Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, July 25, 2017

PROGRAM INTEGRASI LINUS 2017/2018


Program Integrasi Linus merupakan program kerjasama di antara sekolah dengan Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil. Program ini telah dimulakan pada tahun 2016 dengan penglibatan murid Linus dan ahli Kelab Humatarian. Ini merupakan inisiatif pensyarah kelab untuk memberi pendedahan yang sebenar kepada para penuntutnya tentang keadaan sebenar di dalam dunia pendidikan.

Para penuntut UiTM ini akan datang ke sekolah pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis bermula dari 25 Julai 2017 hingga 17 Ogos 2017. Pada hari Selasa kelas bermula pada pukul 1.00 - 1.30 petang manakala pada hari Rabu dan Khamis kelas bermula pada pukul 12.30 tengah hari hingga 1.00 petang. Mereka datang dalam kumpulan kecil yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Aktiviti yang dijalankan bersama dengan murid Linus adalah membantu guru pemulihan mendidik sambil berhibur agar murid ini dapat membaca dan menulis dengan menggunakan modul Linus dan Bacalah Anakku.

Program ini telah berjaya membantu murid Linus meningkatkan penguasaan mereka dalam mengenal huruf, membaca suku kata, menyebut perkataan dan seterusnya membolehkan mereka dapat membaca. Selain daripada itu, program ini juga dapat menggalakkan murid hadir ke sekolah kerana aktiviti-aktiviti yang disediakan menarik mereka untuk mengikuti dengan lebih lanjut aktiviti tersebut. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan demi membangunkan modal insan yang celek huruf.







No comments:

Post a Comment