Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, March 22, 2019

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 TAHUN 2019

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti selama 9 hari. Maklumat berkaitan cuti berkenaan adalah seperti jadual di bawah ini : -

Tarikh
Peristiwa
Jenis Cuti
23 hingga 31 Mac 2019
Cuti Penggal 1
Cuti Sekolah

Walau bagaimanapun, pejabat masih dibuka dan beroperasi seperti biasa. Sekolah akan dibuka semula pada 1 April 2019 (Isnin).

Sekian, harap maklum.

PROGRAM KERJAYA 2019


Program Kerjaya adalah salah satu daripada program Unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah Program Bimbingan Kerjaya. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama daripada Kelab Ariston dari Universiti Heriot Watt yang terletak di Cyberjaya.

Aktiviti yang dijalankan adalah mengikut stesen yang terletak di dalam dan di luar bilik darjah yang dikendalikan oleh ahli Kelab Ariston. Mereka diketuai oleh Beatrice selaku Pengarah Projek tersebut. Murid-murid yang terlibat adalah dalam kalangan murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Terima kasih diucapkan kepada Kelab Ariston khususnya dan Universiti Heriot Watt amnya keran sudi datang menjalankan program yang amat berguna kepada murid-murid sekalian. Semoga dengan aktiviti yang dijalankan dapat membuka mata murid-murid tentang kepelbagaian peluang pekerjaan yang terbuka luas di luar sana.







Thursday, March 14, 2019

PROGRAM KUNJUNG BANTU DAN LAWATAN KASIH SEKOLAH B80


Program Kunjung Bantu dan Lawatan Kasih Sekolah B80 merupakan sebuah program baharu di bawah Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Penan di mana 8 buah sekolah terpilih yang terdiri daripada Sekolah-sekolah Orang Asli (SOA) bagi Fasa 1 pelaksanaannya.

Sekolah-sekolah yang terpilih ini akan dikunjungi oleh sekumpulan Jurulatih Utama (JU) pada peringkat kebangsaan untuk membantu sekolah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid dan seterusnya meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.

Selain daripada JU, turut mengikuti program ini adalah pegawai-pegawai daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPS) dan Pejabat Pendidikan Daerah Sepang (PPD).

Program ini, melibatkan 3 aktiviti yang berjalan serentak iaitu aktiviti stesen, program motivasi guru dan Pogram Ziarah Cakna. Permulaan program adalah dengan menjalankan aktiviti gogorama oleh semua JU, guru, staf dan murid. Aktiviti seterusnya dijalankan 3 aktiviti serentak mengikut tempat yang telah ditetapkan. 

Aktiviti stesen diadakan di dewan, bilik pemulihan dan bilik muzik, manakala program motivasi guru pula diadakan di makmal komputer. program Ziarah Cakna yang disertai oleh pegawai-pegawai daripada KPM, JPS, PPD, YDP PIBG, GB dan PK HEM telah pergi menziarah murid di KOA Bukit Baja.

Memandangkan program ini dilaksanakan dalam masa sehari sahaja maka banyak aktiviti terpaksa dihadkan untuk memberi laluan kepada majlis penutupan. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya iaitu menggalakkan murid hadir ke sekolah dengan mengadakan aktiviti yang menarik. Semoga momentum kehadiran murid ke sekolah dapat dikekalkan dengan melaksanakan aktiviti yang telah disyorkan.




Aktiviti Gogorama






Aktiviti Stesen






Program Motivasi Guru




Program Ziarah Cakna











Majlis Penutupan

Sunday, March 10, 2019

TAKLIMAT DAN GOTONG-ROYONG PRASEKOLAH SK BUKIT TAMPOI (A) 2019


Taklimat Cakna Waris Prasekolah telah diadakan pada 9 Mac 2019 (Sabtu) pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari. Selain daripada itu, Program Gotong-Royong Prasekolah juga turut diadakan.

Taklimat Cakna Waris telah disampaikan oleh Pn. Ruzita binti Harun (Guru Prasekolah) yang membicarakan tentang aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2019. Sejurus selepas taklimat, ibu bapa, guru dan pembantu pengurusan murid bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar kelas.

Antara perkara yang dilakukan adalah mengalihkan alat permainan, menanam semula pokok bunga dan menyapu dan membersihkan kawasan kelas. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir untuk taklimat dan gotong-royong membersihkan Prasekolah SK Bukit Tampoi (A). 







PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT KELAB ARISTON, UNIVERSITI HERIOT WATT 2019


Program Khidmat Masyarakat Kelab Ariston dari Universiti Heriot Watt yang terletak di Cyberjaya adalah program kali yang kedua yang dijalanakan. Kali pertama program ini dijalankan adalah pada 23 Februari 2019 yang lalu yang melibatkan seramai 10 orang sukarelawan.

Pada kali ini seramai 7 orang sukarelawan yang hadir untuk membantu pihak sekolah mengecat bahagian dinding luar dan pintu bilik-bilik khas. Antara bilik khas yang terlibat adalah Bilik RBT, Bilik PSS dan Stor Sukan.

Program Khidmat Masyarakat ini telah diadakan pada 9 Mac 2019 (Sabtu) dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para sukarelawan kerana sudi membantu menceriakan lagi SK Bukit Tampoi (A). Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan tenaga dan masa anda semua.





BENGKEL TANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU 2019


Bengkel Tanaman Cendawan Tiram Kelabu adalah salah satu aktiviti yang terkandung di dalam Projek Tanaman Cendawan yang diusahakan oleh peserta Kelas Dewasa Asli dan Pribumi (KEDAP) dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IRM) pada tahun 2018.

Walaupun pada tahun 2019, kelas KEDAP tidak lagi diajar di SK Bukit Tampoi (A), minat untuk mengusahakan projek ini oleh bekas peserta masih ada. Oleh yang demikian, satu bengkel tanaman cendawan telah diadakan di Nas Agro Farm, Jenderam Hulu.

Seramai 12 orang telah hadir pada bengkel tersebut. Mereka terdiri daripada 5 orang dari IRM, 2 orang guru SK Bukit Tampoi (A), 4 orang peserta Kedap dan 1 orang sukarelawan. Bengkel tersebut telah diadakan pada 8 Mac 2019 (Jumaat) dari pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Para peserta telah diajar cara-cara penyediaan bongkah, tanaman dan penjagaan. Selain daripada itu, para peserta juga berpeluang untuk mencuba menyediakan bongkah. Selain daripada itu, mereka juga diberi kesempatan untuk menuai hasil cendawan yang telah matang.