Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Tuesday, May 16, 2023

HARI RAYA AIDILFITRI SK BUKIT TAMPOI (A) 2023

 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 telah diadakan di SK Bukit Tampoi (A) pada 25 Syawal 1444H bersamaan 16 Mei 2023 (Selasa). Sambutan hari raya pada tahun ini disambut secara sederhana bagi mematuhi SOP yang diarahkan semasa cuaca panas melampau. Hanya jamuan ringkas yang diadakan di kantin bagi guru-guru dan di dalam kelas bagi murid-murid.

Namun, kemeriahan sambutan hari raya masih turut dirasai oleh murid-murid dengan penyampaian duit raya. Seramai 17 orang murid beragama Islam mendapat duit raya yang merupakan sumbangan zakat daripada Bank Rakyat, Cyberjaya. Manakala murid-murid lain turut mendapat duit raya hasil sumbangan daripada guru-guru sekolah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua warga SK Bukit Tampoi (A) kerana bersama-sama memeriahkan sambutan pada kali ini. Marilah kita mendoakan agar bencana cuaca panas melampau ini cepat berlalu dan kita dapat  menjalankan aktiviti seperti sediakala.










Thursday, May 19, 2022

HARI RAYA AIDILFITRI SK BUKIT TAMPOI (A) 2022

 
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 telah diadakan pada 13 Mei 2022 (Jumaat). Sambutan hari raya pada kali ini diadakan di kantin sekolah. Pihak sekolah turut mengundang YDP PIBG, guru yang telah bersara dan guru yang telah berpindah. 

Murid-murid telah memeriahkan majlis dengan membuat beberapa persembahan nyanyian lagu-lagu raya. Murid-murid yang lain juga turut hadir dengan memakai baju Melayu dan baju raya yang penuh warna-warni.

Hari Raya Aidilfitri 2022 kali ini sungguh bermakna kerana diadakan selepas pandemik Covid-19 melanda negara. Kami amat bersyukur kerana dapat mengadakan sambutan hari raya di sekolah setelah lebih 2 tahun tidak dapat diadakan di sekolah. Kegembiraan murid-murid dapat dilihat daripada wajah-wajah riang murid-murid semasa persembahan rakan-rakan mereka yang lain.

Thursday, August 22, 2019

MAJLIS SUMBANGAN DAGING KORBAN 2019


Sempena Hari Raya Aidiladha, Islamic Relief Malaysia (IRM) telah mengagihkan 37 bungkus daging korban kepada semua murid Orang Asli di SK Bukit Tampoi (A). Maka, satu Majlis Sumbangan Daging Korban telah diadakan di Bilik Pendidikan Islam. 

En. Luqman selaku wakil daripada IRM telah sudi mengagihkan daging-daging korban itu kepada semua murid yang hadir. Turut hadir adalah En. Azman Shah sebagai GPK Pentadbiran. Selebihnya diagihkan kepada ibu bapa yang tinggal berdekatan dengan murid-murid yang layak.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Islamic Relief Malaysia kerana sudi memilih SK Bukit Tampoi (A) sebagai penerima sumbangan daging korban pada tahun ini. Semoga semua penerima dapat merasai daging korban yang amat jarang mereka rasai. 





Monday, June 24, 2019

JEMPUTAN MY SINGGAH RAYA IRM 2019


Program My Singgah Raya adalah satu majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh Islamic Relief Malaysia. Ia diadakan di pejabat IRM yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Program ini telah diadakan pada 22 Jun 2019 (Sabtu) bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Semua tetamu yang terlibat secara langsung dengan projek yang dijalankan oleh IRM dijemput hadir. Mereka terdiri daripada para penyumbang dana dan penerima manfaat daripada projek yang telah dijalankan. SK Bukit Tampoi (A) adalah penerima manfaat tersebut melalui projek untuk murid sekolah dan projek tanaman cendawan.

Seramai 28 orang murid, 3 orang guru dan 4 orang peserta tanaman cendawan telah dijemput hadir menggunakan bas sekolah yang disewa oleh IRM. Di sana kami diraikan dengan hidangan hari raya di samping hiburan daripada pengacara majlis dan persembahan nyanyian.

Pada akhir program, murid-murid dan peserta projek tanaman cendawan telah menerima buah tangan dan duit raya. Terima kasih diucapkan kepada IRM kerana telah menjemput kami menghadiri majlis rumah terbuka My Singgah Raya 2019.