Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Pemulihan. Show all posts
Showing posts with label Pemulihan. Show all posts

Tuesday, May 24, 2022

PEMANTAUAN KELAS PEMULIHAN 2022

 

Pemantauan Kelas Pemulihan telah dijalankan oleh Pn. Wan Munirah, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran PPD Sepang. Tujuan pemantauan adalah untuk meneliti proses kerja Guru Pemulihan dari pelbagai aspek. 

Pemantauan berkala yang dilakukan oleh PPD Sepang adalah untuk memastikan semua prosedur operasi standard diikuti dengan mematuhi surat pekeliling ikhtisas yang sedang berkuatkuasa. Di samping itu, pemantauan ini dapat membantu pihak sekolah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang boleh ditambahbaik.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Wan Munirah kerana sudi datang ke sekolah ini, demi untuk membantu pihak sekolah menjadi lebih baik dari segi pengurusan kelas pemulihan. Diharapkan agar segala ilmu yang diberikan menjadi tunjuk ajar kepada kami pada masa akan datang.  

#jomstings #jombantu

Thursday, April 5, 2018

PROGRAM OUTREACH BIL.1/2018


Program Outreach Bil.1/2018 telah dilakukan ke atas empat orang murid dari Tahun 3. Mereka adalah Siti Suhaidah, Syafiq Wong, Junairi dan Yusri yang diiringi oleh Pn. Itaerdayu dan Pn. Siti Najlaa sebagai guru pemulihan. program ini telah dijalankan di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) yang terletak di Kementerian Pendidikan Malaysia, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas merupakan pusat khidmat setempat yang menyediakan perkhidmatan sokongan berbentuk intervensi, rehabilitasi, dan konsultasi dalam bidang khusus iaitu Audiologi, Psikologi, Patologi Pertuturan Bahasa, Terapi Carakerja dan Peripatetik.

Keputusan pemeriksaan ke atas 4 orang murid ini adalah mereka dikategorikan sebagai Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang mempunyai masalah pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, mereka akan dikecualikan daripada mengambil Saringan Linus yang sedang dilakukan di sekolah.

Tuesday, July 25, 2017

KEM IMPAK OUTREACH PPD SEPANG 2017


Pada 24 Julai 2017 (Isnin), Unit Pemulihan SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar dua orang murid pemulihan untuk mengikuti Kem Impak Outreach 2017 yang diadakan di PKG SRA Jenderam Hulu. Turut mengiringi mereka adalah dua orang guru pemulihan yang turut membantu pengurusan kem sebagai ahli jawatankuasa.

Dua orang murid yang terlibat adalah Ezan Anak Rajes dan Effitrus Bin Atan daripada Tahun 3 Melati. Mereka dalah sebahagian daripada murid pemulihan yang dipilih untuk menyertai kem tersebut. Keputusannya mereka dikategorikan sebagai murid lemah dan bukan Murid Berkeperluan Khas (MBK). 

Terima kasih kepada guru-guru pemulihan kerana telah bersusah payah menghantar dan mengendalikan kem dengan dedikasi. Semoga usaha unit pemulihan untuk mengeluarkan murid pemulihan ke arus perdana mencapai objektifnya.










Friday, May 26, 2017

PROGRAM OUTREACH BIL. 2 TAHUN 2017


Program Outreach Bil. 2 Tahun 2017 adalah kesinambungan kepada Program Outreach Bil. 1 Tahun 2017 yang diadakan di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. Seramai dua orang murid yang terpilih untuk mengikuti pemeriksaan di Klinik Dengkil. Turut hadir adalah guru besar, GPK HEM, guru pemulihan dan ibu bapa murid. Tujuan murid dihantar ke klinik adalah untuk membuat pemeriksaan tahap kesihatan murid sama ada dikategorikan sebagai Murid Berkeperluan Khas (MBK). Murid diuji dari segi pendengaran dan penglihatan. Keputusannya dua orang murid kita disahkan bukan murid MBK.







