Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Sunday, October 29, 2017

PERTANDINGAN BADMINTON AMAL ANTARA MEDIA JEMPUTAN 2017


Pertandingan Badminton Amal Antara Media Jemputan 2017 telah diadakan pada 29 Oktober 2017 (Ahad) di Champion Arena, Kayu Ara, Ara Damansara. Turut hadir adalah penerima-penerima sumbangan dari SK Bukit Tampoi (A), SK Sungai Melut (A), SK Bukit Lanjan (A), NASOM dan Rumah Amal Al-Barakh.

Pertandingan amal ini telah dianjurkan oleh Perangsang Selangor yang telah sudi untuk memberikan sumbangan berupa 20 batang raket dan 3 tabung bulu tangkis kepada setiap penerima. 

SK Bukit Tampoi (A) telah diwakili oleh En. Farid Anwar bin Shaari (GPK Kokurikulum) dan beberapa orang murid. SK Bukit Tampoi (A) mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan peralatan badminton tersebut.

MAJLIS ANUGERAH LATIHAN PERSONEL NEGERI SELANGOR TAHUN 2017


Majlis Anugerah Latihan Personel Negeri Selangor Tahun 2017 telah diadakan pada 25 Oktober 2017 (Rabu) di Dewan Antares, Kolej Matrikulasi Selangor, Kuala Langat. SK Bukit Tampoi (A) telah diwakili oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar) sebagai penerima sijil penghargaan tersebut. Tahniah kepada Penyelaras dan AJK Latihan Personal SK Bukit Tampoi (A) kerana telah berjaya mencapai KPI Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Tujuan majlis ini diadakan bagi menghargai sekolah yang telah berjaya mencapai 100% latihan 7 hari bagi warga sekolah sehingga 31 Julai 2017. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh En. Shashim Shah bin Harun (Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor). Seramai 176 buah sekolah di seluruh negeri Selangor telah menerima sijil tersebut.

Wednesday, October 25, 2017

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017

Hari/Tarikh
Masa
Mata Pelajaran
ISNIN
(30/10/2017)
08.20 – 09.40
09.40 – 10.00
10.15 – 11.30
11.45 – 12.45
Bahasa Melayu (Pemahaman)
REHAT
Bahasa Melayu (Penulisan)
Sains (Kertas 1)
SELASA
(31/10/2017)
08.15 – 09.30
09.40 – 10.00
10.15 – 11.30
11.45 – 12.45
Bahasa Inggeris (Pemahaman)
REHAT
Bahasa Inggeris (Penulisan)
Sains (Kertas 2)
RABU
(01/11/2017)
08.15 – 09.15
09.30 – 10.30
10.10 – 10.30
10.30 – 01.00
Matematik (Kertas 1)
Matematik (Kertas 2)
REHAT
PdPc seperti biasa

Monday, October 23, 2017

KEMPEN MARI MINUM MILO






MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT DAN SIJIL KSSMOA PERINGKAT SELANGOR 2017


Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang telah berjaya mendapat pingat dalam acara masing-masing di dalam Kejohanan Sukan Sekolah Orang Asli (KSSMOA) Peringkat Negeri Selangor 2017. Kejohanan tersebut telah diadakan pada 9 dan 10 Oktober 2017 di Kelang, Selangor.


Pasukan Balapan dan Padang
( 2 Emas, 1 Perak & 2 Gangsa )



Pasukan Bola Baling Perempuan
( Tempat Keempat )


Pasukan Sepak Takraw
( Tempat Ketiga )




Tuesday, October 17, 2017

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2017 (KES CICIR)


Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) bagi tahun 2017 adalah bantuan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi sekolah rendah sebanyak RM100 bagi seorang murid. Sesi pertama penyerahan bantuan tersebut telah dilakukan pada bulan Mac 2017 kepada seramai 114 orang murid. 

Walau bagaimanapun, masih terdapat seramai 51 orang yang belum menerima bantuan tersebut. Justeru itu, pihak sekolah telah menghantar semua nama murid yang tercicir ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk penambahan bantuan.

Pada awal bulan Oktober 2017, satu senarai nama murid yang tercicir dalam penerimaan bantuan BKAP telah diterima oleh pihak sekolah. Maka, suatu majlis penyerahan telah diadakan pada 13 Oktober 2017 (Jumaat). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar) di Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Seramai 51 orang penerima telah datang untuk satu taklimat ringkas sebelum penyerahan bantuan tersebut dilakukan. Bantuan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang keperluan sekolah seperti alat tulis, pakaian sekolah dan keperluan sekolah yang lain. Selain daripada itu, ibu bapa diingatkan untuk menjelaskan sumbangan PIBG yang sebanyak RM20 untuk sebuah keluarga. 

Di akhir majlis tersebut ibu bapa dan penjaga dijemput ke kelas anak masing-masing untuk menerima bantuan daripada guru kelas tersebut. Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan oleh semua murid dalam membantu menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah.


