Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, July 24, 2019

PROGRAM ZIARAH CAKNA KE KOA BUKIT JENUK BERSAMA IRM


Pihak sekolah mendapat aduan daripada penjaga murid di KOA Bukit Jenuk berkaitan masalah bil bekalan air yang tinggi menyebabkan murid sekolah tidak dapat hadir ke sekolah. Justeru itu, pihak sekolah telah meminta bantuan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk membantu.

Pada 24 Julai 2019 (Rabu), En. Mohd. Fadzli (GPK HEM) bersama Cik Hanani dan Cik Husna telah mengadakan Program Ziarah Cakna dengan melawat ke rumah Pakcik Asni bin Kenat untuk meninjau masalah yang dihadapi keluarga tersebut.

Tinjauan kami mendapati, terdapat 2 buah keluarga yang terlibat iaitu keluarga Pakcik Asni dan keluarga anakya. Kedua-dua keluarga ini menggunakan sumber air yang dibekalkan oleh Syabas menggunakan satu akaun yang sama. Jadi penggunaan bulanan 2 buah keluarga ini agak tinggi. Sebagai alternatif, dia telah membuat satu saliran paip bagi mendapatkan air bukit. Walaupun begitu, kami mendapati air bukit yang digunakan amat kotor.

Hasil daripada soal jawab dengan Pakcik Asni, kami mendapati mungkin terdapat kecurian air di pertengahan saluran paip yang dibekalkan Syabas. Selain daripada itu, pemasangan meter air pula terletak terlalu jauh daripada rumah iaitu kurang lebih 600 meter.

Pihak IRM akan meminta Syabas memeriksa kemungkinan berlakunya kecurian air dan menukar kedudukan meter air berdekatan dengan rumah Pakcik Asni. Semoga dengan bantuan ini dapat membantu keluarga Pakcik Asni menikmati kehidupan yang sejahtera dan dapat menggalakkan kedua-dua oarng cucunya hadir ke sekolah.






No comments:

Post a Comment