Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, June 29, 2022

MINGGU ANTIDADAH SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2022

 

Minggu Antidadah SK Bukit Tampoi (A) telah diadakan pada 27 dan 28 Jun 2022. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya mengadakannya dengan jayanya melalui kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cawangan Sepang.

Minggu Antidadah ini telah dirasmikan oleh En. Farid Anwar bin Shaari (GPK Hal Ehwal Murid). Pelbagai aktiviti menarik sepanjang dua hari pelaksanaannya seperti ceramah, pameran dan pertandingan mewarna.

Tahniah diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana telah berjaya mengadakan kembali program ini setelah hampir dua tahun tidak dapat mengadakannya. Terima kasih diucapkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan kerana sudi bekerjasama dengan sekolah kami bagi memberikan pendidikan penyalahgunaan dadah kepada murid-murid SK Buikt Tampoi (A).

Harapan kami agar pendidikan luar bilik darjah ini dapat memberikan kesedaran tentang bahaya dadah kepada diri, keluarga, masyarakat dan negera. Semoga slogan "Hidup Sejahtera Tanpa Dadah" dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian murid-murid di sini.

#jomsting 













KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD SEPANG TAHUN 2022

 

Kejohanan Merentas Desa MSSD Sepang telah diadakan pada 28 Jun 2022 bertempat di Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi. SK Bukit Tampoi (A) turut menghantar enam orang atlet sekolah bagi menyertai kejohanan tersebut.

Ini merupakan kejohanan pertama diadakan selepas hampir dua tahun tidak dapat diadakan. Walaupun jarak larian pada kali ini dipendekkan, namun atlet kita masih belum mampu menandingi atlet sekolah-sekolah lain.

Jadikan ini sebagai pengalaman untuk ke pertandingan pada masa akan datang. Semoga kejohanan seperti ini dapat dijalankan pada tahun akan datang demi melahirkan atlet yang lebih berkualiti pada masa akan datang.

#jomsting #jomlibas


PEMBERIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAGI KES CICIR TAHUN 2022

 
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah diberikan kepada tiga orang ibu bapa yang hadir untuk menerimanya di sekolah. Mereka adalah penerima BAP yang tercicir disebabkan kelewatan mendaftarkan anak ke sekolah ini.

Walau bagaimanapun, pihak sekolah sentiasa prihatin akan kebajikan murid-murid Orang Asli yang memerlukan bantuan tersebut untuk membantu membelli peralatan persekolahan anak masing-masing. Semoga bantuan yang diberikan oleh KPM ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin demi kemenjadian murid sekolah ini.

#jomsting #jombantu

Thursday, June 23, 2022

PEMANTAUAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN PROGRAM DAKWAH ISLAM TAHUN 2022

 
Pemantauan Panitia Pendidikan Islam dan Program Dakwah Islam bagi tahun 2022 telah dilaksanakan oleh Ustaz Mohd Faizal bin Husin, Penolong PPD Unit Pendidikan Islam Sektor Pembelajaran PPD Sepang. Pemantauan telah dilaksanakan pada 21 Jun 2022 (Selasaa).

Hasil pemantauan mendapati, panitia Pendidikan Islam telah mencapai tahap baik dari segi pelaksanaan Program Dakwah Islam dan pengurusan panitia Pendidikan Islam di sekolah. Tahniah dan syabas kepada GPK Pentadbiran, Ketua Panitia Pendidikan Islam dan guru-guru Pendidikan Islam SK Bukit Tampoi (A) kerana telah berjaya mematuhi tatacara pengurusan panitia dengan baik.

Teruskan kecemerlangan panitia ke arah memantapkan lagi pengurusan panitia. Terima kasih diucapkan kepada Unit Pendidikan Islam Sektor Pembelajaran PPD Sepang kerana sudi melakukan kunjung bantu ke SK Bukit Tampoi (A) untuk membantu menambahbaik pengurusan panitia sekolah ini.

