Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, August 7, 2017

PERSIAPAN BULAN KEMERDEKAAN 2017

 Jalur Gemilang dikeluarkan dari stor

Bulan Ogos ialah bulan kemerdekaan Malaysia. Bulan kemerdekaan disambut meriah pada setiap tahun tidak kira di mana sahaja kita berada. Justeru itu, bagi mewar-warkan kepada semua warga SK Bukit Tampoi (A) tentang sambutan bulan kemerdekaan, guru-guru telah mengambil langkah proaktif dengan memasang Jalur Gemilang di kawasan sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru terutama guru-guru pelatih dari IPGM Kampus Bangi kerana telah membantu guru-guru sekolah ini memasang Jalur Gemilang di seluruh kawasan sekolah. Tidak lupa juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah yang turut membantu pihak sekolah menyediakan batang-batang buluh untuk dipancangkan Jalur Gemilang di sepanjang pagar sekolah.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan tanah air tercinta, marilah kita semua memasang Jalur Gemilang di sekitar rumah mahupun kenderaan masing-masing untuk menunjukkan bahawa kita sayang negara kita Malaysia. Selamat menyambut bulan kemerdekaan.

 Pemasangan Jalur Gemilang

No comments:

Post a Comment