Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, August 1, 2017

KARNIVAL BADMINTON PERANGSANG SELANGOR 2017


Karnival Badminton merupakan satu program mencungkil bakat pemain badminton dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Karnival yang dianjurkan oleh Perangsang Selangor ini telah diadakan di Dewan Badminton Kayu Ara yang terletak di Damansara.

Sebanyak tiga buah sekolah Orang Asli dan sebuah rumah anak yatim telah dipilih untuk menyertai karnival ini. Sekolah Orang Asli yang terlibat adalah SK Bukit Tampoi (A), SK Sungai Melut (A) dan SK Bukit Lanjan (A). SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar seramai 20 orang murid yang terdiri daripada 10 orang murid Tahun 5 dan 10 orang murid Tahun 4. Tutut mengiringi murid ke karnival ini ialah En. Farid Anwar (GPK Kokurikulum) dan En. Anwar.

Pengangkutan bas untuk ke tempat karnival disediakan oleh pihak penganjur. Selain daripada itu, mereka diberikan t-shirt dan raket secara percuma untuk latihan yang dijalankan. Pada akhir sesi latihan para peserta dibekalkan dengan makanan tengah hari. Karnival badminton ini dikendalikan oleh bekas pemain badminton negara iaitu En. Jason Wong.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Jason dan jurulatih-jurulatih yang telah sudi melatih murid-murid Orang Asli ini. Program seperti ini bukan sahaja memberi banyak manfaat kepada murid-murid sekolah malah dapat mengeratkan hubungan di antara pihak sekolah dengan agensi luar yang prihatin. Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun akan datang demi kecemerlangan dan masa depan Orang Asli.









No comments:

Post a Comment