Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, July 28, 2020

PEMBERITAHUAN SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILADHA 2020

Sempena perayaan Hari Raya Aidiladha 2020 yang diraikan pada 31 Julai 2020 dan 1 Ogos 2020, sukacita dimaklumkan bahawa SK Bukit Tampoi (A) telah berjaya memohon tambahan cuti sebagai cuti peristiwa daripada Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. Jadual cuti adalah seperti yang ditunjukkan pada jadual di bawah ini : -

Tarikh

Peristiwa

Jenis Cuti

30 Julai 2020 (Khamis)

-

Cuti Peristiwa

31 Julai 2020 (Jumaat)

Hari Raya Aidiladha

Cuti Perayaan

1 Ogos 2020 (Sabtu)

Hari Raya Aidiladha

Cuti Umum

2 Ogos 2020 (Ahad)

-

Cuti Umum

3 Ogos 2020 (Isnin)

-

Cuti Peristiwa


Oleh yang demikian, murid-murid diminta hadir ke sekolah pada 4 Ogos 2020 (Selasa) untuk meneruskan pembelajaran seperti biasa. Kerjasama dan keprihatinan ibu bapa dan penjaga kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekain, harap maklum.

Tuesday, July 21, 2020

PEMBUKAAN SEKOLAH MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN 4 PADA 22 JULAI 2020 (RABU)

Sukacita dimaklumkan bahawa murid Tahun 1 hingga Tahun 4 akan kembali ke sekolah pada 22 Julai 2020 (Rabu). Jadual persekolahan adalah seperti berikut : -

HARI

MULA

PULANG

Isnin

7.30 pagi

12.30 tengah hari

Selasa

7.30 pagi

12.30 tengah hari

Rabu

7.30 pagi

12.30 tengah hari

Khamis

7.30 pagi

12.30 tengah hari

Jumaat

7.30 pagi

12.00 tengah hari


Memandangkan negara masih berada dalam PKPP, ibu bapa dan murid-murid perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dimaklumkan sebelum ini. Sila rujuk keluaran sebelum ini yang bertarikh 10 Julai 2020.  

Sekian, terima kasih.

Klik pautan di bawah untuk melihat SOP Pembukaan Semula Sekolah

Wednesday, July 15, 2020

PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHUN 5 DAN 6 PASCA PKP 2020



Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan dibuka semula selepas hampir 4 bulan sekolah ditutup akibat pandemik COVID-19 yang berlaku pada pertengahan Mac yang lepas. Murid Tahun 5 dan 6 telah dibenarkan hadir ke sekolah selepas diberikan pelepasan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kebenaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 2 minggu lepas.

SK Bukit Tampoi (A) mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dengan harapan mereka dapat meneruskan semula sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah terjejas selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semasa di dalam tempoh PKP murid sentiasa diberikan tugasan melalui media sosial seperti Google Classroom, Google Meet dan Whatapps. Walau bagaimanapun, terdapat banyak kekangan yang dihadapi oleh murid seperti tiada gajet, kekurangan gajet, liputan talian yang tidak stabil malah terdapat beberapa kawasan yang langsung tiada liputan talian telefon.

Dengan pembukaan semula sekolah selepas PKP ini dapat membantu murid-murid mengejar sukatan pelajaran yang telah ditinggalkan bersama guru-guru mata pelajaran masing-masing. Walaupun begitu, murid-murid perlu mengikut norma baharu dengan mematuhi peraturan-peraturan kerana kita masih berada dalam tempoh PKPP yang akan berakhir pada 31 Ogos 2020. Setakat hari ini, hanya murid-murid dari Prasekolah, Tahun 5 dan 6 sahaja yang dibenarkan bersekolah. Bagi murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 4, mereka akan mula bersekolah bermula pada 22 Julai 2020 (Rabu) minggu hadapan.







Friday, July 10, 2020

PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH BAGI TAHUN 5 DAN TAHUN 6 PADA 15 JULAI 2020

  1. Bawa mask (penutup mulut).
  2. Bawa sanitizer (jika ada).
  3. Bawa sudu dan garfu sendiri (dibungkus dengan plastik).
  4. Sentiasa mematuhi peraturan dan SOP yang disediakan di sekolah.
  5. Berjalan mengikut tanda arah yang disediakan.
  6. Berkumpul di tempat yang disediakan sahaja.
  7. Tidak dibenarkan bermain terutamanya yang melibatkan sentuhan fizikal.
  8. Jangan hadir ke sekolah jika demam atau bergejala.

PERSEKOLAHAN MURID TAHUN 5 DAN TAHUN 6 PADA 15 JUN 2020

Sukacita dimaklumkan bahawa murid Tahun 5 dan Tahun 6 akan kembali ke sekolah pada 15 Jun 2020 (Rabu). Jadual persekolahan adalah seperti berikut : -

Hari

Waktu Mula

Waktu Tamat

Isnin

7.30 pagi

12.30 tengah hari

Selasa

7.30 pagi

1.00 petang

Rabu

7.30 pagi

1.00 petang

Khamis

7.30 pagi

1.00 petang

Jumaat

7.30 pagi

12.00 tengah hari


Memandangkan negara masih berada dalam PKPP, turut dilampirkan bersama Prosedur Operasi Standard (SOP) Pembukaan Semula Sekolah Bagi Tahun 5 dan Tahun 6 supaya dapat dipatuhi bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

Sekian, harap maklum. 

Wednesday, July 1, 2020

PEMBUKAAN SEMULA PRASEKOLAH SELEPAS PKP 2020



1 Julai 2020 (Rabu), Prasekolah Tunas Murni, SK Bukit Tampoi (A) telah dibuka semula untuk sesi persekolahan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seramai 9 orang murid prasekolah telah hadir untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan mengamalkan norma baharu yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sebelum sekolah dibuka, guru dan pembantu prasekolah telah bertungkus-lumus membersihkan bilik darjah dan mensanitasi (menyah kuman) bagi menghindari pengakit berbahaya. Mereka juga turut mengusun atur kerusi meja mengikut penjarakan sosial 1 meter.

Selain daripada itu, pihak sekolah dengan kerjasama semua guru turut melakukan simulasi tatacara murid hadir ke sekolah dan tatacara murid pulang ke rumah. Ia dilakukan bagi mengenal pasti kelemahan yang boleh diperbaiki sebelum sekolah dibuka. 

Pada hari ini, kami dipantau oleh seorang Pegawai PPD Sepang yang ditugaskan untuk mengawal selia proses pembukaan agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Kami berharap agar ibu bapa menaruh kepercayaan kepada kami mendidik anak-anak tuan/puan di sekolah agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan baik dan berkesan.


AMBIL SUHU BADAN IBU BAPA


TULIS NAMA IBU BAPA



AMBIL SUHU MURID PRASEKOLAH


CUCI TANGAN SEBELUM MASUK KELAS



PENJARAKAN SOSIAL DALAM KELAS


PEMANTAUAN PEGAWAI PPD SEPANG