Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, December 26, 2023

PERKHEMAHAN PERDANA SEKOLAH TAHUN 2023


Perkhemahan Perdana SK Bukit Tampoi (A) telah diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2023 di IPGM Kampus Bangi. Ini merupakan kerjasama yang julung kali diadakan dengan IPG dalam bidang kokurikkulum. Terima kasih kepada En. Muhammad Fairuz (GPK Kokurikulum) dan En. Halimi Pensyarah IPG) kerana berjaya menganjurkan perkhemahan ini.

Selain daripada itu, perkhemahan ini turut mendapat kerjasama dengan Sekriteriat KRS Daerah Sepang kerana terlibat secara langsung dalam program ini. Tujuan keterlibatan Sekriteriat KRS ini adalah untuk ujian kenaikan pangkat dalam TKRS. Terima kasih diucapkan kepada En. Ahmad Fuad mewakili sekriteriat dalam perkhemahan ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan bimbingan daripada fasilitator (penuntut IPG) yang telah memberi tunjuk ajar berkaitan mendirikan khemah, masakan rimba, simpulan dan ikatan serta aktiviti malam kebudayaan.

Para peserta perkhemahan yang seramai 36 orang murid yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 berasa amat teruja dan gembira kerana diberi peluang untuk menyertai perkhemahan ini. Mereka sentiasa komited untuk menjalankan setiap aktiviti yang telah dirancang. Pada penghujung perkhemahan ini telah diadakan majlis penyampaian sijil kepada semua peserta perkhemahan ini. Majlis telah disempurnakan oleh En. Tamizi selaku Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Bangi.

Terima kasih kepada IPGM Kampus Bangi kerana menyediakan tempat dan fasilitator untuk program ini. Tidak dilupakan juga Sekriteriat KRS Daerah Sepang kerana menjadi juri untuk ujian kenaikan pangkat TKRS serta guru-guru SK Bukit Tampoi (A) kerana menjayakan perkhemahan ini dengan cemerlang. Semoga perkhemahan ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.


Ujian Bertulis


Taklimat Keselamatan


Mendirikan Khemah


Masakan Rimba


Ikatan & Simpulan


Kawad Kaki


Ujian Kecergasan


Malam Kebudayaan


Majlis Penutupan

No comments:

Post a Comment