Monday, June 20, 2022

PEMENANG PERTANDINGAN BULAN BAHASA SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2022

 


Membentuk Objek (Prasekolah)


Find The Missing Alphabet (Preschool)

1.       Syuqrina Iqki Visnilla

2.       Roshazarrieyna Abdullah

3.       Ahmad Azim Yusuf

1.       Ahmad Azim Yusuf

2.       Su Mulan

3.       Syuqrina Iqki Visnilla

Tulisan Cantik (Tahun 1)

Colouring (Year 1)

1.       Rafiena Zulia Anak Zul

2.       Dominic Theo

3.       Hasrehuzaimandainel a/l Lee

1.       Adrian Adri

2.       Rafiena Zulia

3.       Dominic Theo

Tulisan Cantik (Tahun 2)

Word Search (Year 2)

1.       Muhammad Aniq Haziq

2.       Anadelivia Willtah

3.       Wanissa binti Apong

1.       Muhammad Aniq Haziq

2.       Kaynel Aldyrell Affian

3.       Sri Diana Sauqiah

Pantun (Tahun 3)

Read and Colour (Year 3)

1.       Jennifer

2.       Shafiq Kyle

3.       Shahrizal

1.       Jennifer Petrus

2.       Darmizi Anak Jamal

3.       Nor Azlina

Tulis Berangkai (Tahun 4)

Word Search (Year 4)

1.       Phasya Zalynn

2.       Eryna Farithah

3.       Nor Adhaniya

1.       Eryna Fatihah

2.       Nor Adhaniya

3.       Phasya Zalynn

Tulis Berangkai (Tahun 5)

Word Search (Year 5)

1.       Chahaya

2.       Mia Sarahelisa

3.       Syila Asykin

1.       Chahaya

2.       Rizky Aidil Putra

3.       Dania Batrisya

Tulis Berangkai (Tahun 6)

Word Search (Year 6)

1.       Siti Ariyana

2.       Marisha

3.       Christira

1.       Mazlina

2.       Muhammad Calif Hairi

3.       Christira

Deklamasi Sajak (Tahun 5)

 

1.       Chahaya

2.       Aina

3.       Muhammad Sazali

 

Deklamasi Sajak (Tahun 6)

 

1.       Siti Ariana

2.       Christira

3.       Jumia

 

Sunday, June 19, 2022

MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUKIT TAMPOI (A) 2022


Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Tampoi (A) kali ke-29 bagi tahun 2022 telah diadakan pada 18 Jun 2022 (Sabtu) bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Ini merupakan mesyuarat kali pertama diadakan secara bersemuka di kantin sekolah setelah hampir dua tahun tidak dapat diadakan kerana pandemik Covid-19.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh En. Ahmad Azri bin Zainal Nor (Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI). Selain dijemput sebagai perasmi mesyuarat agung, beliau juga turut merasmikan gelanggang sepak takraw baharu yang ditaja oleh MBI. Pada majlis ini juga, beliau turut menghulurkan sumbangan khas kepada PIBG SK Bukit Tampoi (A) sebanyak lima ribu ringgit untuk membantu pihak sekolah.

Kehadiran ibu bapa dan penjaga pada mesyuarat kali ini sangat menggalakkan. Turut hadir memeriahkan majlis adalah En. Muhammad Razaki (Pegawai Jakoa Sepang), Tok Batin dari KOA Kolam Air Bangkong dan KOA Bukit Baja serta Pengerusi Jawatankuasa KOA Bukit Tampoi dan KOA Kolam Air Bangkong. 

Mesyuarat agung tahun ini berjalan lancar dengan ahli mesyuarat memberikan pandangan dan pendapat untuk membangunkan sekolah ini. Pada akhir mesyuarat, para hadirin berpeluang untuk mendapatkan cabutan bertuah yang disediakan khususnya kepada ibu bapa yang hadir.

Semoga dengan terlaksananya mesyuarat agung ini dapat membantu pihak sekolah menyelesaikan beberapa masalah yang timbul dengan kerjasama semua pihak. Kerjasama ini amat penting bagi menjamin proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para jemputan, guru-guru dan ibu bapa kerana sudi datang pada mesyuarat agung tahun ini demi menjadikan sekolah ini sekolah yang gemilang dan murid yang terbilang. Sampai kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.

