Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, December 26, 2023

CUTI PENGGAL 3 SESI 2023/2024

 

PERKHEMAHAN PERDANA SEKOLAH TAHUN 2023


Perkhemahan Perdana SK Bukit Tampoi (A) telah diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2023 di IPGM Kampus Bangi. Ini merupakan kerjasama yang julung kali diadakan dengan IPG dalam bidang kokurikkulum. Terima kasih kepada En. Muhammad Fairuz (GPK Kokurikulum) dan En. Halimi Pensyarah IPG) kerana berjaya menganjurkan perkhemahan ini.

Selain daripada itu, perkhemahan ini turut mendapat kerjasama dengan Sekriteriat KRS Daerah Sepang kerana terlibat secara langsung dalam program ini. Tujuan keterlibatan Sekriteriat KRS ini adalah untuk ujian kenaikan pangkat dalam TKRS. Terima kasih diucapkan kepada En. Ahmad Fuad mewakili sekriteriat dalam perkhemahan ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan bimbingan daripada fasilitator (penuntut IPG) yang telah memberi tunjuk ajar berkaitan mendirikan khemah, masakan rimba, simpulan dan ikatan serta aktiviti malam kebudayaan.

Para peserta perkhemahan yang seramai 36 orang murid yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 berasa amat teruja dan gembira kerana diberi peluang untuk menyertai perkhemahan ini. Mereka sentiasa komited untuk menjalankan setiap aktiviti yang telah dirancang. Pada penghujung perkhemahan ini telah diadakan majlis penyampaian sijil kepada semua peserta perkhemahan ini. Majlis telah disempurnakan oleh En. Tamizi selaku Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Bangi.

Terima kasih kepada IPGM Kampus Bangi kerana menyediakan tempat dan fasilitator untuk program ini. Tidak dilupakan juga Sekriteriat KRS Daerah Sepang kerana menjadi juri untuk ujian kenaikan pangkat TKRS serta guru-guru SK Bukit Tampoi (A) kerana menjayakan perkhemahan ini dengan cemerlang. Semoga perkhemahan ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.


Ujian Bertulis


Taklimat Keselamatan


Mendirikan Khemah


Masakan Rimba


Ikatan & Simpulan


Kawad Kaki


Ujian Kecergasan


Malam Kebudayaan


Majlis Penutupan

PELANCARAN KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN VAPE KPM TAHUN 2023

 

Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 telah dilancarkan pada 12 Disember 2023 (Selasa) di seluruh sekolah di Malaysia. Pelancaran kempen di SK Bukit Tampoi (A) telah diadakan pada tarikh tersebut.

Pelancaran kempen ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, yang teksnya telah dibacakan oleh Guru Besar SK Bukit Tampoi (A). Kempen ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling ini akan dilaksanakan setiap tahun untuk mencegah rokok dan vape dalam kalangan murid-murid di sekolah.

Melalui kempen kesedaran seperti ini dapat memberi maklumat yang jelas bahaya rokok dan vape terhadap kesihatan tubuh badan manusia. Oleh kerana itu, adalah wajar bagi semua untuk menghindarkan diri daripada terjebak dengan rokok dan vape. Semoga kempen ini berjaya menjauhkan diri daripada natijah yang lebih besar kelak.

PROGRAM SLAMAT AIK JADIK 2023

 

Program Slamat Aik Jadik buat semua murid SK Bukit Tampoi (A) yang diraikan pada siri 2 Program Slamat Aik Jadik yang telah diadakan pada 12 Disember 2023 (Selasa) Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah Pn. Nurbakyah dan guru-guru kelas telah meraikan murid-murid dari prasekolah hingga Tahun 6. 

Sambutan hari lahir ini disambut dua kali setahun untuk meraikan murid-murid yang kurang berkemampuan untuk meraikan di rumah masing-masing. Selain daripada itu, ia merupakan salah satu langkah untuk menarik kehadiran murid-murid ke sekolah.

Tahniah dan syabas kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya pada tahun ini. Semoga program seperti ini akan dapat diteruskan pada tahun hadapan.