Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Perkhemahan. Show all posts
Showing posts with label Perkhemahan. Show all posts

Tuesday, December 26, 2023

PERKHEMAHAN PERDANA SEKOLAH TAHUN 2023


Perkhemahan Perdana SK Bukit Tampoi (A) telah diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2023 di IPGM Kampus Bangi. Ini merupakan kerjasama yang julung kali diadakan dengan IPG dalam bidang kokurikkulum. Terima kasih kepada En. Muhammad Fairuz (GPK Kokurikulum) dan En. Halimi Pensyarah IPG) kerana berjaya menganjurkan perkhemahan ini.

Selain daripada itu, perkhemahan ini turut mendapat kerjasama dengan Sekriteriat KRS Daerah Sepang kerana terlibat secara langsung dalam program ini. Tujuan keterlibatan Sekriteriat KRS ini adalah untuk ujian kenaikan pangkat dalam TKRS. Terima kasih diucapkan kepada En. Ahmad Fuad mewakili sekriteriat dalam perkhemahan ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan bimbingan daripada fasilitator (penuntut IPG) yang telah memberi tunjuk ajar berkaitan mendirikan khemah, masakan rimba, simpulan dan ikatan serta aktiviti malam kebudayaan.

Para peserta perkhemahan yang seramai 36 orang murid yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 berasa amat teruja dan gembira kerana diberi peluang untuk menyertai perkhemahan ini. Mereka sentiasa komited untuk menjalankan setiap aktiviti yang telah dirancang. Pada penghujung perkhemahan ini telah diadakan majlis penyampaian sijil kepada semua peserta perkhemahan ini. Majlis telah disempurnakan oleh En. Tamizi selaku Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Bangi.

Terima kasih kepada IPGM Kampus Bangi kerana menyediakan tempat dan fasilitator untuk program ini. Tidak dilupakan juga Sekriteriat KRS Daerah Sepang kerana menjadi juri untuk ujian kenaikan pangkat TKRS serta guru-guru SK Bukit Tampoi (A) kerana menjayakan perkhemahan ini dengan cemerlang. Semoga perkhemahan ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.


Ujian Bertulis


Taklimat Keselamatan


Mendirikan Khemah


Masakan Rimba


Ikatan & Simpulan


Kawad Kaki


Ujian Kecergasan


Malam Kebudayaan


Majlis Penutupan

Thursday, December 8, 2022

PROGRAM PRAPERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2022

Program Praperkhemahan Unit Beruniform SK Bukit Tampoi (A) telah dilaksanakan pada 7 dan 8 Disember 2022 di sekolah. Tujuan praperkhemahan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada program perkhemahan sebenar yang dijangka diadakan pada bulan Januari 2023.

Praperkhemahan ini diadakan selama dua hari bagi memberi masa yang mencukupi kepada murid-murid untuk belajar dan memahami kepentingan setiap aktiviti yang dilakukan. Di antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti aktiviti memasak, ikatan tali, memasang khemah dan kawad kaki.

Pada hari kedua, murid-murid membuat latihan kawad kaki. Aktiviti wajib iaitu pemasangan khemah turut dilaksanakan, murid diajar cara memasang dan membuka khemah dengan langkah yang betul.

Aktiviti ini mampu mempersediakan murid untuk program perkhemahan yang akan diadakan nanti.

Friday, November 1, 2019

PERKHEMAHAN TKRS 2019


Perkhemahan TKRS 2019 adalah program perkhemahan tahunan bagi badan beruniform khususnya TKRS. Pada tahun ini, perkhemahan ini dijalankan pada 1 November 2019 (Jumaat) di perkarangan SK Bukit Tampoi (A).

Para peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 yang terlibat di dalam aktiviti seperti memasang khemah dan Treasure Hunt. Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil sebelum aktiviti-aktiviti dijalankan. 

Aktiviti memasang khemah telah diadakan di gelanggang sepak takraw yang melibatkan 5 buah khemah iglu. Pemasangan khemah dibuat oleh murid-murid mengikut kumpulan masing-masing dan diawasi oleh guru pembimbing.

Aktiviti Treasure Hunt pula dijalankan di bilik Muzik, perkarangan parkir dan kantin sekolah. Di antara aktiviti yang diadakan adalah seperti menyusun puzzle, sukaneka dan memecahkan belon.

Di akhir program perkhemahan telah diadakan majlis penutupan yang disempurnakan oleh Pn. Siti Saadah Binti Mukrim, Guru Besar SK Bukit Tampoi (A). Di majlis tersebut beliau telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Pendaftaran



Taklimat Perkhemahan


Aktiviti Memasang Khemah









Aktiviti Memecahkan Belon



Aktiviti Menyusun Puzzle



Aktiviti Sukaneka



Majlis Penutupan



Majlis Penyampaian Hadiah