Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, July 15, 2019

HARI TERBUKA SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2019


Hari Terbuka atau hari penyampaian kad laporan kepada ibu bapa atau penjaga murid-murid SK Bukit Tampoi (A) telah diadakan pada 15 Julai 2019 (Isnin). Ramai ibu bapa dan penjaga yang hadir untuk menerima dan melihat markah prestasi anak masing-masing.

Selain daripada itu, Tahun 6 turut mengadakan Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan di dalam kelas 6 Siantan. Ibu bapa dan penjaga bersama anak masing-masing ditempatkan di dalam bilik darjah tersebut. Taklimat diberikan oleh Guru Kelas, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Besar.

Kemeriahan Hari Terbuka SK Bukit Tampoi (A) telah diadakan dengan jayanya walaupun hujan pada awal pagi tadi. Semoga dengan pertemuan yang diaturkan oleh pihak sekolah di antara ibu bapa dan penjaga bersama guru-guru kelas dapat memberi manfaat kepada perkembangan akademik murid-murid pada masa akan datang.






No comments:

Post a Comment