Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, July 24, 2019

PROGRAM LATIHAN PENCEGAHAN KEBAKARAN SIRI 2 TAHUN 2019


Program Latihan Pencegahan Kebakaran Siri 2 Tahun 2019 telah diadakan pada 24 Julai 2019 (Rabu) dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya. Seramai 12 orang anggota telah dijemput dengan sebuah jentera bomba dan sebuah van EMRS bagi menyampaikan taklimat dan demonstrasi memadamkan kebakaran.

Taklimat Pencegahan Kebakaran telah disampaikan oleh En. Zainudin bin Mohd Deris di padang awam KOA Bukit Tampoi. Kemudian diikuti oleh demonstrasi memadamkan kebakaran oleh beberapa orang guru dan murid.

Seterusnya murid-murid dibawa ke parkir bas untuk merasai sendiri teknik memadamkan kebakaran menggunakan hos air. Ini adalah kali pertama teknik ini dipertontonkan kepada murid-murid di SK Bukit Tampoi (A). Selain daripada itu, beberapa orang guru dan murid turut diberi peluang untuk menggunakan hos air sebagai percubaan.

Terima kasih kepada Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya kerana sudi bekerjasama dengan Unit Keselamatan SK Bukit Tampoi (A) bagi menjayakan Program Latihan Pencegahan Kebakaran Siri 2 Tahun 2019. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan supaya warga sekolah mendapat pengetahuan dan pengalaman memadamkan kebakaran.



















No comments:

Post a Comment