Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, October 29, 2016

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MASYARAKAT ORANG ASLI 2016

Kejohanan Sukan Sekolah Masyarakat Orang Asli (KSSMOA) 2016 telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 24 dan 25 Oktober 2016. Kejohanan tersebut telah diadakan di SK Kuala Kubu Bharu yang telah dipengerusikan oleh SK Tun Abdul Razak. PPD Hulu Selangor merupakan pengelolanya manakala JPN Selangor merupakan penganjurnya.


SK Bukit Tampoi (A) telah menyertai hampir kesemua acara yang dipertandingkan kecuali Bola Baling. Antara acara yang dipertandingkan adalah acara Balapan dan Padang yang meliputi acara lompat jauh, lompat tinggi. lontar peluru, 100 m dan 200 m. Turut dipertandingkan adalah acara berpasukan seperti bola sepak. bola baling dan sepak takraw.


Tahun ini atlet-atlet SK Bukit Tampoi (A) teah berjaya memperoleh 3 perak dan 1 gangsa. Pingat perak telah disumbangkan oleh adik Tee Tyong Ben dalam acara lompat jauh (lelaki) manakala satu pingat lagi disumbangkan oleh adik Surina dalam acara lompat tinggi (perempuan) dan satu pingat lagi disumbangkan oleh pasukan bola sepak yang menduduki tempat kedua secara keseluruhan. Pingat gangsa pula disumbangkan oleh adik Tee Tyong Ben dalam acara lompat tinggi (lelaki).


Tahniah dan syabas kepada semua atlet yang telah berjaya mengharumkan nama baik sekolah di peringkat negeri. Terima kasih dan syabas juga patut diberikan kepada semua guru dan jurulatih yang terlibat dalam membangunkan bakat-bakat terpendam murid-murid SK Bukit Tampoi (A) dalam bidang sukan. Semoga pencapaian ini menjadi kayu ukur kepada pencapaian yang lebih gemilang pada tahun akan datang.


Tuesday, October 18, 2016

KEMPEN DERMA BUKU 2016


Kempen Derma Buku 2016 telah diadakan pada 17 Oktober 2016 di SK Bukit Bangkong (A), Sungai Pelek. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. SK Bukit Tampoi (A) yang telah terpilih sebagai penerima sumbangan di dalam majlis itu. Seramai 5 orang murid dan 2 orang guru telah turut sama memeriahkan majlis tersebut.


Dalam majlis tersebut, pihak sekolah telah menerima sejumlah buku kepada setiap murid yang hadir serta sumbangan sejumlah buku kepada pihak sekolah yang telah diterima oleh En. Azman Shah bin Mohd. Yunus (GPK Pentadbiran) mewakili Guru Besar, SK Bukit Tampoi (A). 


Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pengajur kerana sudi menjemput SK Bukit Tampoi (A) sebagai penerima sumbangan buku untuk sekolah kami. Sememangnya sekolah kami amat memerlukan sumbangan daripada pihak luar untuk meningkatkan mutu pembalajaran di sekolah kami demi untuk menjaga dan meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid sekolah kami.

KEM MEMBACA UNIVERSITI HERIOT WATT


Pada 15 Oktober 2016 (Sabtu) Universiti Heriot Watt yang terletak di Putrajaya telah menjemput murid-murid dari SK Bukit Tampoi (A) ke universiti tersebut untuk mengikuti Kem Membaca yang dianjurkan oleh mereka.


Seramai 25 orang murid yang terdiri daripada murid Tahap 2 telah dipilih untuk mengikuti program tersebut. Turut sama hadir dalam program tersebut adalah 4 orang guru pengiring. Program yang dijalankan sepanjang hari bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 5.30 petang.


Tujuan Kem Membaca ini dijalankaan adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca murid terutamanya dalam kalangan Orang Asli. Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh mereka seperti permainan ting-ting, puzzle, musan berbulu ayam dan bermacam aktiviti yang menarik minat murid untuk belajar.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Universiti Heriot Watt kerana sudi memberi peluang dan tunjuk ajar kepada murid-murid kami dalam menguasai kemahiran membaca. Jasa baik pihak universiti amat kami hargai dan sanjungi. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi bagi membantu masyarakat Orang Asli agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran demi untuk masa depan mereka kelak.

Friday, October 14, 2016

PENYERAHAN ELAUN KEDAP 2016

Penyerahan elaun untuk pelajar Kelas Dewasa Orang Asli dan Penan (KEDAP) telah diadakan pada 13 Oktober 2016 (Khamis). Elaun tersebut telah disampaikan oleh En. Azman Shah (GPK Pentadbiran) dan En. Mohd. Fadzli (GPK Kokurikulum). Tahniah kepada kesemua 25 orang pelajar yang terlibat dalam pembelajaran kelas KEDAP telah menerima elaun masing-masing.


Semoga dengan pemberian elaun ini dapat memberikan suntikan semangat kepada mereka untuk meneruskan pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam diri mereka. Elaun ini juga diharap dapat meringankan beban tanggungan keluarga masing-masing kerana komitmen mereka untuk hadir ke kelas dengan meninggalkan kerja mereka.

Wednesday, October 12, 2016

HARI SUKAN NEGARA 2016


Hari Sukan Negara telah disiytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh YAB Datuk Seri Mohd. Najib bin Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2015.


Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah yang pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Thursday, October 6, 2016

KLINIK BADMINTON OLEH PERANGSANG SELANGOR 2016


Perangsang Selangor dengan kerjasama J World Badminton Development yang terletak di Bandar Utama telah menganjurkan Klinik Badminton untuk murid-murid Orang Asli. Mereka telah menjemput seramai 40 orang murid masing-masing 20 orang dari SK Bukit Tampoi (A) dan 20 orang dari SK Sungai Melut (A). Pihak penganjur telah bermurah hati untuk menyediakan sebuah bas untuk membawa murid-murid ke Dewan Komuniti di Bandar Utama dengan diiringi oleh 2 orang guru dari sekolah masing-masing.


SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan bagi mengikuti klinik tersebut. Mereka telah diiringi oleh 2 orang guru iaitu En. Mohd. Fadzli (GPK Kokurikulum) dan Ust. Anwar (Guru Pendidikan Jasmani) untuk memastikan keselematan murid sepanjang latihan diadakan.


Murid-murid yang menyertai klinik ini telah diberikan t-shirt dan makanan oleh pihak penganjur. Mereka berasa sangat gembira kerana mendapat hadiah daripada pihak penganjur. Manakala pihak sekolah diberikan raket badminton dan bulu tangkis untuk kegunaan murid-murid di sekolah.


Di sana murid-murid dilatih cara memegang raket dengan betul, membuat servis dan memukul bulu tangkis dengan tepat. Selain daripada itu, mereka juga didedahkan kepada asas senaman bagi meregangkan badan sebelum permainan dimulakan. Mereka turut diberikan teknik pengawalan gelanggang yang teratur semasa bermain di dalam gelanggang.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada Perangsang Selangor dan J World Badminton Development kerana sudi menjemput kami untuk menyertai klinik badminton ini. Terima kasih juga kami ucapkan  di atas jasa baik tuan memberi tunjuk ajar kepada anak murid kami di samping memberi inspirasi kepada murid-murid kami untuk memupuk minat dalam sukan badminton.

LAWATAN PRASEKOLAH 2016

MINI CARNIVAL HOPE FOR READING BY HERIOT WATT UNIVERSITY 2016


Activities 
  1. Make Your Own Volcano
  2. Ice Fishing
  3. Static Powder Dancing Ghost
  4. Hoop Glider