Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, July 11, 2019

PROGRAM SAINS BERSAMA UPM


Program Sains Bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan pada 10 Jun 2019 (Rabu) di Makmal Sains. Seramai 15 orang fasilitator yang di ketuai oleh Dr. Anna Aryani bt Amir dari Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS).

Objektif program adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan sains terhadap aktiviti kehidupan seharian seperti menjaga kebersihan tangan. Selain daripada itu, beberapa aktiviti menarik turut diadakan bagi meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sains.

Terdapat 3 aktiviti yang telah dilaksanakan iaitu Good and Bad Bacteria, Egguculation, dan Science Is Fun. Aktiviti Good and Bad Bacteria menjalankan eksperimen terhadap kebersihan tangan murid-murid manakala aktiviti Egguculation pula menerangkan perkembangan embrio anak ayam di dalam telur. Aktiviti yang terakhir adalah Science Is Fun mengajar murid menggunakan bahan kimia teknologi terkini di dalam pembelajaran Sains.

Terima kasih diucapkan kepada Universiti Putra Malaysia kerana telah memilih sekolah kami untuk mengadakan aktiviti yang memberi impak besar dalam bidang Sains. Semoga aktiviti ini dapat meningkatkan minat murid dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik mereka.


































No comments:

Post a Comment