Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, February 28, 2017

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE PRASEKOLAH KPM TAHUN 2018

Permohonan kemasukan murid ke Prasekolah KPM bagi sesi persekolahan tahun 2018 akan dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 31 Mei 2017. Permohonan secara dalam talian boleh dibuat melalui https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 1 Mac 2017 hingga 31 April 2017, manakala secara manual boleh dibuat mulai 1 Mac 2017 hingga 31 Mei 2017 dengan menghantar borang permohonan ke sekolah yang dimohon.


Syarat Kemasukan
  1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
  2. Kanak-kanak yang mencapai umur empat tahun pada 1 Januari tahun persekolahan semasa (Bagi kohort 3+ kanak-kanak yang lahir pada hingga 15 Januari juga dibenarkan untuk memohon).
  3. Pemilihan murid adalah berdasarkan merit.

Tindakan Selepas Mendaftar Secara Dalam Talian (Online)
  1. Ibubapa/Penjaga dikehendaki ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan Permohonan.
  2. Sila bawa bersama cetakan permohonan secara online semasa membuat penghantaran permohonan disekolah yang dipohon.

Monday, February 27, 2017

PROGRAM INTERVENSI LINUS : PELANCARAN PROGRAM HARAPAN LINUS 2017


Program Harapan Linus 2017 merupakan sebuah program yang telah dirancang oleh Unit Linus untuk membantu meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran membaca dan mengira. Selain daripada itu, program ini dapat memberi tumpuan yang maksima kepada murid yang lemah kerana ianya dijalankan dalam kumpulan kecil.


Majlis pelancaran Program Harapan Linus 2017 telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zaidi bin Chenomi. Beliau ialah Penyelaras Linus PPD Sepang yang dihadir bagi mewakili Pegawai PPD Sepang.


Pengacara Majlis


Ucapan Guru Besar


Ucapan Perasmian


Gimik Perasmian


Friday, February 24, 2017

MAJLIS PENYERAHAN BKAP1M 2017



Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 pada setiap tahun. Setiap murid yang layak akan diberi sebanyak RM100 seorang. Bantuan diberikan kepada murid dengan pendapatan keluarga yang kurang daripada RM3000.




Pada hari ini, SK Bukit Tampoi (A) telah menyampaikan bantuan BKAP1M kepada 114 orang murid, manakala selebihnya seramai 51 orang murid akan diberikan selepas data pendapatan keluarga disahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Bantuan ini telah diserahkan kepada ibu bapa murid oleh guru-guru kelas di kelas masing-masing.



Tujuan pemberian bantuan BKAP1M adalah untuk membantu keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah membeli kelengkapan sekolah seperti buku tulis, alat tulis, pakaian sekolah dan t-shirt sukan dan unit beruniform. Selain daripada itu,  ibu bapa turut diingatkan untuk melunaskan sumbangan PIBG yang sebanyak RM20 bagi setiap keluarga.



Majlis yang bermula pada pukul 9.00 pagi telah dirasmikan oleh En. Mohd. Rahman bin Rabingan (Guru Besar) di samping memberi taklimat ringkas berkaitan pengenalan, tujuan dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa dengan bantuan BKAP1M yang diperoleh. Semoga bantuan yang diberikan dapat digunakan untuk kebajikan murid-murid untuk meringankan beban ibu bapa dan keluarga. 



Monday, February 20, 2017

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2017

Program NILAM merupakan suatu program galakkan murid membaca. Program ini terbuka kepada semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Mereka cuma perlu menulis laporan bahan bacaan yang telah dibaca dan disahkan oleh guru.


Pelancaran program ini telah dibuat semasa perhimpunan rasmi pada hari ini. En. Azman Shah bin Mohd. Yunus (PK Pentadbiran) telah merasmikan pelancaran program NILAM tersebut. Dengan perasmian program tersebut, maka semua murid boleh mula membaca apa-apa bahan bacaan seperti buku cerita, majalah, jurnal, artikel dan sebagainya.


