Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, July 19, 2019

PROGRAM PENDIDIKAN KERJAYA PERINGKAT DAERAH SEPANG 2019


Program Pendidikan Kerjaya peringkat daerah Sepang telah diadakan pada 18 Julai 2019 (Khamis) di SK Bandar Baru Salak Tinggi. Semua sekolah di daerah Sepang telah dijemput hadir bagi mengambil bahagian di dalam aktiviti yang diadakan di sana.

Sk Bukit Tampoi (A) telah menghantar seramai 8 orang murid yang terdiri daripada murid-murid Tahun 6 dan diiringi oleh 2 orang guru pengiring. Mereka diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman untuk melakukan simulasi pekerjaan yang disediakan melalui booth-booth yang disediakan.

Di antara booth-booth pekerjaan yang disediakan adalah seperti sektor telekomunikasi, makanan segera, persembahan dan banyak lagi. Semua murid sungguh gembira dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk mereka.

Diharapkan agar program seperti ini dapat memberi pengalaman buat mereka di masa akan datang bagi menempuh kehidupan dunia sebenar selepas tamat persekolahan di sekolah menengah kelak.









No comments:

Post a Comment