Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, July 15, 2020

PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHUN 5 DAN 6 PASCA PKP 2020



Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan dibuka semula selepas hampir 4 bulan sekolah ditutup akibat pandemik COVID-19 yang berlaku pada pertengahan Mac yang lepas. Murid Tahun 5 dan 6 telah dibenarkan hadir ke sekolah selepas diberikan pelepasan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kebenaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 2 minggu lepas.

SK Bukit Tampoi (A) mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dengan harapan mereka dapat meneruskan semula sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah terjejas selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semasa di dalam tempoh PKP murid sentiasa diberikan tugasan melalui media sosial seperti Google Classroom, Google Meet dan Whatapps. Walau bagaimanapun, terdapat banyak kekangan yang dihadapi oleh murid seperti tiada gajet, kekurangan gajet, liputan talian yang tidak stabil malah terdapat beberapa kawasan yang langsung tiada liputan talian telefon.

Dengan pembukaan semula sekolah selepas PKP ini dapat membantu murid-murid mengejar sukatan pelajaran yang telah ditinggalkan bersama guru-guru mata pelajaran masing-masing. Walaupun begitu, murid-murid perlu mengikut norma baharu dengan mematuhi peraturan-peraturan kerana kita masih berada dalam tempoh PKPP yang akan berakhir pada 31 Ogos 2020. Setakat hari ini, hanya murid-murid dari Prasekolah, Tahun 5 dan 6 sahaja yang dibenarkan bersekolah. Bagi murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 4, mereka akan mula bersekolah bermula pada 22 Julai 2020 (Rabu) minggu hadapan.







No comments:

Post a Comment