Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, March 14, 2019

PROGRAM KUNJUNG BANTU DAN LAWATAN KASIH SEKOLAH B80


Program Kunjung Bantu dan Lawatan Kasih Sekolah B80 merupakan sebuah program baharu di bawah Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Penan di mana 8 buah sekolah terpilih yang terdiri daripada Sekolah-sekolah Orang Asli (SOA) bagi Fasa 1 pelaksanaannya.

Sekolah-sekolah yang terpilih ini akan dikunjungi oleh sekumpulan Jurulatih Utama (JU) pada peringkat kebangsaan untuk membantu sekolah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid dan seterusnya meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.

Selain daripada JU, turut mengikuti program ini adalah pegawai-pegawai daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPS) dan Pejabat Pendidikan Daerah Sepang (PPD).

Program ini, melibatkan 3 aktiviti yang berjalan serentak iaitu aktiviti stesen, program motivasi guru dan Pogram Ziarah Cakna. Permulaan program adalah dengan menjalankan aktiviti gogorama oleh semua JU, guru, staf dan murid. Aktiviti seterusnya dijalankan 3 aktiviti serentak mengikut tempat yang telah ditetapkan. 

Aktiviti stesen diadakan di dewan, bilik pemulihan dan bilik muzik, manakala program motivasi guru pula diadakan di makmal komputer. program Ziarah Cakna yang disertai oleh pegawai-pegawai daripada KPM, JPS, PPD, YDP PIBG, GB dan PK HEM telah pergi menziarah murid di KOA Bukit Baja.

Memandangkan program ini dilaksanakan dalam masa sehari sahaja maka banyak aktiviti terpaksa dihadkan untuk memberi laluan kepada majlis penutupan. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya iaitu menggalakkan murid hadir ke sekolah dengan mengadakan aktiviti yang menarik. Semoga momentum kehadiran murid ke sekolah dapat dikekalkan dengan melaksanakan aktiviti yang telah disyorkan.




Aktiviti Gogorama






Aktiviti Stesen






Program Motivasi Guru




Program Ziarah Cakna











Majlis Penutupan

No comments:

Post a Comment