Monday, June 13, 2022

PENYERAHAN KAD DEBIT YAYASAN MYKASIH KEPADA MURID SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2022


Penyerahan Kad Debit Yayasan MyKasih telah diserahkan kepada murid SK Bukit Tampoi (A) pada 3 Jun 2022 (Jumaat). Seramai 76 orang murid yang layak untuk menerima sumbangan tersebut bagi fasa 1 tahun 2022 ini. 

Penerima yang terpilih perlu berpendapatan RM2500 dan ke bawah untuk melayakkan mereka menerima sumbangan tersebut. Murid yang layak akan menerima sekeping kad debit yang bernilai RM60 sebulan. Kad debit ini hanya boleh digunakan di kantin sekolah SK Bukit Tampoi (A) sahaja.

Murid boleh menggunakan kad debit ini untuk membeli barangan di kantin sekolah dan barangan keperluan sekolah yang lain. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan MyKasih kerana telah memilih sekolah ini sebagai rakan strategik untuk membantu murid-murid Orang Asli di Selangor ini.

Semoga pemberian kad debit ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh murid-murid SK Bukit Tampoi (A) untuk kegunaan mereka di kantin sekolah. Harapan kami agar murid sekolah ini mendapat manfaat daripada program bersama Yayasan MyKasih.

#jomstings #jombantu


Friday, June 3, 2022

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2022

 

Kejohanan Merentas Desa SK Bukit Tampoi (A) Tahun 2022 telah dijalankan pada 3 Jun 2022 (Jumaat) pada pukul 8.00 pagi. Setelah hampir 2 tahun kejohanan ini tidak dapat dilaksanakan kerana pandemik Covid-19. Murid-murid berasa amat gembira kerana akhirnya aktiviti ini dapat dilaksanakan terutamanya murid Tahun 3 yang pertama kali menyertai kejohanan ini.

Sebelum para peserta dilepaskan, mereka perlu melalui aktiviti memanaskan badan dengan menyertai senamrobik yang dipimpin oleh Pn. Hamizan. Selain murid-murid, guru-guru turut sama menyertai senamrobik ini yang bertujuan untuk mengelakkan kekejangan semasa larian.

SK Bukit Tampoi (A) berasa amat berbesar hati dan berterima kasih kepada En. Ilam bin Senin (YDP PIBG) yang sudi hadir untuk merasmikan kejohanan ini. Beliau turut melepaskan para peserta larian pada pagi tadi. Guru-guru yang ditugaskan untuk menjaga titik semak (check point) telah menjalankan tugas mereka dengan baik sekali.

Walaupun jarak larian pada kali ini dikurangkan sedikit daripada sebelumnya tetapi larian kali ini sedikit mencabar kerana laluan yang dilalui sedang dinaiktaraf. Justeru itu, para peserta perlu lebih berhati-hati ketika melalui jalan tersebut. 

Akhirnya, para peserta berjaya menamatkan larian tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Murid-murid dikumpulkan di kantin bagi memberi peluang semua murid menghabiskan larian mereka. Di samping itu, para peserta disajikan dengan air untuk menghilangkan dahaga daripada larian yang memenatkan.

Setelah semua peserta menamatkan larian, murid-murid dikumpulkan semula di tapak perhimpunan untuk majlis penyampaian hadiah. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YDP PIBG diiringi oleh Guru Besar SK Bukit Tampoi (A). Pemenang tempat pertama kategori lelaki dirangkul oleh adik Rosyam Daniel manakala kategori perempuan dimenangi oleh adik Aina.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang kategori lelaki dan perempuan. Hadiah-hadiah yang disediakan adalah bagi 10 peserta yang menamatkan larian paling awal bagi setiap kategori. Ucapan ribuan terima kasih juga turut diberikan kepada PIBG SK Bukit Tampoi (A) kerana membiayai sebahagian daripada peruntukan kejohanan ini. 

Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru dan staf yang mengambil bahagian dalam memastikan keselamatan dan kelancaran kejohanan berjalan dengan baik. Semoga atlet-atlet yang dilahirkan akan memberi sinar harapan kepada sekolah di pertandingan merentas desa peringkat daerah pula.  #jomstings #jomlibas #skbta