Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, February 8, 2024

CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024

 

HARI BICARA AKADEMIK SESI 2023/2024

Hari Bicara Akademik Sesi 2023/2024 telah diadakan pada 8 Februari 2024 (Khamis) bertempat di kelas anak masing-masing. Aktiviti ini dibuat bagi memberi penjelasan kepada ibu bapa tentang prestasi akademik anak masing-masing sepanjang sesi 2023/2024.

Aktiviti ini telah dimulai daripada pukul 10.10 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Ramai ibu bapa dan penjaga yang hadir bagi mendengar dan berdiskusi bersama guru-guru tentang kelakuan dan pencapaian anak mereka.

Aktiviti yang dijalankan dua kali setahun ini dapat memberi impak yang positif terhadap pencapaian anak-anak di SK Bukit Tampoi (A) di samping dapat menyampaikan maklumat yang lebih jelas tentang perwatakan anak-anak di sekolah. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada setiap tahun.


Wednesday, February 7, 2024

SUMBANGAN KASUT SEKOLAH ABARO TAHUN 2024

Sumbangan kasut sekolah berjenama Abaro telah diterima oleh murid-murid di SK Bukit Tampoi (A) pada 6 Februari 2024 (Khamis) di sekolah ini. Seramai 132 orang murid telah menerima sepasang kasut sekolah berwarna hitam bersama sepasang stokin.

Terima kasih diucapkan buat Resta Enterprise Sdn Bhd (ABARO) selaku pembekal dan Lucy Asia Pasific Sdn Bhd selaku penaja kerana telah memilih murid-murid SK Bukit Tampoi (A) sebagai penerima sumbangan kasut tersebut. Sumbangan ini amat bermakna buat murid-murid di sekolah ini kerana rata-rata mereka terdiri daripada keluarga B40.

Dengan sumbangan ini dapatlah meringankan ibu bapa dan penjaga untuk membeli kasut sekolah. Semoga pihak penaja dan pembekal beroleh keuntungan berlipat ganda pada tahun akan datang. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Resta Enterprise Sdn Bhd (ABARO) dan Lucy Asia Pasific Sdn Bhd.

SP SETIA FESTIVE DISCOVERY - CHINESE NEW YEAR 2024

SP Setia Setia Festive Discovery - Chinese New Year telah diadakan di SJK(C) Kg. Baru Semenyih pada 7 Februari 2024 (Rabu). Turut serta dalam program ini adalah 3 buah sekolah angkat SP Setia iaitu SK Semenyih, SJK(T) Ladang Rinching dan SK Bukit Tampoi (A). SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar seramai 20 orang peserta yang diiringi oleh 3 orang guru pengiring.

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa orang tetamu kehormat iaitu Datuk Yuslina binti Mohd Yunus (SP Setia), guru besar sekolah-sekolah angkat SP Setia, ahli-ahli Lembaga Pengelola Sekolah (LPS), ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) daripada SJK(C) Kg. Baru Semenyih.

Di dalam program tersebut, murid-murid sekolah angkat SP Setia telah membuat persembahan sekolah masing-masing bertemakan Tahun Baru Cina. SK Bukit Tampoi (A) telah membuat persembahan Lemak Manis, SK Semenyih telah membuat persembahan tarian kipas dan SJK(T) Ladang Rinching telah membuat persembahan tarian payung Cina. Manakala sekolah tuan rumah iaitu SJK(C) Kg. Baru Semenyih telah membuat persembahan tarian Happy Long Long Time.

Selain daripada itu, SJK(C) Kg. Baru Semenyih turut merasmikan Pertubuhan Gendang 24 Musim yang dirasmikan oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS). Diikuti oleh persembahan Gendang 24 Musim yang dipersembahkan oleh murid-murid sekolah tersebut. Sempena Tahun Baru Cina ini juga pihak sekolah telah menjemput dan mempersembahankan tarian singa.

Kami rasa sungguh bertuah kerana dipilih sebagai salah sebuah sekolah angkat SP Setia bersama sekolah-sekolah yang lain. Murid-murid yang menyertai lawatan tersebut juga diberi peluang untuk membuat persembahan kepada di hadapan murid-murid yang berbangsa Cina. Terima kasih kepada SP Setia kerana menjemput kami menyertai program tersebut. Juga tidak dilupakan buat Pn. Chan selaku Guru Besar SJK(C) Kg. Baru Semenyih kerana mengalu-alukan kedatang kami di sana. Semoga kita dapat bersua semula untuk Festive Discovery yang lain pula.


Ucapan Guru Besar


Ucapan YDP PIBG


Ucapan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS)


Tarian Kipas
(SK Semenyih)


Tarian Payung Cina
SJK(T) Ladang Rinching


Tarian Lemak Manis
SK Bukit Tampoi (A)


Tarian Long Long Time
SJK(C) Kampung Baru Semenyih


Persembahan Teater



Tarian Singa


Perasmian Pertubuhan Gendang 24 Musim


Persembahan Murid Gendang 24 Musim

Thursday, February 1, 2024

PROGRAM WOW! SERONOKNYA SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2024


Program Wow! adalah program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor khusus untuk mendaftarkan murid-murid Orang Asli daripada Sekolah-sekolah Murid Orang Asli ke sekolah menengah. SMK Dengkil telah mengadakan program ini pada 1 Februari 2024 (Khamis) di sekolah tersebut. Turut hadir pada program tersebut adalah Pn. Radzilah dan pegawai-pegawai daripada Unit Sekolah Jenis Khas (USJK) Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Selain daripada itu, turut hadir bersama adalah Guru Besar SK Bukit Tampoi (A) dan Guru Besar SK Sungai Melut (A). Murid-murid dikumpulkan terlebih dahulu di kantin sekolah sebelum di bawah masuk ke Bilik Kasturi untuk sesi taklimat bersama ibu bapa mereka yang dipengerusikan oleh adik Ameera binti Rajis bekas murid SK Bukit Tampoi (A) yang kini berada di Tingkatan 3 di SMK Dengkil. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pn. Salina, Pengtuan SMK Dengkil. Diikuti pula dengan ucapan daripada Pn. Radzilah, Ketua Pegawai Kanan JPN Selangor.

Semasa sesi taklimat, ibu bapa dan murid-murid di persembahkan dengan persembahan multimedia yang memaparkan kejayaan murid-murid Orang Asli yang pernah bersekolah di sekolah tersebut. Ia akan menjadi inspirasikan buat mereka untuk kekal belajar dalam sistem pendidikan Malaysia. Semoga program ini dapat mencapai sasaran 100% murid Orang Asli daripada Sekolah Murid Orang Asli meneruskan pelajaran ke sekolah menengah.