Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Kurikulum. Show all posts
Showing posts with label Kurikulum. Show all posts

Tuesday, August 20, 2024

PROGRAM PIDATO 3 MINIT ASPIRASI GENERASI MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024


Pada hari ini, 20 Ogos 2024 (Selasa), SK Bukit Tampoi (A) telah menyertai Program Pidato 3 Minit Aspirasi Generasi MADANI Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. Program ini telah diadakan serantak di seluruh negara di sekolah masing-masing. Seramai 12 orang murid telah dipilih untuk menyertai program tersebut.

Program ini diadakan bukan sahaja untuk mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of Records tetapi untuk menggalakkan murid-murid menyertai pidato dalam kalangan sekolah. Sesuai dengan sudut pidato yang diwujudkan di setiap sekolah untuk memberi peluang dan ruang kepada murid-murid menyertai aktiviti tersebut.

Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ini yang sekaligus dapat menambah markah PAJSK murid agar pelibatan murid di peringkat kebangsaan.

Friday, August 16, 2024

TAKLIMAT PROGRAM INTERVENSI KURIKULUM TAHUN 1 SESI 2024

Taklimat Program Intervensi Kurikulum Tahun 1 Sesi 2024 telah diadakan pada 16 Ogos 2024 (Jumaat) di bilik Sains, SK Bukit Tampoi (A). Taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan kepada ibu bapa tentang program tersebut agar ibu bapa sentiasa peka akan perkembangan pembelajaran anak mereka.

Taklimat ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Fadzli bin Mansor, Guru Besar SK Bukit Tampoi (A) dan penerangan berkaitan program disampaikan oleh Pn. Noresah binti Sapari, GPK Pentadbiran. Program ini dilaksanakan buat murid Tahun 1 bagi menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Program dilaksanakan pada 2 fasa iaitu Fasa 1 dari Julai hingga September dan Fasa 2 dari Oktober hingga Disember. Diharapkan dengan pelaksanaan program ini, murid-murid Tahun 1 dapat menguasai kemahiran 3M dengan jayanya.

HARI TERBUKA SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2024

Sunday, June 30, 2024

KARNIVAL FITRAH MURID ORANG ASLI (KAFOA) & KARNIVAL FITRAH KASIH (KAFIKA) SJK TAHUN 2024M/1445H

 

Karnival Fitrah Murid Orang Asli (KAFOA) dan Karnival Fitrah Kasih (KAFIKA) SJK Tahun 2024M/1445H peringkat daerah Sepang telah diadakan pada 20 Jun 2024. Karnival yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran PPD Sepang telah diuruskan oleh SK Bukit Tampoi (A) sebagai tuan rumah pertandingan.

KAFOA telah disertai oleh 3 buah sekolah Murid Orang Asli daerah Sepang manakala KAFIKA pula telah disertai oleh 7 buah sekolah daripada SJK(C) dan SJK(T). Acara yang dipertandingkan pada karnival ini adalah seperti tilawah Al-Quran, hafazan, azan dan iqamah, daei cilik dan nasyid. SK Bukit Tampoi (A) telah menyertai semua acara yang dipertandingkan.

Impak daripada pertandingan yang disertai oleh SK Bukit Tampoi (A), kita telah mendapat johan bagi 2 kategori iaitu daei cilik kategori lelaki dan perempuan. Tahniah buat adik Putra Adyrian dan Puteri Syamimi Diana dari kelas 5 Dahlia. Selain daripada itu, pasukan kita juga memenangi tempat kedua acara azan dan iqamah dan tempat ketiga acara tilawah, hafazan dan nasyid.

Tahniah buat pasukan sekolah yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam Karnival Fitrah Murid Orang Asli (KAFOA) tahun 2024. Semoga kita dapat memperbaiki kelemahan kita pada tahun ini adan mencapai kecemerlangan yang lebih baik pada tahun hadapan. Terima kasih juga kepada para penyumbang Pusat Zakat Selangor dan Pejabat Parlimen Sepang serta guru-guru dan staf SK Bukit Tampoi (A) yang telah bertungkus-lumus menjayakan karnival tahun ini.


Wednesday, June 12, 2024

PELUNCURAN BULAN SAINS TAHUN 2024

 

Peluncuran Bulan Sains Tahun 2024 SK Bukit Tampoi (A) telah dilakukan pada 12 Jun 2024 (Rabu) di dataran perhimpunan sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh En. Mohd Fadzli bin Mansor, Guru Besar SK Bukit Tampoi (A). Tema Bulan Sains pada tahun ini adalah "Pintar Sains, Minda Kreatif".

Pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan oleh Panitia Sains seperti Chicken Life Cycle, Kenali Radas, Cari Sampai Jumpa, Haiwan Impian, Belon Magik, Telur Ajaib, Roket DIY dan banyak lagi. Marilah semua murid, kita bersama-sama menyertai aktiviti yang diadakan nanti.

Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini dapat menarik minat murid-murid untuk menerokai dunia sains yang luas di samping menanam suka akan mata pelajaran sains. Terokailah dunia sains yang sangat menarik dan mencabar minda dan fizikal. Teruskan mengokong aktiviti sekolah kita.

