Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Sunday, August 28, 2022

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK BUKIT TAMPOI (A) KALI KE-25 TAHUN 2022


Kejohanan Sukan Tahunan SK Bukit Tampoi (A) kali ke-25 tahun 2022 telah diadakan pada 28 Ogos 2022 (Ahad) di padang awam KOA Bukit Tampoi. Kejohanan ini telah dirasmikan YB Adhif Syan bin Abdullah, Ahli Dewan Negeri Selangor. Turut hadir hadir pada kejohanan tersebut adalah Tok Batin, Pengerusi Jawatankuasa Kampung dan Ahli Jawatankuasa PIBG.

Pada tahun ini, SK Bukit Tampoi (A) telah mendapat beberapa tajaan seperti Nestle yang menyumbangkan minuman Milo, McDonald menyumbangkan 200 biji burger, Masimo menyumbangkan roti manakala JKR dan MP Sepang telah menyumbangkan peralatan khemas, kerusi dan meja. Kami juga mendapat kerjasama daripada Bank Rakyat dan sukarelawan Kelab Ariston daripada Universiti Heriot Watt, Cyberjaya. 

Rumah sukan SK Bukit Tampoi (A) terdiri daripada Rumah Merah, Rumah Biru dan Rumah Kuning. Mereka telah mengambil bahagian dalam setiap acara yang dipertandingan seperti larian dan sukaneka. Selain daripada itu, disediakan juga sukaneka buat ibu bapa emngikut kategori lelaki dan perempuan.

Keseluruhan kejohanan pada tahun ini amat memuaskan walaupun keadaan padang yang becak disebabkan hujan pada hari sebelumnya, namun penyertaan semua atlet amat baik. Juara keseluruhan telah dimenangi oleh Rumah Biru, manakala Rumah Merah telah memenangi kategori rumah terbersih dan Rumah Kuning memenangi kategori perbarisan terbaik. Adik Rosyam Daniel dinobatkan sebagai Olahragawan dan adik Alisa dinobatkan sebagai Olahragawati pada tahun ini.















No comments:

Post a Comment