi Jawatankuasa Kampung dan Ahli Jawatankuasa PIBG.

Pada tahun ini, SK Bukit Tampoi (A) telah mendapat beberapa tajaan seperti Nestle yang menyumbangkan minuman Milo, McDonald menyumbangkan 200 biji burger, Masimo menyumbangkan roti manakala JKR dan MP Sepang telah menyumbangkan peralatan khemas, kerusi dan meja. Kami juga mendapat kerjasama daripada Bank Rakyat dan sukarelawan Kelab Ariston daripada Universiti Heriot Watt, Cyberjaya. 

Rumah sukan SK Bukit Tampoi (A) terdiri daripada Rumah Merah, Rumah Biru dan Rumah Kuning. Mereka telah mengambil bahagian dalam setiap acara yang dipertandingan seperti larian dan sukaneka. Selain daripada itu, disediakan juga sukaneka buat ibu bapa emngikut kategori lelaki dan perempuan.

Keseluruhan kejohanan pada tahun ini amat memuaskan walaupun keadaan padang yang becak disebabkan hujan pada hari sebelumnya, namun penyertaan semua atlet amat baik. Juara keseluruhan telah dimenangi oleh Rumah Biru, manakala Rumah Merah telah memenangi kategori rumah terbersih dan Rumah Kuning memenangi kategori perbarisan terbaik. Adik Rosyam Daniel dinobatkan sebagai Olahragawan dan adik Alisa dinobatkan sebagai Olahragawati pada tahun ini.















PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2022


Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan bagi Tahun 1 telah dilaksanakan pada 26 Ogos 2022 (Jumaat). Seramai 14 orang murid Tahun 1 yang layak menerima RM150 seorang. Bantuan Awal Persekolahan ini telah dibuat di Makmal Sains pada pukul 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban keluarga untuk memberi peralatan persekolahan anak-anak.

Saturday, August 27, 2022

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PROGRAM SOKONGAN DIDIKAN EDRA TAHUN 2022

 
Program Sokongan Didikan Edra bagi tahun 2022 telah laksanakan pada 24 Ogos 2022 (Rabu). Edra merupakan sebuah syarikat tenaga yang mempunyai banyak anak syarikat di Malaysia. Salah sebuah anak syarikatnya ialah Kuala Langat Power Plant Sdn. Bhd. yang terletak di Banting.

Kerjasama Edra dengan SK Bukit Tampoi (A) adalah kerjasama yang utuh semenjak sebelum pandemik lagi. Sumbangan yang paling besar Edra kepada SK Bukit Tampoi (A) ialah dengan memberikan sumbangan kepada PIBG SKBT(A) dan kepada murid-murid khususnya murid Tahun 5 yang akan melangkah ke Tahun 6.

Sumbangan pada tahun ini adalah sumbangan bagi tahun lepas yang tidak dapat dilaksanakan kerana pandemik dan larangan untuk mengadakan sebarang majlis di sekolah. Setelah pihak sekolah mendapat kebenaran untuk mengadakan majlis di sekolah, maka pihak Edra terus menghubungi pihak sekolah untuk meneruskan sumbangannya kepada sekolah.

Sumbangan yang telah disampaikan ini merupakan sebuah beg sekolah dan baucer Bata sebanyak RM120 bagi setiap murid Tahun 6 yang telah diberikan pada hari berkenaan. Terima kasih diucapkan kepada Edra kerana masih meneruskan sumbangan khidmat bakti kepada SK Bukit Tampoi (A) pada tahun ini. Semoga syarikat Edra akan bertambah maju dan berkembang pada tahun akan datang.


MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ACARA PADANG SUKAN TAHUNAN SK BUKIT TAMPOI (A) KALI KE-25

 
Kejohanan Sukan Tahunan SK Bukit Tampoi (A) kali ke-25 yang akan diadakan pada 28 Ogos 2022 (Ahad). Namun beberapa acara padang telah pun dijalankan terlebih dahulu. Acara padang yang telah berlangsung awal adalah seperti acara lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan rejam lembing.

Maka, satu majlis penyampaian hadiah pra kejohanan telah diadakan di sekolah untuk meraikan kejayaan atlet-atlet muda ini. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 24 Ogos 2022 (Rabu). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh En. Mohd Fadzli bin Mansor (Guru Besar) SK Buikt Tampoi (A).

Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang telah berjaya mengharumkan nama rumah sukan masing-masing. Bagi yang belum berjaya, teruskan usaha untuk meningkatkan kemahiran dengan banyak membuat latihan sukan. Semoga sukan tahunan yang kita rancang bersama ini akan berjalan dengan lancar. Akhir kata "Majulah Sukan Untuk Negara".