Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Sunday, May 10, 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DILANJUTKAN

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tamat Khamis ini dilanjutkan sehingga 9 Jun. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan untuk melanjutkan PKPB selama sebulan lagi itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). "Ini bermakna, semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan dalam tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuat kuasa sehingga 9 Jun 2020. 

"Sebarang perubahan mengenai peraturan dan SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa," katanya dalam Perutusan Khas hari ini. PKPB mula dilaksanakan 4 Mei lalu dan kebanyakan sektor telah dibenarkan beroperasi namum perlu mematuhi SOP yang ditetapkan. Penetapan PKPB juga menyaksikan tiada lagi larangan perjalanan selepas jam 10 malam dan pergerakan rentas daerah.

Namun kerajaan memutuskan perjalanan merentas negeri sehingga 9 Jun atau sepanjang PKPB bagi menyambut perayaan tidak dibenarkan. Menurut Perdana Menteri, buat masa ini terdapat beberapa perayaan terdekat seperti Hari Raya Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai. Namun begitu, amalan kunjung-mengunjung jiran tetangga masih dibolehkan dengan mengamalkan penjarakan sosial, memakai penutup mulut dan sentiasa mencuci tangan.