Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Anugerah. Show all posts
Showing posts with label Anugerah. Show all posts

Sunday, October 29, 2017

MAJLIS ANUGERAH LATIHAN PERSONEL NEGERI SELANGOR TAHUN 2017


Majlis Anugerah Latihan Personel Negeri Selangor Tahun 2017 telah diadakan pada 25 Oktober 2017 (Rabu) di Dewan Antares, Kolej Matrikulasi Selangor, Kuala Langat. SK Bukit Tampoi (A) telah diwakili oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar) sebagai penerima sijil penghargaan tersebut. Tahniah kepada Penyelaras dan AJK Latihan Personal SK Bukit Tampoi (A) kerana telah berjaya mencapai KPI Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Tujuan majlis ini diadakan bagi menghargai sekolah yang telah berjaya mencapai 100% latihan 7 hari bagi warga sekolah sehingga 31 Julai 2017. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh En. Shashim Shah bin Harun (Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor). Seramai 176 buah sekolah di seluruh negeri Selangor telah menerima sijil tersebut.

Saturday, May 27, 2017

PROGRAM SLAMAT AIK JADIK & KEHADIRAN PENUH 100% BIL.1/2017


Kehadiran murid ke sekolah merupakan satu isu penting bagi sekolah Orang Asli. Justeru itu, pihak sekolah telah memperkasa Program Jom Ke Sekolah dengan memberi Anugerah Kehadiran Penuh 100% kepada mana-mana murid yang hadir ke sekolah setiap hari tanpa cuti.

Ini merupakan inisiatif pihak sekolah bagi menarik minat murid untuk terus datang ke sekolah. Mereka digalakkan ke sekolah untuk menuntut ilmu dan mengikuti aktiviti-aktiviti yang menarik yang disediakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah juga telah bertungkus-lumus memastikan semua murid hadir ke sekolah dengan menyediakan pelbagai aktiviti dan program yang menarik.

Majlis ini telah dihadiri oleh En. Ilam bin Senin (YDP PIBG), para pentadbir, guru-guru dan semua murid. YDP PIBG telah berbesar hati untuk merasmikan majlis tersebut. Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada murid-murid yang hadir 100% ke sekolah.

Selain daripada itu, dalam majlis yang sama turut diadakan Majlis Slamat Aik Jadik yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi meraikan murid-murid yang dilahirkan dalam tempoh bulan Januari hingga Mei. Mereka diraikan dengan memotong kek yang disediakan oleh Unit Hal Ehwal Murid. Sebanyak 15 biji kek telah disediakan untuk dirasai oleh semua murid yang diraikan serta murid-murid lain. 

Guru Besar telah sudi untuk bermain gitar sambil memainkan lagu Slamat Aik Jadik sambil para hadirin menyanyikan lagu tersebut. Di akhir majlis, semua hadirin dijemput menjamu selera dengan kek yang telah dipotong. Semoga dengan adanya anugerah dan aktiviti seperti ini akan meningkatkan kehadiran murid sekolah.


 Kehadiran Para Jemputan



Pengacara Majlis & Pembaca Doa


Guru Besar
Ucapan Pentadbir


YDP PIBG
Ucapan Perasmian


Anugerah Kehadiran Penuh 100%


 

Tahun 6


Tahun 5


Tahun 3


Tahun 2


Tahun 1

Monday, August 22, 2016

ANUGERAH KEHADIRAN LEBIH 85%


Anugerah Kehadiran Lebih 85% diwujudkan untuk memberi penghargaan kepada kelas yang mencapai kehadiran melebihi 85% setiap bulan. Selain itu, ia turut menyuntik semangat kepada murid-murid lain untuk terus hadir ke sekolah. Augerah yang diwujudkan oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM) bertujuan untuk menggalakkan murid supaya hadir ke sekolah setiap hari. 


Justeru itu, Unit HEM telah merancang pelbagai program dan aktiviti yang menarik untuk disertai di samping hadiah-hadiah yang menarik. Harapan kami agar sekolah ini mencapai peratus kehadiran melebihi 85% keseluruhannya.