Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, July 26, 2019

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR TAHUN 2019


Tarikh


Masa

Perkara
29 JULAI 2019
(ISNIN)
8.30 – 9.45 pagi
(1 jam 15 minit)
Bahasa Melayu
Pemahaman
10.10 – 10.30 pagi
(20 minit)
REHAT
10.45 – 12.00 tengah hari
(1 jam 15 minit)
Bahasa Melayu
Penulisan
31 JULAI 2019
(RABU)
8.00 – 9.15 pagi
(1 jam 15 minit)
Bahasa Inggeris
Pemahaman
10.10 – 10.30 pagi
(20 minit)
REHAT
10.45 – 12.00 tengah hari
(1 jam 15 minit)
Bahasa Inggeris
Penulisan
1 OGOS 2019
(KHAMIS)
8.10 – 9.10 pagi
(1 jam)
Matematik
Kertas 1
10.10 – 10.30 pagi
(20 minit)
REHAT
10.45 – 11.45 pagi
(1 jam)
Matematik
Kertas 2
2 OGOS 2019
(JUMAAT)
8.10 – 9.10 pagi
(1 jam)
Sains
Kertas 1
10.10 – 10.30 pagi
(20 minit)
REHAT
10.45 – 11.45 pagi
(1 jam)
Sains
Kertas 2

Wednesday, July 24, 2019

PROGRAM ZIARAH CAKNA KE KOA BUKIT JENUK BERSAMA IRM


Pihak sekolah mendapat aduan daripada penjaga murid di KOA Bukit Jenuk berkaitan masalah bil bekalan air yang tinggi menyebabkan murid sekolah tidak dapat hadir ke sekolah. Justeru itu, pihak sekolah telah meminta bantuan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk membantu.

Pada 24 Julai 2019 (Rabu), En. Mohd. Fadzli (GPK HEM) bersama Cik Hanani dan Cik Husna telah mengadakan Program Ziarah Cakna dengan melawat ke rumah Pakcik Asni bin Kenat untuk meninjau masalah yang dihadapi keluarga tersebut.

Tinjauan kami mendapati, terdapat 2 buah keluarga yang terlibat iaitu keluarga Pakcik Asni dan keluarga anakya. Kedua-dua keluarga ini menggunakan sumber air yang dibekalkan oleh Syabas menggunakan satu akaun yang sama. Jadi penggunaan bulanan 2 buah keluarga ini agak tinggi. Sebagai alternatif, dia telah membuat satu saliran paip bagi mendapatkan air bukit. Walaupun begitu, kami mendapati air bukit yang digunakan amat kotor.

Hasil daripada soal jawab dengan Pakcik Asni, kami mendapati mungkin terdapat kecurian air di pertengahan saluran paip yang dibekalkan Syabas. Selain daripada itu, pemasangan meter air pula terletak terlalu jauh daripada rumah iaitu kurang lebih 600 meter.

Pihak IRM akan meminta Syabas memeriksa kemungkinan berlakunya kecurian air dan menukar kedudukan meter air berdekatan dengan rumah Pakcik Asni. Semoga dengan bantuan ini dapat membantu keluarga Pakcik Asni menikmati kehidupan yang sejahtera dan dapat menggalakkan kedua-dua oarng cucunya hadir ke sekolah.






PROGRAM LATIHAN PENCEGAHAN KEBAKARAN SIRI 2 TAHUN 2019


Program Latihan Pencegahan Kebakaran Siri 2 Tahun 2019 telah diadakan pada 24 Julai 2019 (Rabu) dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya. Seramai 12 orang anggota telah dijemput dengan sebuah jentera bomba dan sebuah van EMRS bagi menyampaikan taklimat dan demonstrasi memadamkan kebakaran.

Taklimat Pencegahan Kebakaran telah disampaikan oleh En. Zainudin bin Mohd Deris di padang awam KOA Bukit Tampoi. Kemudian diikuti oleh demonstrasi memadamkan kebakaran oleh beberapa orang guru dan murid.

Seterusnya murid-murid dibawa ke parkir bas untuk merasai sendiri teknik memadamkan kebakaran menggunakan hos air. Ini adalah kali pertama teknik ini dipertontonkan kepada murid-murid di SK Bukit Tampoi (A). Selain daripada itu, beberapa orang guru dan murid turut diberi peluang untuk menggunakan hos air sebagai percubaan.

Terima kasih kepada Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya kerana sudi bekerjasama dengan Unit Keselamatan SK Bukit Tampoi (A) bagi menjayakan Program Latihan Pencegahan Kebakaran Siri 2 Tahun 2019. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan supaya warga sekolah mendapat pengetahuan dan pengalaman memadamkan kebakaran.



















Friday, July 19, 2019

PROGRAM PENDIDIKAN KERJAYA PERINGKAT DAERAH SEPANG 2019


Program Pendidikan Kerjaya peringkat daerah Sepang telah diadakan pada 18 Julai 2019 (Khamis) di SK Bandar Baru Salak Tinggi. Semua sekolah di daerah Sepang telah dijemput hadir bagi mengambil bahagian di dalam aktiviti yang diadakan di sana.

Sk Bukit Tampoi (A) telah menghantar seramai 8 orang murid yang terdiri daripada murid-murid Tahun 6 dan diiringi oleh 2 orang guru pengiring. Mereka diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman untuk melakukan simulasi pekerjaan yang disediakan melalui booth-booth yang disediakan.

Di antara booth-booth pekerjaan yang disediakan adalah seperti sektor telekomunikasi, makanan segera, persembahan dan banyak lagi. Semua murid sungguh gembira dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk mereka.

Diharapkan agar program seperti ini dapat memberi pengalaman buat mereka di masa akan datang bagi menempuh kehidupan dunia sebenar selepas tamat persekolahan di sekolah menengah kelak.









PROGRAM MENARA GADING 2019


Program Menara Gading merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diadakan pada 17 Julai 2019 (Rabu). Ini adalah program kerjasama di antara pihak sekolah dengan Islamic Relief Malaysia (IRM).

Seramai 8 orang fasilitator daripada IRM telah hadir untuk membantu menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang yang melibatkan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah Kotak Misteri, Perkongsian Pengalaman di IPT, Siapa Saya?, Siapa Kata Tak Boleh?, Garisan Masa Depan, Kerja Apa Tu? dan  Roket Impian.

Semua aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan murid-murid mendapat manfaat daripada aktiviti yang dijalankan. Diharapkan agar program ini dapat membantu murid-murid mengenali universiti tempatan dan swasta di samping dapat meningkatkan motivasi murid-murid untuk ke menara gading seperti yang dikecapi oleh fasilitator mereka.