Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, September 23, 2017

CUTI AWAL MUHARRAM 1439 HIJRAH



Image result for awal muharram 2017

Cuti Awal Muharram 1439 Hijrah telah ditetapkan pada 22 September 2017 (Jumaat). Oleh kerana hari tersebut merupakan cuti umum bagi Malaysia, maka SK Bukit Tampoi (A) akan bercuti pada hari berkenaan. Sekolah akan beroperasi semula pada 25 September 2017 (Isnin). Sekian, harap maklum.

AKTIVITI SERAHAN BAJU KEDAP 2017


Penyerahan baju Kedap bagi tahun 2017 telah dibuat pada 21 September 2017 (Khamis) oleh guru kelas Kedap iaitu Pn. Siti Najlaa binti Zainal Abidin. Seramai 25 orang pelajar yang hadir telah menerima baju tersebut. 

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana telah sudi menerima baju yang disediakan oleh pihak sekolah dengan menggunakan peruntukan yang diberikan oleh Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semoga dengan penyerahan baju tersebut akan meningkatkan semangat para pelajar untuk hadir dan menjadi motivasi kepada anak-anak mereka untuk mengikut jejak ibu bapa mereka yang hadir ke kelas sentiasa.


Thursday, September 21, 2017

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2017


Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada hari ini 21 September 2017 (Khamis) di kantin sekolah, SK Bukit Tampoi (A). Majlis telah dirasmikan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar) SK Bukit Tampoi (A). Turut diundang adalah Ahli Jawatankuasa PIBG iaitu En. Ali bin Timon dan En. Zainuddin bin Kurus.

Pada pukul 9.00 pagi majlis telah dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan negeri Selangor. Kemudian diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Fikri. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh Penyelaras Program dan akhir sekali ucapan perasmian yang disampaikan oleh Guru Besar.

Selepas itu, majlis berehat seketika untuk memberi laluan kepada murid untuk jamuan murid. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan pertandingan Pakaian Patriotik. Para peserta terdiri daripada wakil murid dari setiap kelas. Pelbagai jenis pakaian yang diperagakan seperti pakaian tradisional, pakaian beruniform dan pakaian daripada Jalur Gemilang.

Kemudian, diikuti dengan pertandingan nyanyian Lagu Patriotik. Sekumpulan murid dari setiap kelas telah mewakili kelas masing-masing di dalam pertandingan tersebut. Setiap kumpulan telah menyampaikan sebuah persembahan yang menarik dengan menyelitkan gaya yang berbeza dan penuh bersemangat.

Di akhir majlis, telah diadakan penyampaian hadiah kepada semua pemenang. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh AJK PIBG. Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang telah berjaya di dalam setiap pertandingan yang telah dijalankan. Semoga tahun hadapan program seperti ini akan diadakan lagi dengan lebih meriah dan menarik. 


Pakaian Beragam Guru dan Staf




Murid-murid yang hadir


Pengacara Majlis


Pembaca Doa


Ucapan Guru Besar


Agihan makanan murid



Tetamu AJK PIBG


Pertandingan Pakaian Patriotik





Pertandingan Lagu Patriotik





Jamuan makan guru, staf dan tetamu


Monday, September 11, 2017

JADUAL WAKTU UPSR 2017

MAJLIS RESTU ILMU 2017


Majlis Restu Ilmu adalah suatu majlis yang dibuat khusus untuk murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan seperti UPSR. Majlis ini telah diadakan di kantin sekolah pada hari ini 8 September 2017 (Ahad) di mana murid-murid ini dikumpulkan bersama-sama ibu bapa di dalam satu majlis.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memohon restu daripada ibu bapa atau penjaga dengan cara bersalaman dan berpelukan. Manakala restu ilmu pula diadakan di antara murid dan guru, di mana murid akan memohon restu daripada guru masing-masing untuk merestui ilmu yang diberikan kepada mereka selama belajar di sini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Ilam bin Senin (YDP PIBG) yang turut dihadiri oleh pentadbir, guru-guru dan ibu bapa atau penjaga. Ini merupakan salah satu ikhtiar yang diusahakan oleh sekolah untuk kejayaan murid-murid di dalam peperiksaan UPSR kelak.








Tuesday, September 5, 2017

GOGORAMA SK BUKIT TAMPOI (A)


Aktiviti Gogorama yang dilaksanakan di SK Bukit Tampoi (A) untuk menarik minat murid hadir ke sekolah dalam misi mencapai KPI yang ditetapkan oleh sekolah.