Unit Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang merupakan penyelaras program telah menyediakan hadiah yang menarik bagi menggalakkan murid untuk membaca. Hadiah akan disampaikan pada akhir tahun semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Semoga semua murid SK Bukit Tampoi (A) mengambil peluang ini untuk membaca bagi menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan minat membaca murid.

PEMANTAUAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Pagi ini SK Bukit Tampoi (A) telah dikunjungi oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Sepang yang diketuai oleh En. Alias bin Awang (Ketua Penolong PPD Pengurusan Akademik) . Beliau dan beberapa orang pegawai-pegawainya telah datang ke sekolah bertujuan untuk memantau pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21). Semua pegawai diminta untuk membuat pemantauan ke dalam semua kelas untuk melihat persiapan kelas dan murid dalam merealisasikan PAK 21. 

Setelah selesai pemantauan ke kelas, mereka telah mengadakan taklimat kepada semua guru di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Terima kasih di atas kunjungan En. Alias dan semua pegawai PPD Sepang ke sekolah kami demi kemajuan sekolah amnya dan murid-murid khususnya.

MESYUARAT PIBG BILANGAN 1 TAHUN 2017

Mesyuarat PIBG Bil.1/2017 telah diadakan pada 19 Februari 2017 (Ahad) di kantin sekolah. Mesyuarat telah bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari. Tahniah di atas lantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2017/2018. Semoga tuan/puan dapat menjalankan tugas bagi memajukan murid-murid SK Bukit Tampoi (A).

Monday, February 13, 2017

PENYAMPAIAN HADIAH SEPAK TAKRAW MSSD 2017


Pasukan A yang memenangi Tempat ke-3


Pasukan A dan B bersama Jurulatih





PROGRAM INTERVENSI LINUS : PELANCARAN PROGRAM LINUS SIFAR 2017

Pelancaran Program Linus Sifar merupakan suatu program yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Sepang diselaraskan oleh Unit Pemulihan dan LINUS. Program diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan prestasi Linus di sekolah-sekolah daerah Sepang melalui pengaplikasian Headcount.

Perasmian di peringkat SK Bukit Tampoi (A) telah disempurnakan oleh En. Mohd. Rahman bin Rabingan, Guru Besar SK Bukit Tampoi (A). Penyelaras program ini ialah Pn. Itaerdayu yang juga Guru Pemulihan dengan kerjasama dan bantuan Pn. Siti Najlaa. Semoga pelaksanaan program ini dapat membantu meningkatkan pencapaian Linus sekolah ini.


Guru Bahasa Melayu (Tahun 1)


Guru Bahasa Melayu (Tahun 2)


Guru Matematik (Tahun 1, 2, 3)


Guru Bahasa Inggeris (Tahun 1)


Guru Bahasa Inggeris (Tahun 3)


Guru Bahasa Melayu (Tahun 3)

Wednesday, February 8, 2017

CUTI THAIPUSAM DAN CUTI PERISTIWA 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa SK Bukit Tampoi (A) akan bercuti selama 2 hari iaitu pada 9 dan 10 Februari 2017. Pada 9 Februari 2017 (Khamis) merupakan Hari Thaipusam manakala pada 10 Februari 2017 (Jumaat) adalah Cuti Peristiwa sempena Hari Moyang bagi masyarakat Orang Asli.

Namun begitu operasi pejabat sekolah berjalan seperti biasa pada 10 Februari 2017 (Jumaat). Waktu urusan pejabat adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sekolah akan dibuka semula pada 13 Februari 2017 (Isnin). Harapan kami agar para ibu bapa dan penjaga dapat memastikan kehadiran anak masing-masing pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.

Monday, February 6, 2017

PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2017


Buku Program Jom Ke Sekolah


2 Minit Anti Dadah


Ikrar Murid


Bacaan Doa


Perutusan Ketua Polis Negara


Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia



Penyerahan Peti Aduan Murid



Teks Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia dan Ketua Polis Negara