Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, August 23, 2017

KEJOHANAN TIMANG-TIMANG TAKRAW 2017



Kejohanan Timang-timang Takraw Karnival Tunas Mini Olimpik (KATMO) telah diadakan di Dewan Orang Ramai SERIN, Cyberjaya. Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 21 Ogos 2017 (Isnin) dan SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar dua kumpulan untuk menyertai kejohanan itu.

Keputusan akhir kejohanan adalah Kumpulan A telah mendapat Johan manakala Kumpulan B telah mendapat tempat ketiga. Oleh itu, Kumpulan A yang telah menjadi johan telah terpilih untuk mewakili daerah Sepang di kejohanan peringkat negeri Selangor.

Tahniah diucapkan kepada peserta sepak takraw sekolah, jurulatih dan GPK Kokurikulum kerana telah berjaya mengharumkan kembali nama sekolah terutamanya dalam sukan sepak takraw. Semoga dengan kejayaan ini akan memberi semangat dan motivasi kepada semua murid untuk bergiat aktif dalam sukan.


 






Monday, August 21, 2017

PROGRAM SUMBANGAN ALATULIS ADUN DENGKIL 2017


Program Sumbangan Alatulis ADUN Dengkil telah dilakukan pada hari ini 21 Ogos 2017 (Isnin) di kelas Tahun 2 dan Tahun 3 yang telah dibuka untuk digunakan sebagai dewan peperiksaan UPSR 2017. Sumbangan yang berupa set alatulis disediakan oleh Pejabat ADUN Dengkil untuk digunakan oleh calon-calon UPSR bagi menjawab soalan peperiksaan nanti.

Sumbangan telah disampaikan oleh En.  Muhamad Syukur bin Sabari (Pegawai Khas ADUN Dengkil). Beliau telah menyampaikan sebanyak 36 set alatulis kepada semua calon UPSR 2017. Turut hadir adalah ibu bapa dan penjaga kepada calon-calon UPSR.

Semua calon diingatkan agar terus tekun belajar dengan bimbingan guru-guru dan sokongan moral oleh ibu bapa dan penjaga. Selain daripada itu, semua calon diingatkan agar berdoa untuk kecemerlangan akademik terutama dalam peperiksaan UPSR yang tidak berapa lama lagi. Diharapkan agar dengan sumbangan alatulis ini dapat membantu persediaan murid dan sekolah untuk peperiksaan tersebut.








Wednesday, August 16, 2017

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 2017


Program Motivasi Tahun 6 telah berjaya dilaksanakan pada 16 Ogos 2017 (Rabu). Unit Bimbingan dan Kaunseling selaku penyelaras program telah menjemput En. Mohd. Firdaus Ayak sebagai penceramah dan fasilitator program. Program ini diadakan di dewan peperiksaan yang telah diubahsuai daripada kelas harian.

Murid Tahun 6 dipilih khusus untuk menyertai program ini adalah bertujuan untuk menambahkan keyakinan dan meningkatkan kesedaran mereka tentang kepentingan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Seramai 36 orang murid Tahun 6 yang akan menduduki ujian telah terlibat dalam program ini.

Dengan adanya program seperti ini dapat menambahkan peluang kepada murid-murid untuk lebih fokus dalam menjawab soalan ketika di dewan peperiksaan nanti. Guru-guru dan para ibu bapa sangat mengharapkan kejayaan anak masing-masing demi masa depan yang gemilang.


Sesi Ceramah


Hasil kerja peserta


Ujian Kekuatan Bahan Binaan


Kumpulan Yang Berjaya

Monday, August 14, 2017

PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN 2017



Bulan Ogos sinonim dengan bulan kemerdekaan. Justeru itu, Unit Kokurikulum telah menganjurkan Program Bulan Kemerdekaan yang telah dirasmikan oleh Guru Besar, SK Bukit Tampoi (A). Majlis telah diadakan di dalam kelas kerana cuaca yang tidak mengizinkan.

Walau bagaimanapun, sambutan pada majlisperasmian tersebut berlangsung dengan lancar dan meriah. Di dalam majlis yang sama guru besar turut menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya dengan cemerlang pada Peperiksaan Percubaan UPSR yang lalu. Mereka yang berjaya adalah Sarah Amanda, She Norafizah, Mazlynah dan Hasri Faizal.

Peperiksaan kali ini isimewa kerana buat pertama kalinya SK Bukit Tampoi (A) mendapat seorang calon yang memperoleh 6A di dalam Peperiksaan Percubaan UPSR. Pelajar cemerlang yang dimaksudkan ialah Sarah Amanda. Sebagai token serta motivasi kepada murid-murid yang lain, guru besar telah berbesar hati untuk menyampaikan hadiah berupa sebuah basikal yang disumbangkan oleh mantan YDP PIBG, En. Yusof bin Alip.

Selepas ucapan perasmian, para pentadbir diminta membuat cap tangan masing-masing pada kain rentang yang disediakan.  Sejurus kemudian, semua warga SK Bukit Tampoi (A) dengan bangganya telah bersama-sama menyanyikan beberapa buah lagu patriotik bagi menunjukkan kesetiaan warga sekolah kepada kemerdekaan negara. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-60.


Ucapan Perasmian


Sarah Amanda memperoleh 6A di dalam Percubaan UPSR 2017


Hadiah kepada murid yang memperoleh A di dalam Percubaan UPSR 2017



Tandatangan Guru Besar


Cap Tangan Pentadbir


Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Friday, August 11, 2017

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM PUSAT SUMBER 2017


Program Minggu Pusat Sumber 2017 telah melabuhkan tirainya. Program yang dijalankan selama empat hari bermula pada 7 Ogos 2017 hingga 9 Ogos 2017 telah menarik keseluruhan murid dari Prasekolah sehingga Tahun 6.

Pelbagai aktiviti yang telah dipertandingkan dan acara kemuncaknya adalah pada hari ini. Hari ini diadakan Majlis Penutupan Program Minggu Pusat Sumber 2017. Majlis ini telah dihadiri oleh semua pentadbir dan telah dirasmikan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim, Guru Besar SK Bukit Tampoi (A). Pada majlis yang sama guru besar turut sudi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Majlis telah diserikan lagi dengan persembahan nyanyian daripada murid-murid dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Mereka berani tampil ke hadapan untuk mempersembahkan lagu masing-masing. Turut tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan bakat adalah guru-guru pelatih. Murid-murid berasa sungguh teruja dengan persembahan mereka semua. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Semoga kemenangan anda akan seiring dengan pencapaian anda dalam bidang pendidikan.