Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, February 20, 2023

MAJLIS APRESIASI SEKOLAH 2022


Majlis Apresiasi Sekolah 2022 telah dilaksanakan oleh SK Bukit Tampoi (A) pada 16 Februari 2023 (Khamis) bertempat di Dewan Terbuka SK Bukit Tampoi (A). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Lukman bin Abdullah (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sepang). Turut hadir pada majlis tersebut adalah wakil Yayasan SP Setia, Pegawai JAKOA, Tok Batin dan Pengerusi KOA.

Ini merupakan majlis apresiasi pertama yang diadakan selepas pandemik Covid-19 yang telah melanda negara beberapa tahun lepas. Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan murid-murid yang berjaya di dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

Ibu bapa turut dijemput hadir bagi bersama-sama meraikan kejayaan anak mereka. Selain daripada itu, murid-murid turut diberi peluang untuk mengadakan persembahan seliangan semasa majlis tersebut. Semoga dengan mengadakan majlis apresiasi ini dapat meningkatkan prestasi anak-anak Orang Asli untuk lebih berjaya di masa akan datang.

CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2022/2023