Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

PROFIL

1. Visi

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

2. Misi

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

3. Moto

"Berilmu Berjasa"

4. Piagam Pelanggan
  • Sentiasa responsif terhadap keperluan murid, ibu bapa dan kerajaan.
  • Menguruskan kerja dengan cekap dan bijaksana.
  • Keterlibatan yang bersungguh-sungguh dalam membentuk sahsiah murid.
  • Melahirkan anak didik yang berdisiplin, berdedikasi dan penyayang.
  • Mengembali dan mengekalkan kegemilangan.

5. Lencana



6. Bentuk dan Warna Lencana


  • Perisian / Piala melambangkan kejayaan.
  • Obor melambangkan semangat murid yang membara untuk menuntut ilmu.
  • 5 Gelung melambangkan keaktifan murid dalam aktiviti sukan dan aktiviti kokurikulum.
  • Warna Merah melambangkan sikap berani menempuh dugaan dalam menuntut ilmu.
  • Warna Putih melambangkan murid yang sentiasa dahagakan ilmu.
  • Warna Biru Tua menggambarkan semangat toleransi dan perpaduan di antara guru, murid dan ibu bapa.
  • Warna Hijau menggambarkan persekitaran sekolah yang nyaman dan damai.

7. Maklumat Asas Sekolah

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (Asli)
Kod Sekolah : BBA 9216
Tarikh Tubuh : 1 September 1960
Jumlah Pentadbir : 4 orang
Jumlah Guru : 17 orang
Jumlah Murid : 123 orang
Jumlah Staf Sokongan : 4 orang
Alamat : Jalan Dengkil – Banting, 43800 Dengkil, Sepang.
No. Telefon & Faks : 03 - 8768 7889
JPN : Selangor
PPD : Sepang
DUN : Dengkil
Mukim : Dengkil
Parlimen : Sepang

8. Lagu Sekolah

Terbentang indah pandangan mata
Di puncak bukit oh sekolahku
Lambang kebanggaan
Lambang kejayaan
Namamu kuharumkan
SK Bukit Tampoi kami akan bertekad
Semoga maju jaya (2X)

9. #JomSTINGS

Jom - Jom melakukan perubahan
S - Sport (Kebitaraan Sukan Sepak takraw)
T - Tough (Kekuatan Mengharungi Cabaran)
I - Inovative (Menginovasikan amalan seharian)
N - Neat (Menjaga Kebersihan Diri dan Sekolah)
G - Glory (Kecemerlangan Untuk Semua)
S - Share (Berkongsi Rezeki Dengan Orang Lain)

No comments:

Post a Comment