Pendaftaran Ibu Bapa dan Penjaga


Kehadiran Ibu, Bapa dan Penjaga


Ucapan Aluan
(GPK Hal Ehwal Murid)


Ucapan Perasmian
(Guru Besar)



Penyerahan Bantuan oleh Guru Kelas




MAJLIS PENYERAHAN ELAUN KEDAP 2017


Kelas Dewasa Asli Pribumi (KEDAP) yang dijalankan di SK Bukit Tampoi (A) sejak bulan April lagi. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan peruntukan khas kepada semua pelajar yang hadir. Peruntukan khas yang diberikan dalam bentuk elaun ini bertujuan untuk menggantikan sumber pendapatan yang hilang dan sebagai motivasi untuk hadir belajar di sekolah.

Pada majlis penyerahan elaun KEDAP pada kali ini telah disampaikan oleh En. Azman Shah bin Mohd. Yunus (GPK Pentadbiran). Seramai 25 orang pelajar yang mendaftar telah menerima elaun masing-masing. Turut menerima elaun adalah guru-guru yang mengajar mereka.

Diharapkan agar dengan pemberian elaun ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga dalam menampung kos sara hidup. Justeru itu, pelajar-pelajar harus memberikan komitmen yang tinggi untuk meningkatkan pengetahuan agar kadar buta huruf dalam kalangan Orang Asli dapat dikurangkan demi masa depan masyarakat Orang Asli yang lebih gemilang.


GPK Pentadbiran 


Wakil Pelajar KEDAP


Wakil Guru KEDAP

Monday, October 16, 2017

LAWATAN KEDAP KE PULAU PINANG 2017


Kelas Dewasa Asli Pribumi (KEDAP) adalah kelas pengajaran dan pembelajaran bagi orang dewasa terutama bagi Orang Asli yang masih tidak tahu menulis dan membaca. Di dalam sukatan pembelajaran mereka perlu mengadakan lawatan sambil belajar. Tujuan aktiviti lawatan tersebut adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar mengenal dan menimba pengalaman baharu apabila melawat tempat-tempat bersejarah agar dapat diceritakan kepada anak-anak mereka.

Pada tahun ini, pelajar KEDAP telah mengadakan lawatan ke Pulau Pinang. Seramai 40 orang peserta telah menyertai rombongan tersebut. Mereka terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar KEDAP. Tujuan lawatan kali ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang negeri yang tiada penduduk Orang Asli. Selain daripada itu, mereka juga dapat mengenal pelbagai jenis kaum yang menghuni pulau tersebut, di samping dapat mengecapi keenakkan dan keunikan makanan di sana.

Lawatan yang selama 3 hari 2 malam ini telah bermula pada hari Jumaat pada pukul 11.00 malam dengan bertolak dari sekolah. Pelbagai tempat menarik yang mereka lawati seperti Jambatan Pulau Pinang, Padang Kota, Muzium 3D, Menara Komtar dan Bukit Bendera.  Selain daripada itu, mereka turut dapat merasai makanan unik seperti rojak pasembor, jeruk dan nasi kandar. Mereka turut membeli beberapa jenis makanan sebagai buah tangan dari Pulau Pinang. Semoga lawatan ini dapat memberi banyak manfaat kepada para pelajar KEDAP terutamanya.


Bukit Bendera



Nasi Kandar




Muzium 3D


HARI SUKAN NEGARA 2017


Hari Sukan Negara merupakan aktiviti tahunan yang disyorkan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia pada minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Pada tahun ini, Hari Sukan Negara diadakan pada 14 Oktober 2017 (Sabtu) di SK Bukit Tampoi (A).

Pada tahun ini, unit sukan telah menjemput pelajar-pelajar KEDAP untuk turut sama menjayakan aktiviti tersebut. Mereka telah datang seawal pukul 7.40 pagi untuk menyertai murid dan guru dalam aktiviti senamrobik. Aktiviti senamrobik telah dibimbing oleh seorang jurulatih yang dijemput khas.

Aktiviti seterusnya adalah latihan sukan bagi persiapan dan persediaan murid untuk menghadapi hari sukan tahunan yang bakal berlangsung pada awal bulan November 2017. Dengan peluang ini murid boleh menunjukkan bakat masing-masing untuk dipilih sebagai wakil rumah sukan masing-masing. Semoga semua guru, ibu bapa, pelajar KEDAP dan murid-murid akan meneruskan aktiviti sukan ini untuk menjadi seorang insan yang sihat dan cergas. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.





Pelajar KEDAP


Guru Besar dan guru-guru


Aktiviti Senamrobik


Latihan Sukan


Jurulatih

KARNIVAL TUNAS MINI OLIMPIK PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2017


Karnival Tunas Mini Olimpik (KATMO) peringkat negeri Selangor telah diadakan pada 11 Oktober 2017 (Rabu) di Sabak Bernam. SK Bukit Tampopi (A) telah menghantar sepasukan sepak takraw bawah 11 untuk pertandingan timang-timang bola. 

Mereka terdiri daripada Razanim, Ijasrul dan Jonathan yang diiringi oleh En. Farid Anwar (GPK Kokurikulum). Keputusannya agak mendukacitakan kerana pasukan kita tewas di peringkat kumpulan. 

Walau bagaimanapun, kita masih mempunyai banyak masa kerana pasukan yang dihantar ini terdiri daripada murid-murid 11 tahun. Tahun hadapan mereka masih berpeluang untuk menyertai pertandingan lain pula. Semoga pasukan kita akan lebih mantap dan kuat untuk saingan yang akan datang.