Tuesday, May 21, 2024

PROGRAM STEM BERSAMA UPM 2024

Program STEM bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan pada 21 Mei 2024 (Selasa) di SK Bukit Tampoi (A). Program ini adalah kerjasama di antara Fakulti Kejuruteraan, UPM dan murid-murid Tahap 2 SK Bukit Tampoi (A). Seramai 18 orang pelajar dan 2 orang pensyarah daripada Fakulti Kejuruteraan UPM telah tampil untuk memberikan tunjuk ajar berkaitan STEM.


Program ini dimulai dengan sesi perkongsian oleh Prof. Madya Dr. Noor Ain binti Kamsani selaku penasihat Kelab IEEESB UPM. Perkongsian beliaun adalah berkaitan kepentingan pendidikan STEM kepada manusia. Seterusnya perkongsian oleh Prof. Madya Dr. Maryam binti Mohd Isa juga berkaitan kepentingan pendidikan STEM.

Seterusnya murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan yang ditempatkan di tempat yang berasingan iaitu di Bilik Komputer dan Bilik Sains. Murid-murid dibimbing oleh fasilitator (pelajar UPM) tentang menggunakan aplikasi komputer dalam memberikan arahan kepada sesuatu sistem. Ini merupakan asas kepada pengaturcaraan robotik bagi murid-murid sekolah rendah.

Murid-murid sangat terhibur kerana dapat mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pembelajaran mereka. Program ini dapat meningkatkan minat murid-murid terhadap STEM yang merupakan dasar kerajaan untuk meningkatkan pembudayaan STEM dalam kalangan murid-murid sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Noor Ain binti Kamsani, Prof. Madya Dr. Maryam binti Mohd Isa serta pelajar-pelajar Fakulti Kerujuteraan UPM kerana sudi menjalinkan kerjasama dengan SK Bukit Tampoi (A) dalam Program STEM pada tahun ini. Semoga perkongsian daripada kalian dapat dimanfaatkan buat guru-guru dan murid-murid di sekolah ini. Bak kata pepatah "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih".

UJIAN SARINGAN PINTAR UKM 2024


Ujian Saringan Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan di Pusat Akses SK Bukit Tampoi (A) pada 21 Mei 2024 (Selasa). Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk memberi peluang dan laluan kepada murid-murid sekolah rendah untuk memasuki Sekolah Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beberapa orag murid Tahun 6 telah dipilih untuk menduduki ujian tersebut yang dibantu oleh pegawai daripada Sekolah Pintar UKM. Semoga dengan adanya ujian seperti ini dapat memberikan laluan khas buat murid-murid Orang Asli khasnya.

Terima kasih kepada UKM kerana sudi hadir ke sekolah untuk memberikan peluang dan tunjuk ajar kepada murid-murid sekolah ini bagi menduduki ujian tersebut. Kami doakan agar murid-murid berkenaan mendapat tempat di Sekolah Pintar UKM kelak.

Thursday, May 9, 2024

PROGRAM CIKGU CILIK 2024


Program Cikgu Cilik ini merupakan satu insiatif Unit Kurikulum untuk menjadikan murid sebagai cikgu cilik (mentor) kepada murid-murid lain (mentee). Program ini diwujudkan bertujuan untuk melahirkan murid yang berjaya dari segi akademik untuk membimbing murid-murid lain dalam mata pelajaran.

Seramai 8 orang murid yang terpilih telah dilantik sebagai mentor untuk membimbing mentee dalam mata pelajaran. Program ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Fadzli bin Mansor, Guru Besar SK Bukit Tampoi (A) pada 6 Mei 2024 (Isnin).

Pihak sekolah berharap dengan pelancaran program ini dapat para mentor dapat membantu mentee memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam mata pelajaran. Selain daripada itu, mereka juga diberikan tugas untuk melaporkan murid-murid yang memerlukan bimbingan guru sama ada dalam kelas atau di luar kelas. 

Tahniah diucapakan buat cikgu cilik yang telah diberi tanggungjawab untuk melahirkan rakan-rakan yang berjaya dalam akademik. Teruskan usaha dan tenaga agar program ini dapat berjaya mencapai objektifnya.

Thursday, April 25, 2024

PENYERAHAN SUMBANGAN MOYU GLOBAL EDUCATION 2024

 

Moyu Global Education telah hadir ke SK Bukit Tampoi (A) untuk menyerahkan sumbangan berupa kit RBT kepada pihak sekolah. Kit RBT yang telah disumbangkan kepada pihak sekolah adalah seperti kit kipas solar, kereta kawalan jauh, hidroponik dan jahitan. Kit ini akan digunakan oleh murid-murid dalam mata pelajaran RBT di sekolah.

Moyu Global Education telah diwakili oleh En. Kayne dan beberapa rakan sejawat yang lain telah menyerahkan kit tersebut kepada Pn. Noresah binti Sapari, GPK Pentadbiran SK Bukit Tampoi (A). Sumbangan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat ini.

Terima kasih diucapkan kepada Moyu Global Education di atas sumbangan yang amat bermakna buat murid-murid SK Bukit Tampoi (A). Sumbangan ini akan digunakan sebaik mungkin demi meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid di sekolah ini. Semoga murid-murid di sekolah ini dapat memanfaatkan sumbangan ini sebaik mungkin.