Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, July 1, 2020

PEMBUKAAN SEMULA PRASEKOLAH SELEPAS PKP 2020



1 Julai 2020 (Rabu), Prasekolah Tunas Murni, SK Bukit Tampoi (A) telah dibuka semula untuk sesi persekolahan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seramai 9 orang murid prasekolah telah hadir untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan mengamalkan norma baharu yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sebelum sekolah dibuka, guru dan pembantu prasekolah telah bertungkus-lumus membersihkan bilik darjah dan mensanitasi (menyah kuman) bagi menghindari pengakit berbahaya. Mereka juga turut mengusun atur kerusi meja mengikut penjarakan sosial 1 meter.

Selain daripada itu, pihak sekolah dengan kerjasama semua guru turut melakukan simulasi tatacara murid hadir ke sekolah dan tatacara murid pulang ke rumah. Ia dilakukan bagi mengenal pasti kelemahan yang boleh diperbaiki sebelum sekolah dibuka. 

Pada hari ini, kami dipantau oleh seorang Pegawai PPD Sepang yang ditugaskan untuk mengawal selia proses pembukaan agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Kami berharap agar ibu bapa menaruh kepercayaan kepada kami mendidik anak-anak tuan/puan di sekolah agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan baik dan berkesan.


AMBIL SUHU BADAN IBU BAPA


TULIS NAMA IBU BAPA



AMBIL SUHU MURID PRASEKOLAH


CUCI TANGAN SEBELUM MASUK KELAS



PENJARAKAN SOSIAL DALAM KELAS


PEMANTAUAN PEGAWAI PPD SEPANG


No comments:

Post a Comment