Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, December 11, 2023

PROGRAM SOKONGAN DIDIKAN EDRA TAHUN 2023

 

Program Sokongan Didikan Edra merupakan program yang dianjurkan oleh Edra Holding Sdn. Bhd. kepada 6 buah sekolah di daerah Kuala Langat dan Sepang. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Olak Lempik, SK Labuhan Dagang, SK RTB Bukit Changgang, SK Bukit Changgang. SK Bukit Tadom (A) dan SK Bukit Tampoi (A). SK Bukit Tampoi (A) adalah satu-satunya sekolah daripada daerah Sepang yang terpilih dalam program ini.

Dalam program ini, wakil murid-murid daripada setiap sekolah akan hadir pada majlis penyampaian sumbangan tersebut. Setiap sekolah akan dibekalkan dengan beg sekolah serta baucer barangan Bata berjumlah RM120 seorang. Baucer tersebut boleh digunakan di kedai Bata negeri Selangor untuk membeli barangan keperluan sekolah. Bantuan ini hanya diberikan kepada murid Tahun 5 sahaja.

Jumlah keseluruhan berjumlah RM161,000 telah disumbangkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat di dalam program ini. Setiap sekolah turut menerima sumbangan di antara RM4000 hingga RM6000 yang disalurkan terus ke akaun PIBG sekolah. SK Bukit Tadom (A) selaku tuan rumah pada tahun ini telah menerima sumbangan tambahan berupa 2 buah televisyen android untuk kegunaan sekolah tersebut. Terima kasih kepada Edra Holding Sdn. Bhd. kerana masih meneruskan program ini demi kesejahteraan murid-murid di sekolah kami. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang. 

No comments:

Post a Comment