Thursday, May 4, 2017

PROGRAM OUTREACH LINUS 2.0 NKRA DAERAH SEPANG TAHUN 2017


Program Outreach Linus 2.0 bagi tahun 2017 telah diadakan di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 3 Mei 2017 (Rabu). Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti murid tersebut mempunyai ciri-ciri Murid Berkeperluan Khas (BPK). Unit Linus dan Pemulihan telah menghantar dua orang murid yang tidak menguasai Linus 2.0 tahun 2016 untuk menjalani ujian tersebut. Mereka ialah Nurashikin dan Ezan dari Tahun 3 Melati. Guru yang mengiring mereka ialah Pn. Itaerdayu (Guru Pemulihan) dan Pn. Siti Najlaa (Urusetia).

Thursday, April 27, 2017

PROGRAM MUDIK KE HULU BIL.3 TAHUN 2017


Unit HEM dengan kerjasama guru besar, guru kaunseling dan guru Linus telah menjalankan program Mudik Ke Hulu  dan Program Intervensi Linus 2.0 untuk mengesan murid tidak hadir tegar di Kampung Orang Asli (KOA) Kolam Air Bangkung (Dengkil), KOA Bukit Jenok (Jenderam Hilir) dan KOA Bukit Baja (Cyberjaya) di daerah Sepang. Selain daripada itu, program ini juga merupakan program sokongan kepada Program Intervensi Linus 2.0 yang bertujuan untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi.


Senarai murid yang terlibat ialah Rajimi bin Apeng (KOA Kolam Air Bangkong), Norashikin bt. Abdullah (KOA Bukit Jenok), Norliza binti Esam (KOA Bukit Baja) dan Ezareen binti Asril (KOA Bukit Baja). Rajimi adalah murid Tahun 4 Semarak, manakala Norashikin dan Ezareen adalah murid Tahun 3 Melati serta Norlliza adalah murid Tahun 2 Mawar.


Terdapat kekangan di mana ada murid berpindah dan tidak menetap di kampung asal tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pentadbiran sekolah. Situasi ini merupakan cabaran utama dan menjadi punca kepada masalah keciciran tidak hadir ke sekolah dan tidak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi.


Monday, February 13, 2017

PROGRAM INTERVENSI LINUS : PELANCARAN PROGRAM LINUS SIFAR 2017

Pelancaran Program Linus Sifar merupakan suatu program yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Sepang diselaraskan oleh Unit Pemulihan dan LINUS. Program diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan prestasi Linus di sekolah-sekolah daerah Sepang melalui pengaplikasian Headcount.

Perasmian di peringkat SK Bukit Tampoi (A) telah disempurnakan oleh En. Mohd. Rahman bin Rabingan, Guru Besar SK Bukit Tampoi (A). Penyelaras program ini ialah Pn. Itaerdayu yang juga Guru Pemulihan dengan kerjasama dan bantuan Pn. Siti Najlaa. Semoga pelaksanaan program ini dapat membantu meningkatkan pencapaian Linus sekolah ini.


Guru Bahasa Melayu (Tahun 1)


Guru Bahasa Melayu (Tahun 2)


Guru Matematik (Tahun 1, 2, 3)


Guru Bahasa Inggeris (Tahun 1)


Guru Bahasa Inggeris (Tahun 3)


Guru Bahasa Melayu (Tahun 3)

Monday, June 20, 2016

PROGRAM OUTREACH LINUS 2.0 NKRA PPD SEPANG 2016


Program Outreach merupakan satu program pemulihan bagi LINUS 2.0 untuk mengenal pasti murid-murid yang mempunyai ciri-ciri murid berkeperluan khas. Justeru itu, SK Bukit Tampoi (Asli) telah diarahkan oleh PPD Sepang untuk menghantar tiga orang murid Tahun 3 iaitu Faizal Kanting, Zahrulnizam Philip dan Rajimi Apeng untuk dinilai. 


Program tersebut telah dilaksanakan di Bahagian Pendidikan Khas Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut mengiring murid-murid tersebut adalah Pn. Siti Najlaa (Guru Pemulihan) dan En. Mohd. Rahman (Guru Besar).